LANGKAH diatur lagi tanpa hala tuju. Sesekali, tapak kakinya statik di permukaan tar itu sementara anak matanya memerhatikan keadaan sekeliling. Terlalu terbuai dengan perasaan yang menyesakkan dada sehingga dia tidak tahu kakinya berhenti di mana.
Dia angkat bahu sendiri.
Sekurang-kurangnya, di sini tak ada lagi tekanan...
Di sini, tak ada lagi cemuhan...
Tak ada lagi kata-kata yang menyakitkan...Nampak sahaja bangku yang berada tak jauh di hadapan, langkahnya dia atur menuju ke situ. Jemarinya menyapu bersih permukaan bangku itu terlebih dahulu sebelum dia melabuhkan punggungnya di situ. Jujut nafas dalam, dia pejamkan matanya.
Terasa tenang apabila deruan angin lembut menampar wajahnya. Membuatkan tudung bawalnya berkerunyut terkena angin. Dia tersenyum lebar.
Tenangnya...
Rasanya sudah lama dia tidak merasai ketenangan ini. Ketenangan yang sering dia impikan, meskipun dapat menikmatinya walau sekejap. Itu sudah memadai.
Realiti yang menyeksa hati, yang kadang-kadang mereka memperlakukannya seperti tak punya hati.
"Beautiful."
Terdengar seperti bisikan perlahan seseorang, namun jiwanya terlalu penat untuk mendorongnya membuka mata. Serasa mahu terus memejam mata erat tanpa membukanya lagi...
.
.
.
.
.
"Aku benci dia..."
"Dia tak layak untuk dapatkan cinta sesiapa."
.
.
.
Cinta dihulur dengan hati yang luhur. Mampukah benci dikalahkan dengan rasa cinta? Atau selama-lamanya benci itu akan terus menapak di hati? Antara kedua-duanya, manakah yang akan menemui titik penamat?
Terlalu membenci sehingga lupa, antara benci dan cinta, perantaraannya ialah... rindu.
YOU ARE READING
RHEA AIRINA
RomanceWAN MUHAMMAD AMEER | RHEA AIRINA . Jangan terlalu benci. Takut nanti rasa benci itu perlahan-lahan berubah kepada sayang. Jangan terlalu angkuh dengan perasaan sendiri sehingga merugikan diri... Mula tulis: Mac 2023 Edit semula: Mac 2024 Tamat: -