BAB 02

51 2 1
                                    

SETAHUN BERLALU, kini Srikandi masih sibuk dengan hal-hal syarikat yang diserahkan kepadanya semenjak tahun lalu. Tiada lagi erti kekosongan di dalam hidupnya. Hanya kerja dan kerja.

Pen di tangan dilepaskan dari genggaman. Badan disandarkan ke kerusi kerjanya. Seketika matanya terpejam. Baru sekarang dia dapat berehat dengan tenang. Dari pagi tadi tak putus-putus stok bunga tiba di kedainya. Belum lagi kalau nak ceritakan panggilan yang dia terima dari butiknya pula. Semakin huru-hara hidup gadis itu.

Telefon pintar yang berada di atas meja kini berdenting semula. Matanya terbuka luas sebelum keluhan terbit dari bibirnya. Tangannya laju mencapai sebelum dia melihat skrin telefon pintarnya itu.

'adik'
:Kakak, adik dah balik ni.
:Ibu kata kakak kat kedai bunga
: Nanti adik pergi sana terus
:Tunggu adik
: Adik bawak jeruk pak ali

Terus segar kedua biji matanya apabila membaca pesanan tersebut. Bibirnya yang ketat tadi kini tersenyum lebar. Sukanya apabila orang jauh mahu ke mari!

Orang jauh itu semestinya adiknya si Qay Hud Altaf. Askar yang berdarah muda namun kaya dengan pengalaman. Baru-baru ini, pemuda itu baru sahaja menamatkan misinya menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi pampasan kepada lanun laut dari negara seberang. Dan misi itu tentu saja diketuai oleh Qay Hud Altaf.

Srikandi sejujurnya cemburu. Sebenarnya dia inginkan kerjaya itu. Kerjaya sebagai seorang perwira negara. Namun, ada hal yang membuatkan dia putus harapan. Ada hal yang memaku dirinya dari terus berusaha.

Masa berlalu dengan pantas, kini hari sudah menjengah ke malam. Sudah berjam-jam dia menunggu kelibat Qay, namun batang hidung pun tidak kelihatan lagi.

Dari tadi juga beribu mesej dia hantar kepada adiknya, namun satu pun tidak di baca. Ah! Dasar budak bertuah!

Dia masih berada di kedai bunganya. Dia berhasrat jika adiknya tidak muncul dalam masa sejam lagi, dia akan pulang ke rumah. Malas, nak menunggu manusia yang jenis suka menyidai orang.

Dari dalam kedai bunganya itu dia dapat menangkap air hujan yang renyai-renyai turun membasahi bumi. Hujan pula! Apa lagilah ujian yang bakal dia terima?! Bagaimana kalau hujan itu menjadi semakin lebat? Sudahlah dia pergi ke kerja dengan menunggang motorsikal!

Tak lama selepas itu, dua biji matanya menangkap sebuah kereta Audi R8 V10 berhenti di hadapan kedainya. Jelas, sekali dia tahu kereta itu kepunyaan adik bongsunya. Setelah enjin kereta dimatikan oleh pemilik kereta, lantas pintu kereta kelihatan terbuka. Lalu, tubuh Qay keluar dari kereta tersebut.

Srikandi yang dari tadi duduk di kaunter pembayaran, terus berlari ke pintu kedainya. Dia berdiri di hadapan pintu kaca kedainya itu sambil memeluk tubuh. Mulut juga tak kalah muncungnya.  Matanya ditajamkan garang.

Qay tercegat di hadapan pintu. Masih takut-takut nak tolak pintu tersebut. Gila, siapa saja yang nak masuk kalau ada serigala jadian di dalam?!

Nafas ditarik dalam sebelum tangannya mengetuk pintu kaca itu. Bibirnya juga tidak lekang dengan senyuman.

Menerima ketukan itu terus pintu di buka oleh Srikandi dari dalam. Tak menunggu lama terus Qay memasuki kedai milik kakaknya itu.

"Tak punctual! Ini ke komando yang dibangga-banggakan tu?" Bebel Srikandi apabila adik lelakinya itu sudah tercegat di depan mata.

Qay menggaru kepalanya. Mulut sudah terkatup rapat. Ah, baru sampai sudah kena bebel!

"Kakak kau ni mesej pun kau tak bacakan? Tengok pun tidak? Mana telefon kau? Dah kena gulai ke? Eh, geram pulak aku ni! Ya Allah, sabarkan lah hamba-mu ini!" Bebel Srikandi lagi. Tak cukup nafas kalau nak teruskan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 23, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia... Pemilik Hati Tuan ArmandWhere stories live. Discover now