Bab 1

995 15 0
                                    

Aku adalah gadis kota yang terpilih untuk belajar di sebuah kolej di Pantai Timur tanah air. Aku adalah seorang gadis yang boleh dikira sebagai agak cantik dan sangat ceria.

Aku hidup di dalam keluarga yang sangat gila-gila, namun jangan dipandang kami hanya sebagai eksentrik. Kerana apabila satu peraturan telah dibuat, keluarga aku adalah yang paling teguh berdiri dengan kewarasan dan pendirian mereka. Waktu bergurau senda akan tamat dan akan bermulalah apa yang dinamakan sebagai satu perang dunia ke-3.

Sewaktu aku mula melangkah ke kolej, sikap aku lebih naif daripada diriku kini. Lebih takut-takut dan pemalu. Pengalaman hidup mengubah aku untuk selamanya.

Sewaktu dalam penjagaan ibu bapaku, sungguhpun mereka sporting, namun dari satu segi mereka mengambil berat akan kehidupanku sebagai satu-satunya anak perempuan mereka.

Solat dan penampilanku selalu ditegur dengan cara yang baik. Namun oleh kerana syarat lengkap bagi mereka tidak terlalu ketat, aku tidak pernah terasa apabila di nasihati.

Sewaktu semester pertama aku di kolej, seorang lelaki pujaan Malaya atau lebih tepat lagi, pujaan gadis-gadis di kolejku telah meluahkan perasaan cintanya kepadaku.

Aku akui yang aku agak terkejut mendengar permintaannya untuk menjadikan aku kekasih hatinya.

Namun begitu, bagiku juga itu bukanlah sesuatu yang baru kerana aku pernah bercinta sewaktu aku di tingkatan empat. Dan hubungan kami terputus setahun kemudian kerana masing-masing sudah mengambil haluan masing-masing untuk mengejar cita-cita kami.

Jadi walaupun Jefrey bukan cinta pertamaku, tetap ada sesuatu yang membuat aku begitu mencintai dirinya. Sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apa. Mungkin kesabarannya yang tiada hadnya apabila bersamaku.

Biasanya apabila perangai kebudak-budakan kami terserlah dan sering bergaduh dan bertelagah, kebiasaannya dialah yang dahulu memohon maaf.

Menghantar mesej yang berjela-jela panjang. Memulakan dahulu percakapan selepas merajuk berhari-hari. Dan berbagai-bagai lagi perkara telah dia lakukan untuk memastikan aku cinta akhirnya.

Bagi aku pula, aku suka apabila tidak perlu bersusah payah dalam menjayakan sesuatu hubungan. Kerana itulah perangai Jefrey. Dia seorang yang sangat menghargai sebuah perhubungan sehingga apa pun yang terjadi dalam perhubungan itu, dia semahunya ingin menjayakannya juga, mungkin disebabkan aku adalah cinta pertamanya.

Namun apa pun punca dia bersikap begitu, aku tetap bersyukur. Ini kerana dia bagiku adalah pilihan yang terbaik yang aku pernah atau akan pernah aku ada.

Sungguh pun aku tidak suka memuji kekacakannya yang sentiasa digilai ramai gadis itu, namun memang tidak dapat dinafikan yang auranya sangat kuat. Sehingga berada berhampirannya juga boleh membuat hati berdegup lebih pantas.

Jefrey suka mengikut peredaran zaman dalam berpakaian. Kemeja dan seluar fitnya sesuai sekali dengan tubuhnya yang slender tu.

Muka Jefrey yang pan asia, dengan tubuh kurus, tinggi dan berkulit putih. Dan walaupun ciri-ciri ini bersesuaian dengan ciri-ciri yang ada pada aku, namun bagiku itu semua tidak penting.

Yang lebih utama adalah cintanya padaku yang telah banyak merubah hidup kami serba sedikit baik dan buruknya.

Dari satu sisi gelapnya, sungguhpun Jefrey lelaki pada kelakuannya adalah sebegitu sabar dan baik, namun sejak mengenali Jefrey, penampilanku juga sedikit terubah. Dimana pakaianku sudah semakin mengikut peredaran masa, dan kadang kala mungkin sedikit ketat, mengikut bentuk tubuhku. Selendang juga kadang kala kubuka.

Walau Jefrey tidak mengatakannya, namun aku tahu Jefrey suka aku tidak bertudung dan berpakaian up to date. Jefrey paling suka rambutku, dia selalu memuji rambutku yang ikal mayang itu dan selalu membawaku ke salon untuk mewarnakan rambutku mengikut warna kemahunnya.

Kehidupan aku setelah bercinta dengannya lebih aktif dan terbuka daripada dahulu. Aku suka dengan gaya hidupku. Aku tidak mengacau hidup orang dan aku juga berharap orang melakukan perkara yang sama kepadaku.

Aku dan Jefrey hidup bagai belangkas dan sentiasa keluar malam untuk makan bersama.

Sungguh pun kami amat mesra dan sentiasa berkepit, kami menjaga batas antara kami agar tidak terlanjur.

Sering Jefrey mengajakku untuk pulang awal walaupun sebenarnya bagiku waktu masih tidak terlalu lewat. Namun aku tidak pernah membantahnya.

Sepanjang bercinta, berhadapan pelbagai permasalahan bagi aku adalah lumrah. Aku menyayangi Jefrey dan dia juga menyayangi aku. Itu adalah apa yang penting dalam perhubungan kami.

Jefrey adalah seorang yang penyabar apabila bersama aku dan kami saling mendokong apabila saatnya kami keretakan.

Dan segala kelemahan dan kelebihan inilah yang mengukuhkan cinta antara kami.

Antara Cemburu dan CintaWhere stories live. Discover now