Bab 2

66 12 0
                                    

SUASANA yang hiruk-pikuk dengan lautan manusia yang datang ke majlis walimatulurus aku dan juga Najmi perlahan-lahan beransur tenang. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang, wajarlah para tetamu semuanya semakin surut. Majlis sudah pun tamat.

Yang tinggal kini hanyalah beberapa rakan terdekat dan juga saudara mara Najmi yang hampir belum kesemuanya aku kenal. Mana tidaknya, perkenalan dengan Najmi tidak memakan masa yang lama.

Hanya setahun sahaja kami mengambil masa untuk mengenal hati budi masing-masing sebelum Najmi terus terang menyatakan hasrat hatinya mahu memperisterikan aku.

Jadi, logik je lah kan kalau aku tak berapa kenal dengan saudara mara Najmi?

"Pengantin pergi tukar baju, lepastu merewang kemas pula. Banyak tu periuk belanga nak dicuci kat belakang!" kata salah seorang perempuan tua yang lebih kurang berumur seperti Ibu Najmi.

"Alah, Maklong ni, pengantin kenalah rilek rilek aje harini!" balas Najmi yang kemudiannya diakhiri dengan sengihan mengusik.

Oh, itu Maklong. Patutlah wajah lebih kurang Ibu.

"Tak ada maknanya! Itulah kerja pengantin-pengantin lepas habis majlis," disambung pula dengan Ibu yang muncul di belakang Maklong.

"Alamak, madam dah bersuara juga ni tak boleh tolaklah. Baru nak 'manja-manja' dengan isteri kita......" Najmi sengih nakal sambil menjeling ke arahku yang sedang enak menjamah pencuci mulut di sebelahnya.

"Apa biy ni..."

Malu bukan kepalang, habis merah wajahku dibuatnya. Najmi ni suka mengusik tak kena tempat!

"Lemaklah kau. Dah pergi sana cepat sebelum maghrib. Nanti kita pergi maghrib kat masjid sama-sama," kata Abah pula.

Jangan diusik menantu tunggalnya. Najmi kalau dibiarkan, berbakul-bakul mulut dia tu.

Kaki mengusik nombor satu!

Pakai modal mengusik lah tu agaknya mengayat anak dara orang.

"Yelah, yelah,"

Najmi memandang ke arahku dan tersenyum manis. Aww, handsomenya suami kita!

"Sayang dah puas makan belum tu? Kalau belum nanti biy minta Dekna simpankan semangkuk. Malam nanti kita makan lagi,"

Syukurlah ada Najmi yang memahami. Sebabnya, dia belum puas pun makan! Seharian bergambar, bersanding, berposing, siapalah yang boleh makan dengan aman?

Aku mengangguk seraya menyuap suapan terakhir ke dalam mulut. "Boleh juga simpankan. Sedaplah sagu gula melaka ni, tak puas makan satu mangkuk kecik!"

"Nanti biy pesankan kat Dekna. Jom kita salin baju dulu. Kang bising pula makcik-makcik bawang kat dalam tu,"

Amboi, sukahati je dia gelarkan makcik bawang. Dalam geng makcik bawang tu ada Ibu dia juga tau!

💫💫💫

MASUK sahaja dalam bilik Najmi, aku terus terkaku. Seakan baru tersedar bahawa ketika ini  menjadi kali pertama aku dan Najmi berdua-duaan dalam ruang peribadi seperti ini.

Nak buat apa? Serba-serbi tak kena.

Padahal aku pernah je masuk dalam bilik Najmi semalam untuk meletakkan beg baju kepunyaanku. Tapi, itu tanpa Najmi. 

Sekarang ni, ada Najmi!

"Sofea?" suara Najmi yang lembut memanggil dari belakang membuatkan badanku meremang. Pelik Najmi apabila isterinya itu berdiri kaku setelah beberapa langkah masuk ke dalam bilik.  

Sesaat kemudian, aku terasa lenganku dipegang oleh Najmi.

"Hey, kenapa?"

Najmi memusingkan badanku agar menghadapnya. Perasan dengan wajah tidak keruan yang aku tidak boleh sorokkan lagi, Najmi tergelak kecil.

"Sofea, sayang,"

"Awak takut berdua dengan saya ke?"

Najmi!

Apa punya soalan ni?

"Ma- mana ada! Kenapa nak takut pulak?" bidasku, cuba melarikan mata dari terus memandang Najmi.

"Yelah..." tangan Najmi bergerak mula membuka sanggul yang menyucuk di rambutku.

"Manalah tahu..."

Najmi masih lagi bersuara sambil tangannya menari-nari di sekitar kepalaku, menanggalkan satu per satu perhiasan yang dirias di situ. Dan aku- hanya kaku, berdiri di hadapannya tak ubah seperti patung.

"Sayang takut biy..."

Suara Najmi semakin lama kedengaran semakin perlahan dan gemersik sahaja di telinga. Entah bila dia selesai menanggalkan semua perhiasan di kepala. 

Najmi mencuit daguku, membuatkan aku mendongak memandang ke dalam matanya.

"...'nakkan' sayang?" serentak itu, Najmi menarik zip baju di belakang badan membuatkan baju pengantin itu longgar.

Aku yang tadinya kaku, terus tersedar daripada khayal dengan godaan Najmi.

"Biy!" Najmi aku tolak menjauh. Kedengaran hilai tawanya apabila melihat aku kelam kabut menahan baju di bahagian dada daripada terbuka di hadapan lelaki itu.

"Kalau tak sebab kita kena cuci periuk, biy takkan izinkan sayang keluar dari bilik ni," usik Najmi lagi, masih dengan sisa tawanya. 

Seronok sangat ke usik orang?!

Aku sudah tak terkata apa. Malu. Segan. Walaupun dia sudah bergelar suami selama 5 jam 35 minit 45 saat.

Najmi mula membuka pakaiannya satu per satu dan menyalin dengan pakaian lain. Selamba?

Ya. Selamba je lah, dia lelaki, mana ada apa nak disembunyikan.

Selesai, Najmi berjalan mendekatiku semula yang masih berdiri tegak. Aku hanya menunduk, tidak mahu memandang kerana aku tahu ketika itu, wajahku memerah seperti dipanggang!

"Biy tunggu sayang kat luar, okay? Tukarlah baju selesa sikit,"

Aku mengangguk tanpa suara. Najmi tersenyum kemudian menarik kepalaku lalu melabuhkan sebuah ciuman di dahi.

"Biy takkan buat apa-apa selagi sayang belum bersedia. Jangan risau, okay?"

Terus Najmi dijeling. 

Tak buat apa-apa konon.

Habis tadi tu apa?!

•••

So how's my second chapter?!

Komenlah korang, saya sedia menanti hahaha. Jangan lupa vote okay? Rindu pula nak terasa di awangan bila korang vote kita punya novel hehe

Enjoy!

Love, Amylicious <3

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lafaz AkadWhere stories live. Discover now