Bab 1

75 12 1
                                    

"AKU terima nikahnya, Sofea Humaira binti Hamizan dengan mas kahwin sebanyak RM3,000 dibayar tunai!"

Sekali lafaz akad bersama satu helaan nafas, ijab dan kabul antara Muhammad Najmi dan Sofea Humaira disahut dengan dua orang saksi yang menyatakan 'Sah!'.

Alhamdulillah.

Itu antara kalimah yang banyak diucapkan oleh orang sekeliling yang menghadiri majlis pernikahan secara kecil-kecilan mereka berdua pada hari Jumaat yang tenang itu.

Najmi berpaling ke sisi, menghadap wanita yang kini sudah berubah status menjadi isteri dunia akhiratnya. Wajah ayu si dia yang anggun dengan busana putih klasik yang bersulam warna emas di hujung pakaian benar-benar menyejukkan hatinya. Sedondon dengan dirinya yang berbaju melayu putih bersama sampin songket.

Kotak cincin yang diberikan oleh Puan Hasnah, ibu Najmi, Najmi ambil isinya. Tanganku dicapai dan disarungkan dengan cincin emas yang bertatah batu-batu berlian kecil.

Dup, dap, dup, dap. 

Rentak degupan jantung sungguh tak teratur betul ketika ini! Padahal bukan tidak pernah tanganku disentuh oleh Najmi. Entah kenapa, pada waktu itu terasa seperti baru kali pertama bersentuhan dengan lelaki yang kini ku gelar sebagai suami.

Aku tersenyum segan sebelum menyambut huluran tangan Najmi untuk disalam. Kemudian, aku terasa sentuhan telapak tangan Najmi di atas kepalaku. Seketika kemudian, aku mendengar suara bisikan Najmi mengatakan sesuatu.

"Allahumma inni as'aluka khairaha wa khaira ma jabaltaha 'alaihi wa a-'udzu bika min syarriha wa min syarri ma jabaltaha 'alaihi," doa Najmi dalam nada yang perlahan, cukup untuk didengari olehku seorang sahaja.

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan dan keburukan yang Engkau tentukan atas dirinya. Semoga Sofea Humaira binti Hamizan menjadi isteri dan ibu yang solehah dalam jagaanku. Amiinn,"

Usai itu, Najmi mengucup ubun-ubun kepalaku. Aku kedipkan mata berkali-kali, cuba menghilangkan air mata yang bertakung di tubir mata. Mana tidaknya, doa yang dibaca oleh Najmi tadi menghadirkan rasa sebak di dada.

Najmi tersenyum melihat diriku yang sedaya upaya sedang mencuba menahan air mata daripada terjatuh. Tangan Najmi naik ke atas mengusap kepalaku lembut.

"Jangan nangis, isteri,"

Entah kenapa, mendengar perkataan 'isteri' itu membuat aku tergelak kecil walhal hakikatnya hatiku kini sedang kembang berbunga setaman. Indahnya perkenalan yang pada akhirnya membawa ke jinjang pelamin!

"Biy ni, malulah!"

Giliran Najmi pula yang tergelak senang. Lucu rasanya melihat kulit cerah wajah isterinya bertukar rona merah. 

Ah, seronoknya dah halal!

"Amboi, amboi! Macam dia je yang ada dalam dunia ni!"

Gurauan Puan Hasnah, ibu Najmi membuatkan suasana di situ berubah semakin ceria hasil dari gelak tawa mereka yang hadir. Aku menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tangan tua itu. Puan Hasnah yang sudah ku anggap seperti ibu kandung sendiri, mencium kedua-dua pipi dan dahiku.

"Selamat datang ke keluarga Ibu, Sofea. Lepasni Sofea dah tak sorang tau, Sofea dah ada Ibu dengan Abah," kata-kata Puan Hasnah membuatku sebak.

Semua maklum yang aku sudah pun kehilangan kedua-dua orang tua sejak aku di usia remaja. Adik-beradik pun tiada. Sedara mara juga aku tidak kenal siapa. Jadi, boleh dikatakan yang aku hanya sebatang kara di dunia ini.

Terharu, lantas aku memeluk tubuh tua itu. "Terima kasih, Ibu. Sudi terima Sofea. Sofea sayang Ibu,"

Belakang badanku diusap perlahan. "Jangan nangis, rosak make-up!"

Sempat je lagi Puan Hasnah bergurau. Giliran Haji Wahid, Abah kepada Najmi pula untukku salam. Sama seperti Puan Hasnah, aku juga memeluk Haji Wahid seeratnya.

"Abah jangan cakap apa-apa! Banjir nanti isteri abang nangis kang,"

Laju sahaja Najmi memberi amaran awal sebelum sempat Haji Wahid mengeluarkan kata-kata. Najmi sememangnya menggelarkan dirinya 'abang' dalam keluarga walaupun dia satu-satunya anak mereka.

"Ish, kau ni! Abah nak cakap je, lepasni geng 'coffee hunter' Abah dah bertambah lagi seorang ahli," tergelak kami berempat di atas pelamin mendengar seloroh Haji Wahid.

Mana tidaknya, Haji Wahid hantu kopi, samalah dengan aku yang sememangnya suka memburu kafe-kafe dan warung-warung untuk mencuba segala kopi yang ada. Jadi, betullah kata Haji Wahid, geng 'coffee hunter'nya sudah bertambah ahli!

"Sofea kena ingat, status Sofea bukan cuma menantu bagi Ibu dan Abah. Sofea anak Ibu dan Abah. Apa-apa hal, perlukan Ibu atau Abah, cari je kami. Najmi buat hal, Abah sendiri sesah dia!"

Aku yang pada mulanya sudah terharu dan mula nak sebak jadi tergelak apabila mendengar ayat terakhir Haji Wahid.

"Untunglah, ada kuasa besar jadi back-up," usik Najmi.

"Tahu takpe. Siaplah biy kalau buat saya sakit hati, saya report terus dekat Abah!"

"Ha, betul. Report je kat kami ni, Sofea. Apa-apa Najmi buat tak betul, siap dia!" giliran Puan Hasnah pula menambah perisa.

"Amboi, tak aci! Kira sekarang abang yang dah jadi anak angkat ke ni?" seloroh Najmi.

"Haah, abang memang anak angkat dari dulu,"

"Ibu!"

Aku gelak senang.

Terima kasih, Ya Allah.


•••

Bab 1 done! 

So? Okay tak okay? Kita tak lost of touch lagi kan dari dunia ni? Hehe

Drop a comment if you are excited for the next chapter!

Mind you, karya kali ini akan saya bawa emosi perasaan anda seperti naik roller coaster HAHAHA

Enjoy!

Love, Amylicious <3

Lafaz AkadWhere stories live. Discover now