P2 : chapter 16

10 0 0
                                    

Sesekali aku mengelap peluh yang mengalir. Cuaca agak panas pada petang ini berbanding hari biasa. Sudahlah aku memakai baju hitam lengan panjang.

Kalau bukan kerana aku bosan berada di rumah, tak adanya aku bersenam petang-petang terik begini. Semuanya gara-gara aku masih berada dalam tempoh gantung sekolah lagi. 

Tapi, tak apa. Esok aku dah boleh ke sekolah seperti biasa semula. Cumanya, aku perlu sediakan mental yang kuat untuk menghadapi pandangan mata manusia ke arah aku esok. 

Topi yang aku sedang pakai, aku turunkan sedikit kerana silau. Mujurlah aku tak pakai cermin mata sekarang. Kalau tak, boleh berwap cermin mata aku.

Aku berhenti berjoging dan mengambil tempat di bangku kosong yang terletak di kawasan taman permainan. Punggung dilabuhkan ke atas bangku. Mata ligat melihat kawasan taman permainan yang penuh dengan orang ramai.

Hari ini hari hujung minggu. Tidak hairanlah kenapa ramai orang berada di taman pada petang ini. Masing-masing membawa anak kecil. Ada juga orang sebaya aku sedang beriadah dengan kawan-kawan mereka.

Kalaulah Ezra boleh keluar pada waktu-waktu begini, mesti aku tak rasa kesunyian. Asyik-asyik jumpa dia waktu malam. Dah macam drakula pula. 

Mengenangkan tentang Ezra, aku tak sedar yang bibir aku sudah tersenyum. Kalau orang nampak aku ni, mesti mereka fikir aku gila.

Biarlah. Aku nak juga rasa angau bercinta.

Terbaring lagi di taman, tak sama siapa keseorangan ~

"Kenapa abang senyum sorang-sorang? Abang dah gila ke?"

Tersentak aku mendengar satu suara halus dari sebelah. Terus aku menoleh melihat seorang kanak-kanak perempuan sedang duduk di sebelah aku sambil menjilat lolipop.

Macam mana aku tak perasan yang dia dari tadi duduk di sebelah aku?

Itulah, Lias. Nak berangau bagai. Kan dah jadi bangau.

"Adik kenapa dekat sini? Mana ibu ayah adik? Bahaya tahu tak duduk luar ni sorang-sorang."

Mulalah perangai mak-mak aku keluar. Aku memang pantang kalau tengok anak kecil berkeliaran seorang diri begini.

"Dalisha tak ada mak. Mak Dalisha dah meninggal. Ayah Dalisha busy kerja. Dalisha keluar dengan abang Davian je."

Nama budak ni Dalisha rupanya.

"Mana abang Davian?" soal aku, ingin tahu.

"Tu!" Muncung bibirnya sambil jarinya menuding ke arah seorang lelaki sedang berkejaran bersama seorang perempuan di tengah-tengah taman.

Diaorang tengah buat drama hindustan ke?

Lama aku merenung aksi mereka sehingga aku tersedar identiti perempuan itu.

Itu bukan Akira ke?

Namun, itu bukan menarik perhatian aku sekarang ini. Sebaliknya, lelaki yang berlari bersama Akira.

"Kenapa muka dia sama macam Zayyan?" tanya aku, lebih kepada diri sendiri. Namun, tidak sedar yang Dalisha turut terdengar suara aku.

"Abang Zayyan? Abang ni kawan abang Zayyan ke?"

Sekali lagi aku tersentak mendengar suara petah Dalisha. Dalisha ni adik Zayyan?

Aku tertoleh semula ke arah Dalisha. Meneliti rupa Dalisha dengan lebih mendalam. Baru aku perasan muka Dalisha ini hampir sama dengan muka Zayan.

"Haah. Abang kawan kakak Akira juga," jawab aku, ramah. Alang-alang tu aku boleh ambil peluang untuk mengetahui background Zayyan.

"Apa nama abang?" petah sahaja si kecil ini bercakap. Ditambah pula dia sibuk menjilat lolipop. Rasa macam nak gigit pipi gebunya.

Dream [COMPLETED]Where stories live. Discover now