Laura & Zafreal | 3

2 0 0
                                    



Zafreal yang sedang mengskrol tiktok pada handphonnya terus mengalihkan pandangannya kepada susuk tubuh yang sedang memasuki biliknya.

Mama.

"Zaf buat apa ? mama tak ganggu Zaf ke?"Soal Datin Irine. Takut mengganggu anak terunanya yang seorang itu.

"eh, ma tak ganggu Zaf pun.Ni tengah tengok tiktok.Bosan ma."Jawabnya sambil membuka langkah mendekati mamanya yang sedang duduk di atas katilnya.

"Macam mana tak bosan Zaf .Cubalah kamu tu kahwin merasalah juga mama ni ada menantu.Kamu pun tak adalah bosan."Ujar Datin Irine kepada Zafreal.

Dia ingin anaknya berkahwin kerana dia bosan kalau ada menantu adalah temannya.Nak harap anak sulung perempuannya itu lambat lagilah.

"Ala maa..suruhlah along ngan angah kahwin dulu baru angah menyusul.Ni terbalik plak Zaf yang kena kahwin dulu.Tak aci lah ma." Jawabnya selamba.

"Hmm..yelah ma keluar dulu."Ujar Datin Irine. Sambil membuka langkah meninggalkan Zafreal .Itulah jawapan seorang Zafreal apabila dia membuka hal kahwin.

Nanti..nanti..dan nanti..

Zafreal hanya menghantar kepergian mamanya dengan pandangan dan senyuman hambar. 'Sorry ma. Zaf tak akan kahwin dengan sesiapa kecuali dengan Laura.'

Tiba-tiba dia teringat pertemuannya dengan Laura 7 Tahun yang lepas.

Flashback

"Zira kenapa you tak tunggu I Zira" Laung Zafreal .Hatinya berasa sangat rapuh apabila mengetahui perempuan yang di sanjungnya telah berkahwin beberapa tahun lepas sewaktu dia berada di Italy dan telah dikurniakan seorang cahaya mata 2 bulan yang lalu.

"You tahu tak Zira ..I balik dan tinggalkan semuanya dekat Italy sebab I nak sambut birthday you." Ujarnya sambil berjalan diatas jambatan tempat laluan pejalan kaki.

"You kata nak tunggu I..nak jadi isteri I.nak jadi ibu kepada anak-anak I.Tapi,you yang tak boleh nak tunggu I..kalaulah you ikut kata I ..tapi you taknak..rupanya you dah ada orang lain..hati I sakit Zira.." katanya sambil menumbuk numbuk dadanya.

Awalnya hatinya sangat teruja untuk balik ke Malaysia tanpa diketahui oleh sesiapa mahupun keluarganya sendiri.Atas dasar dia ingin meyambut birthday Nazira.Namun setibanya dia di perkarangan rumah Nazira.Dia meliha keluarga Nazira dan keluarganya berada disitu.

Apabila kakinya ingin melangkah keluar dari pacuan empat rodanya ,tiba- tiba badannya menjadi kaku apabila melihat dua susuk yang berada di tengah -

tengah antara orang ramai yang sedang berpelukan. Dua susuk tubuh yang sangat dikenalinya.

Harraz dan..

Nazira.

Harraz merupakan adik angkat kepada Zafreal juga merangkap sahabatnya.

Dengan hati yang lara dia meninggalkan majlis tersebut lalu berhenti di sebuah jambatan.Dia membuka pintu keretanya lalu keluar dari kenderaanya.

Dia tidak dapat menerima kenyataan yang sangat pahit ini.Nazira adalah cinta pertamanya sejak dari berumur 8 tahun lagi.Dia juga berasa kecewa dengan keluarganya kerana tidak memaklumkan kepadanya bahawa Nazira sudah berkahwin sedangkan keluarganya tahu yang dia dan Nazira bercinta.

"Zira..why!! kenapa you sanggup buat I nacam ni Zira..patutlah you senyap sejak beberapa tahun ni." Ujarnya sambil meliahat kearah laut yang sedang terbentang luas di hadapannya.

"Dah tak guna I hidup kat dunia ni kalau you tak ada Zira..because you are my life.." ujarnya lalu memanjat pagar penghadang pada jambatan tersebut.

"I harap you bahagia Zira.I nak you tau yang you adal-" Tiba-tiba percakapannya dicantas oleh seseorang .

"woi!! Kau tak payah nak aca -aca broken sangatlah..nak bunuh diri konon..eh! Kau nak mati cepat ni amal kau dah banyak sangat dah ke?" Ujar perempuan tersebut lalu naik duduk di pagar jambatan yang dipanjat oleh Zafreal tadi.

Zafreal yang ingin terjun dari jambatan tersebut terus mengambil posisi seperti perempuan tersebut. Ditiliknya perempuan itu dari atas hingga kebawah.

'Simple' gumamnya di dalah hati.

Hanya mengenakan shawl pada kepalanya , hoodie dan seluar slack sahaja.Pada wajah perempuan tersebut tiada secalit make up pun.Natural.

"Kau dah kenapa ni..dok tilik tilik muka aku.Tadi bukan main galok ngat nak bunuh diri..kau sewel eh."Tanya perempuan tersebut.

"Sesedap nenek kau je kata aku nak bunuh diri eh..aku panjat pagar ni sebab nak healing je..ambil vibe ala ala broken gitu mana tahu ada nak ambil aku

belakon kan..aku apa kurangnya dah lah handsome ,macho,tinggi,though kau apa tau.."Ujarnya aca macho.Sebenarnya malu.Malu sebab kantoi niatnya nak bunuh diri.

"Oh healing..kau fikir aku bodoh eh tak tau benda. Aku dari tadi tengok je kau ni ..pertama jalan macam orang gila..pastu terjerit jerit macam tarzan..pastu nangis macam orang mati bini..pastu tiba-tiba panjat pagar sambil cakap macam mana tadi 'I harap you bahagia..' eii naik meluat pulak aku.kalau ikut kan aku tolak dah kau ni..dah buat salah nak cover cover pulak..mengaku jelah.." Ujarnya mengkritik perbuatan Zafreal.

"Eh betul lah ..aku practise je nak jadi pelakon tadi.." jawabnya ego dan tak nak mengaku kalah.

"pala hotak kau lah nak jadi pelakon..baik kau balik rumah gi solat..taubat..jangan asyik fikir nak mati je..hidup ni masih panjang.aku tau aku ni bukanlah orang yang baik..tapi aku cuba jadi baik..banyak lagi orang diluar sana yang diuji lebih teruk dari kau. Kalau setakat putus cinta tu benda kecil lah ..banyak lagi orang lain kat luar sana yang lebih teruk ujiannya.Ingat bro ,Allah uji hambanya kerana dia tau hambanya boleh handle.. ramai orang kat luar sana yang berjuang untuk hidup tapi kau dah bagus bagus hidup berjuang nak mati..pelik aku..hidup biar bersyukur . " Nasihatnya kepada Zafreal.

"Tapi dia first love aku ..dan tak ada siapa boleh gantikan tempat dia.." jawabnya .Dia tidak dapat melupakan Nazira begitu sahaja.

"senang cerita ..kalau tak ada yang boleh ganti tempat dia..tak yah cari orang untuk ganti..senang .Tengok ada huh..single ......but not available" ucapnya lalu turun dari pagar tersebut dan pergi meninggalkan Zafreal sendiri.

"Eh..kejap .Aku ada benda nak tanya " panggilnya lalu mengejar langkah perempuan tersebut.

"Apa nama kau..aku lupa nak tanya" soalnya.Sebenarnya dari tadi dia ingin bertanya tapi dia terlupa sebab terlalu asyik mendengar nasihat daripada perempuan tersebut.

"Nama aku Laura.Laura Arianna" Jawab Laura lalu menaiki bas yang berhenti di hadapannya itu.

"Laura nama aku Zafreal. Thanks sebab dah sedarkan aku.Aku harap suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi..." Ucapnya kepada Laura yang sedang berdiri mencari tempat duduk kosong.

Laura hanya melemparkan senyuman kepada Zafreal sebelum bas tersebut meluncur pergi.

"Kalau ada jodoh..kau yang akan menjadi pengganti Nazira.." katanya sendiri..

End Flashback

                                         ▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Maybe as My DreamWhere stories live. Discover now