PART 1

256 22 6
                                    

Alisa tersedar dari lenanya apabila kulit bahunya terasa sejuk yang luar biasa. Alisa memandang keadaan sekeliling cuba mengenal pasti  tempat yang agak asing baginya.

Banyak baju-baju yang bertaburan di atas lantai. Kepala yang berdenyut hiraukan. Alisa berusaha untuk bangun dari baringan.

Namun dia merasakan ada sesuatu yang melilit di pinggannya menyebabkan dia susah untuk bangun. Alisa memandang bahagian pinggannya.

Alisa tersentak. Ada tangan sasa yang memeluk erat pinggannya ketika ini. Alisa memandang sebelahnya. Ada seorang lelaki yang sedang lena diulit mimpi sambil memeluk pinggangnya.

Badan Alisa mula menggigil. Air mata mula jauh bak air terjun di pipi mulus itu. Alisa menutup mulutnya agar suara tangisannya tidak mengejutkan lelaki itu dari lenanya. Alisa kenal lelaki itu.

Lelaki itu adalah Tengku Aqil Syah. Lelaki yang suka membulinya di universiti dahulu. Alisa berusaha mengalihkan tangan sasa Tengku Aqil perlahan-lahan sebelum turun dari katil.

Alisa cuba untuk berdiri namun bahagian bawahnya yang sakit membataskan pergerakkannya. Perlahan-lahan Alisa mengutip dan memakai pakaianya sebelum bereda keluar dari bilik itu.

Alisa sudah tidak sanggup untuk bersemuka dengan lelaki itu. Tidak cukup lelaki itu malukan dirinya di universiti. Sekarang lelaki itu memalukannya dengan cara yang begitu menjijikan.

Apa salah dirinya terhadap lelaki itu sehingga Tengku Aqil sanggup melakukan hal seperti ini kepada dirinya.

Tidak cukup lagikah Tengku Aqil membuli dirinya di universiti sehingga dia dibuang dari universiti. Sungguh hati Alisa berasa cukup sakit dengan apa yang telah lelaki itu lakukan.

~~~~~~~

Alisa pulang ke rumahnya dalam keadaan mata yang sembab dengan air mata. Seluruh badannya berasa sungguh sakit. Terutama di bahagian intimnya.

Alisa mengetuk pintu rumahnya. Puan Aisyah membuka pintu apabila mendengar ketukkan daripada luar. Tersentak Puan Aisyah apabila melihat keadaan anak perempuannya itu.

Luluh hati wanita tua itu apabila melihat keadaan Alisa. Rambut Alisa yang serabai, kesan koyak di baju, mata yang sembab dan yang paling mengejutkan adalah bahagian leher Alisa yang dipenuhi kesan merah.

Alisa masuk ke rumah dan memeluk ibunya. Puan Aisyah membalas pelukan Alisa dan turut menangis bersama anaknya itu. Alisa mendengar tangisan ibunya menjadi semakin lemah.

Sungguh dia rapuh mendengar tangisan ibunya. Pasti ibunya kecewa dengan dirinya ketika ini. Mahkotanya sebagai seorang wanita telah diragut oleh lelaki yang tidak mempunyai hak ke atas dirinya.

" Adik... Adik kenapa boleh jadi sampai macam ni " tanya Puan Aisyah saju.

Hatinya sebagai seorang ibu hancur apabila melihat keadaan anak perempuannya sebegitu. Alisa menggeleng. Dia mengemaskan lagi pelukkan pada Puan Aisyah.

" Adik..... tak tahu ibu...... Masa balik kerja tadi...... kepala adik rasa sakit sangat....... Lepas a...adik sedar..... A...ada le..la...ki ..... Kat sebelah....adik...."

Ujar Alisa dalam esakan. Dia tidak mampu untuk menghabiskan ayatnya. Dia berasa jijik dengan dirinya sendiri.

Alisa menghemburkan tangisannya buat kesekian kali di bahu ibunya. Alisa meletakkan kepalanya di bahu Puan Aisyah . Alisa sendiri tidak tahu kenapa kepalanya sakit secara tiba tiba. Sedar sahaja dari lena dia sudah berada di bilik hotal bersama seorang lelaki.

Puan Aisyah menggosok belakang badan anak. Mereka berpelukkan sehingga bunyi esakan Alisa reda. Puan Aisyah meleraikan pelukkan mereka dan memandang wajah anaknya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

You Are Mine : Hate of Love (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now