B A B 2 0

4.8K 273 29
                                    

"Allahuakhbar, Shazrin Ammar! kenapa ni?!" cemas Asfan di buatnya ketika melihat adik iparnya kaku di situ.

Dapurnya yang bersepah cukup untuk menggambarkan bahawa peperangan dunia ke-3 baru sahaja terjadi di antara dia dan si adik. Patutlah, tiada seorang pun yang menjawab salamnya.

Dia mendekati adik iparnya yang terduduk di lantai sambil kedua tangan itu sedang mengutip sesuatu dengan tergetar-getar. Ya Allah, sedih Asfan melihat Shazrin Ammar mengutip semula lauk-lauk yang jatuh di lantai itu.

Perlahan-lahan Asfan membantu adik iparnya itu agar bisa bangun dan duduk di atas kerusi. Dan, wajah yang penuh dengan kotoran sisa makanan di bersihkan oleh Asfan. Dia yakin, semua yang terjadi ini ada kaitan dengan Bunga Anggerik Nathalia yakni adik kandungnya.

Sungguhlah, kali ini adik perempuannya sudah melampau!

"Shaz, Ya Allah. Kenapa sampai jadi macam ni?" lembut Asfan berkata.

Sebak dia melihat satu-satunya adik ipar memerangkap sahabatnya ini di dalam keadaan lemah begini.

Perlahan-lahan dia membantu Shazrin Ammar untuk bangun dan serentak itu kedua mata mereka bertembung. Seorang sedang mengukir senyum tawar sambil menahan tangis dan seorang lagi menangis tanpa di pinta.

"Fan, boleh tak... Kalau aku minta izin untuk ceraikan adik kau?" Kata Shazrin Ammar sambil duduk di atas kerusi yang di bantu oleh abang iparnya bersama suara yang bergetar.

Ya Allah, aku rasa ini yang paling terbaik. Bisik hati kecil Shazrin Ammar.
Meskipun, hatinya tidak ingin melepaskan Bunga Anggerik Nathali. Tetapi, dia terpaksa juga melakukan perkara itu kerana dia hanya seorang manusia biasa yang sabarnya sudah habis.

"Aku mengalah Fan. Aku tak mampu Fan. Aku gagal jadi seorang suami bahkan abang untuk adik-adik aku. Aku penat Fan, penat sangat. Boleh tak untuk kali ini aku pentingkan diri aku?" kata Shazrin Ammar bersama deraian air mata.

Untuk kesekian kali. Sekali lagi, dia terduduk. Dia gagal untuk menjadi seorang suami bahkan keluarga kecilnya juga sudah hancur hanya kerana dia membela si isteri. Di dalam sekelip mata sahaja, dia telah hilang orang yang paling ia sayang.

"Boleh ya Fan? aku rasa penceraian ialah jalan terbaik untuk kami berdua. Aku minta maaf Fan sebab gagal untuk laksanakan tanggungjawab yang di beri kepada aku yang baba, umi dan kau amanahkan. Aku tak mampu untuk ubah Anggerik Fan. Tak mampu..." Katanya seraya menangis.

Terhenjut bahunya dek kerana menahan tangis sebentar tadi.

Ya, dia tidak bisa menafikan bahawa dia sangat mencintai Bunga Anggerik Nathalia. Akan tetapi, dia juga hanya manusia biasa yang mempunyai sebuah  perasaan. Dia sedar diri. Untuk apa dia mengemis cinta untuk dia yang tidak pernah sudi untuk menerima cintanya kan?

Mungkin Bunga Anggerik Nathalia akan bahagia bersama orang lain. Kerana, dengan melihat orang yang paling kita cintai bahagia merupakan sebuah kebahagiaan yang sebenar-benarnya.
Untuk kali ini, Shazrin Ammar melepaskan satu-satunya tali yang sudah lama terbelit di hidupnya. Kali ini, dia harus melepaskan. Ya, dia harus.

"Wow! ada drama ke?" perli Bunga Anggerik Nathalia dengan selamba.

Dia baru sahaja menjejakkan kaki di dapur semula untuk membasahkan tekak yang kering dan tanpa sengaja mendengar perbualan di antara dia dan si abang.

"Drama? kau sedar tak kau dah buat salah? kau sedar tak kau seorang isteri yang derhaka?" soal Asfan bertubi setelah sekian lama dia mendiamkan diri.

Kedua mata yang berwarna gold brown itu menampar pandang ke arah si adik dengan begitu tajam sekali. Geram dengan kenyataan yang baru sahaja di perkatakan oleh si adik. Sungguhlah, tiada walaupun sedikitkah rasa bersalah itu?

"Sedar, adik sedar. Lebih dari itu adik sedar dan masih waras." jawabnya dengan selamba.

"Abang kata adik seorang isteri derhaka? hei, Muhammad Asfan Najmi! siapa punca adik jadi macam ni? siapa punca adik kejam macam ni? puncanya baba dan umi! abang pun sama je!" Kata Anggerik lagi dengan sinis.

Jika dia tidak di paksa untuk bernikah dengan lelaki seperti Shazrin Ammar. Dia tidak menjadi seorang wanita yang kejam! sebab apa? sebab dari dulu lagi, dia hidup di dalam kemewahan. Tidak pernah walaupun sekali dia hidup di dalam kesusahan. Dan, bila dia harus hidup seperti sekarang. Dia tidak bisa menerima keadaan itu.

"Bunga Anggerik Nathalia binti Fakhrul Adlan. Saya Shazrin Ammar bin Abdullah ceraikan awak dengan talak satu." Ucap Shazrin Ammar dengan suara yang bergetar.

Nafasnya sesak. Hatinya terlalu hancur. Ya Allah, sesakit inikah melepaskan orang yang paling kita cintai? Ya Tuhan, sesakit inikah jika kita perlu merelakan dia demi kebahagiaan yang ia dambakan selama ini?

"Finally! lepas aku beranak jumpa dekat mahkamah. Aku memang tak nak budak dalam perut ni." Kata Anggerik dengan suara yang ceria.

Bahagia sungguh dia hari ini kerana bisa meloloskan diri daripada sang suami.

"Semoga awak bahagia selalu kesayangan saya." Kata Shazrin Ammar lagi dengan senyuman kecil yang terhias di bibir.

Bunga Anggerik Nathalia pula tertawa kecil. Ucapan seperti apakah itu? mestilah dia bahagia sebab sudah terlepas daripada kehidupan miskin seperti ini!

"Hidup aku dah terlalu bahagia bila kau lafazkan cerai tadi." Balas Anggerik pula.

Sekilas, dia memandang Asfan bersama senyuman kecil. Bahu sahabatnya itu di tepuk perlahan.

"Fan, jaga adik kau elok-elok. Aku minta maaf sebab gagal jadi suami yang baik untuk adik kau." Kata Shazrin pula bersama tangisan kecil.

Cepat-cepat Asfan mengelengkan kepala. Bagi, Muhammad Asfan Najmi. Sahabatnya itu tidak salah. Yang bersalah di dalam perkara ini adalah Bunga Anggerik Nathalia. Adik perempuannya itu tidak tahu erti bersyukur. Kerana, terlalu dambakan kekayaan berbanding keikhlasan.

"Shaz, kau seorang suami yang baik. Aku sendiri saksi bertapa gigihnya kau mencari rezeki demi menghidupkan keperluan adik aku dan adik-adik kau. Shaz, kau tak perlu minta maaf sebab kau terlalu baik Shaz. Terlalu baik." Kata Asfan pula bersama senyuman kecil.

Di tarik badan sasa itu ke dalam pelukan.  Biar si sahabat menghamburkan tangisan sepuas-puasnya. Dia tahu, Shazrin Ammar sudah terlalu lama memendam perasaan. Bahkan, hatinya sudah terlalu hancur untuk di cantumkan semula satu persatu.

"Adik tunggu dekat luar. Talak dah jatuh pun. See you in court! kalau tak faham apa yang aku cakap. Kau boleh tanya abang aku." Kata Anggerik dengan selamba.

Lagipun, memang itu adalah kenyataan yang perlu ia hadapi sekarang ini. Tidak sabar rasanya hendak memulakan hidup baru selepas ini tanpa Shazrin Ammar dan kehidupan yang miskin seperti ini.

Hello! finally
updated lagi!
Okay tak? typo,
abaikan!

Jangan lupa vote &
comment banyak²
kalau tak, tak mau updated!

P/s: bila free baru updated.
jadi kalau naik noti maksudnya
saya free lah untuk updated.

Ke nak jadikan e-book?
comment ocey?

Apa pun, happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTEDWhere stories live. Discover now