Pusing ke kiri. Pusing ke kanan.
Akhirnya, aku memilih posisi baring meneletang.
Aku tak boleh tidur. Entah kenapa otak aku masih aktif malam ni. Biasanya pukul 12 malam aku sudah terlena atas katil.
Mungkin sebab kau terlampau memikirkan banyak perkara. Yang pertama, tentang masalah aku dengan Bella dan Nadia. Kemudian, aku berjumpa dengan Ezra. Selepas itu, aku bermalam di hotel ni.
Walaupun tiada perkara yang perlu difikirkan, namun otak aku masih ligat memikirkan semua perkara ini. Entahlah. Hati aku masih sakit mengenangkan perbuatan Bella dan Nadia terhadap aku.
Aku bangun dari katil. Jaket milik Ezra yang berada di kaki katil, aku capai. Terus aku bangun dan menapak keluar dari bilik.
Lebih baik aku pergi ambil angin malam daripada overthinking lama-lama dalam bilik ini. Boleh buat aku semakin stress.
Aku berjalan sehingga ke pintu utama hotel. Sesekali aku menjenguk melihat pekerja di kaunter. Risau kalau dia menanya aku nak ke mana.
Tiada. Nampak sangat makan gaji buta.
Dengan peluang yang aku ada, aku terus melangkah keluar. Pondok mini yang terletak tidak jauh dari sini aku tuju.
"Buat apa?"
"Argh!"
Menjerit aku dibuatnya kerana terkejut dengan suara menegur aku. Spontan aku memalingkan tubuh melihat Ezra sedang mendukung seekor kucing putih sambil tersengih ke arah aku.
"Kau ni! Terkejut aku! Nasib baik aku tak ada heart attack!"
Ezra hanya ketawa. Tanpa mempedulikan muka cemberut aku, dia terus menghulurkan kucing putih ke arah aku.
"Pegang meow ni."
Disebabkan aku ni seorang peminat kucing, aku terus mengambil kucing tanpa banyak kata dan mendukungnya erat. Sesekali aku mencium kepala kucing ini kerana terlampau geram dengan kecomelan dia.
Ezra menanggalkan hoodie dari tubuhnya sebelum dia mengikat di sekeliling pinggang aku. Tersentak aku dengan perbuatan Ezra.
"Kenapa kau suka sangat pakai skirt pendek? Bahaya tahu tak kalau lelaki tengok? Itu sebab kau senang sangat kena ganggu dengan orang gila tadi."
Aku hanya memuncungkan bibir mendengar bebelan Ezra yang serupa seperti nenek aku. Panjang pula skrip dia malam ni.
Selesai mengikat, Ezra terus menapak ke arah pondok mini yang berdekatan dengan kami. Dia melabuhkan punggung di atasnya. Tangannya menepuk tempat di sebelahnya memberi isyarat supaya aku duduk di situ.
Aku hanya duduk tanpa berkata apa-apa. Tangan masih setia membelai kucing dalam pangkuan aku.
Kami berdua hanya mendiamkan diri. Lebih berminat untuk melayan perasaan masing-masing.
"Dannie." Ezra memanggil nama aku sekaligus memecahkan suasana hening di antara kami berdua.
"Hmm?" Aku hanya mengumam pendek. Masih fokus pada kucing di atas riba aku.
"Aku nak tanya ni dari wayang tadi. Tapi, keadaan macam tak mengizinkan. So, aku nak tanya kau sekarang."
Ezra berdehem kecil sebelum kembali bersuara.
"Kenapa kau keluar sorang-sorang malam ni?"
Aku melepaskan keluhan berat. Aku sudah agak dah dia akan menanya soalan begini kepada aku.
"Sebenarnya, aku keluar dengan kawan-kawan aku. Tapi, semua dah balik. Aku baru buka mesej lepas keluar dari bilik wayang tu. Salah aku juga sebab tak baca mesej awal-awal."
YOU ARE READING
Dream [COMPLETED]
Tajemnica / ThrillerHilang ingatan. Itulah yang menimpa Dannie selepas sedar daripada koma. Segala memori lama-lamanya lenyap begitu sahaja. Apa yang paling membimbangkan, kelibat seorang memakai topeng joker sering menghantui mimpi malamnya. Ezra. Lelaki yang muncul...