2015
BUKU Biologi Tingkatan 6 diletakkan di atas meja makmal. Meja yang berada di tengah-tengah makmal dia pilih. Bangku ditarik daripada bawah meja, lalu dia melabuhkan duduknya di situ. Dia menguap kecil. Matanya dikerdipkan beberapa kali mahu menghilangkan kantuk yang masih tersisa.
Semalam dia tidur pukul 4 pagi kerana mahu menyudahkan kerja part timenya yang dah nak hampir deadline. Pukul 6 pagi pula dia dah bangun daripada tidur untuk ke sekolah. Pagi-pagi lagi, dia dah sampai ke sekolah dan terus ke Makmal Biologi memandangkan waktu Biologi pagi itu.
Pukul 7.30 dia sampai di sekolah, dia tak terus naik ke kelas sebab dia tak larat. Mujurlah makmal dah dibuka oleh pembantu makmal walaupun kelas akan bermula dalam pukul 7.50 pagi nanti.
Rhea kerling jam di tangannya. Telefon bimbitnya diambil daripada totebag sebelum satu pesanan ringkas dikirim kepada sahabatnya, Naila. Mahu memberitahu yang dia dah ada kat makmal. Sahabatnya yang seorang itu bukan boleh kira, selagi Rhea tak ada, selagi itu dia akan tunggu sampai Rhea muncul sebab nak buat apa-apa pun sekali.
Kerana terlalu mengantuk, Rhea ambil keputusan untuk melelapkan matanya sekejap. Sekejap pun jadilah, pukul 7.50 nanti dia bangunlah.
Letak kepala di atas meja, Rhea tidur dengan mengiringkan kepalanya ke tepi. Tak sampai seminit, dia sudah pun dipanggil lena.
BUKA saja mata, Rhea tergamam sejenak apabila melihat seorang lelaki yang memandangnya tanpa riak di meja sebelah. Cepat-cepat dia angkat kepala daripada meja. Disebabkan dia baru saja tersedar dari lena, kepalanya terasa sakit kerana bangun dengan mengejut.
"Auch!" Kepalanya dipegang. Terasa berpinar-pinar. Matanya dipejamkan lama. Mahu mengurangkan kesakitan pada kepalanya. Sudah tidak dipedulikan lelaki tadi dan malunya apabila ditangkap tidur di situ. Apabila dia membuka matanya, benda pertama yang dia nampak di depannya ialah, satu botol kecil minyak cap kapak. Terasa bahang di sebelahnya. Rhea berpaling ke sisi, mendongak sedikit memandang lelaki tadi yang sudah pun berdiri di sebelahnya.
Dahinya berkerut.
"Letak ubat." Itu yang keluar dari bibir lelaki itu.
"Err, terima kasih." Rhea mengucap ikhlas.
"Waking up suddenly from sleep causes gravity to send blood to the legs quickly, causing your blood pressure to drop. You may experience dizziness and most seriously it can cause you to pass out." Lelaki itu menyambung lagi setelah kepalanya dianggukkan sedikit membalas ucapan terima kasih Rhea.
Rhea tersenyum sedikit. Dia pandang lelaki itu yang sudah pun melabuhkan duduk di tempatnya tadi.
"Faham..." Rhea capai minyak tadi, lalu disapukan sedikit di kepalanya yang terasa pening. Ditambah pula dengan tidurnya yang tidak cukup hampir setiap hari, mungkin sebab itu dia rasa pening sangat-sangat.
"Ameer." Rhea menyeru nama lelaki itu kali pertama. Sudah hampir setahun sekelas dengan Ameer, baru kali ini dia ada kesempatan pertama untuk bercakap dengan lelaki itu. Padahal, mereka berdua sudah saling kenal sejak sekolah rendah lagi. Terputus hubungan pun masa sekolah menengah. Lepas hampir enam tahun baru bertemu balik.
Biasanya lelaki itu langsung tidak membuka mulut untuk bercakap dengannya. Pandang dia pun tak, apatah lagi mahu berbual panjang seperti rakan-rakan yang lain. Yang Rhea peliknya, dengan rakan-rakan lain Ameer boleh saja berbual mesra. Tetapi dengan Rhea, macam ada longgokan emas pula di dalam mulut.
Kalau tak fikirkan sakit kepalanya tadi, mungkin dia dah melopong mendengar Ameer berbicara panjang dengannya.
Ameer berpaling ke arah Rhea apabila namanya dipanggil. Kening dijongket tinggi, bertanya 'apa' dalam diam.
YOU ARE READING
RHEA AIRINA
RomanceWAN MUHAMMAD AMEER | RHEA AIRINA . Jangan terlalu benci. Takut nanti rasa benci itu perlahan-lahan berubah kepada sayang. Jangan terlalu angkuh dengan perasaan sendiri sehingga merugikan diri... Mula tulis: Mac 2023 Edit semula: Mac 2024 Tamat: -