BALI, INDONESIA
"Mikael, lo bebas untuk besok enggak?" Syafiq menoleh ke arah rakan serumahnya, Antares yang sedang menikmati nasi Liwet.
"Free kot. Asal?" Soalan dibalas soalan. Antares memberhentikan kunyahannya. Air sirap sejuk disisip sedikit bagi melegakan tekak sebelum dia kembali bersuara.
"Lo boleh temani aku enggak besok? Aku ingin kembali ke desa."
"Cuti semester belum tiba lagi kan? Kenapa kau tiba-tiba nak balik kampung?" Kedua-dua kening Syafiq bertaut hairan. Kalau diikutkan cuti semester akan berlangsung lebih kurang dua bulan dari sekarang setelah selesai final exam.
"Begini. Aku memiliki peramal di desa dan aku ingin meminta bantuannya."
"Fortune teller?" Antares mengangguk pantas. Syafiq menjungkit kening sebelah. Bukunya ditutup. Tumpuannya diberikan kepada si kawan.
"Look, I just want to know what will happen to me after this. I wanted to have a good job but my results for the past semesters were very bad!"
"Apa jadi kalau keputusan kau kalini teruk?"
"Orang tuaku akan kecewa!"
"Kalau taknak keputusan kau teruk, belajarlah! Bukannya buang masa!"
"Lo tau apa? Aku belajar dari siang sampai malam tau? Tapi keputusanku semakin merosot bukannya meningkat!"
"Maksudnya usaha kau masih belum cukup. Belajar lagi sampai berjaya. Bukannya jumpa peramal." Syafiq menggeleng kepala. Bukunya dibuka semula untuk menyambung ulangkaji yang tergendala.
Antares menghembus nafas berat.
"Mike, please... Help me? Aku cuma mau lo temani aku ke desa aja! Aku mau ajak yang lain tapi mereka ada kelas coy."
"Malas."
"Please...."
"Aku cakap taknak, taknaklah! Kalau kau percaya apa yang dia ramal, boleh jatuh syirik tahu tak?"
><><
"LAMBAT lagikah nak sampai?" Syafiq memicit pelipisnya yang sedikit berdenyut. Kepalanya dipaling ke sisi, melihat keindahan kampung ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Sedikit sebanyak peningnya surut.
"Sebentar lagi kita sampai dong!" ucap Antares dengan senyuman lebar. Mana tak seronoknya kalau dia berjaya memujuk Syafiq untuk menemaninya pulang ke kampung halaman? Syafiq ini sudahlah hati keras. Tak henti-henti dia memujuk lelaki itu sehingga berbuih mulut. Akhirnya, barulah dia berlembut hati.
"Sepatutnya harini aku ada date dengan Nia tahu tak? Tak pasal-pasal aku kena cancel sebab nak teman kau." Antares tersengih sumbing.
"Ya udah, Mike... Harini aja loh! Aku janji aku gak kacau kamu lagi selepas ini. By the way, we are not going to my hometown but my grandparents hometown, okay? Kampung kami enggak jauh cuma kampung mereka agak hening dikit."
"Apa-apa sajalah. Aku tertanyalah, kenapa kau takut sangat result kau teruk? Tak semestinya sekali gagal, selamanya gagal, Res-"
"Aku bukan seperti loh, Mike! Aku enggak secerdikmu. Jujurnya, aku mimpi. Masa depanku gelap. Aku enggak ada kerja, enggak ada wang, keluargaku bertambah miskin. Paling parah, aku enggak akan menikah hingga aku tua! Aku enggak mau itu semua berlaku!"
"Bukannya dia boleh bantu kau dapatkan kehidupan yang baik melainkan diri kau sendiri." Syafiq menggeleng kepala.
Kenapalah dia ada kawan yang berfikiran cetek macam ni? Perlukah sampai minta bantuan peramal sedangkan usaha sendiri lebih baik? Dia pun bukannya lahir terus pandai. Dia juga alami jatuh bangun dalam proses pembelajarannya.
YOU ARE READING
NERDY GIRL ITU ISTERI AKU!
Short Story♡BOOK3♡ Intan Syuhada & Izz Raeef Affan "I will give you what you want but you need to give me what I want first." Perjanjian antara Izz dan bapanya, Syafiq Mikael mendorong lelaki itu untuk mencari jalan bagaimana dia mahu menyelesaikan masalahnya...