Prolog II

98 7 0
                                    

Aku mengerling ke arah Qalaff yang mengambil gambar bersama pelajar-pelajar wanita. Kadang-kadang, aku turut melayan kerenah pelajar-pelajar di sini. Kalau bukan kerana Qalaff yang memujuk aku untuk turut hadir untuk memberi ceramah di universiti, aku tak akan berada di sini.

Mungkin aku sudah berada di rumah, atau melepak bersama Khadeeja. Aku mula menapak untuk keluar daripada dewan, mencari peluang untuk pulang ke hotel.

Namun, apabila langkahku terhenti lagi apabila sekumpulan pelajar datang menyerbuku untuk bergambar. Apabila mataku menangkap seseorang yang hampir jatuh, aku terus bergerak untuk menyambut lengannya.

"Careful," ucapku sambil mengintai wajahnya. Lelaki itu hanya memandangku dengan mata yang bulat dan pipi yang berubah merah. Aku terus melepaskan lengannya sambil memandang pelajar-pelajar wanita yang lain.

"Be careful semua. Semua orang boleh bergambar dengan Encik Qalaff. Tak perlu tolak-menolak, ya," getusku pada mereka semua.

"Baik, Cik Tia!" balas mereka serentak. Aku hanya tersenyum. Mataku mula melirik ke arah lelaki yang mula mengundur beberapa langkah itu sebelum aku berlalu pergi.

OUR MARRIAGEWhere stories live. Discover now