I || 03

509 35 0
                                    

.....

"LAPARNYA..." rungut Farhan seraya wajahnya di sembam ke atas meja.

Jam baru menunjukkan pukul sepuluh pagi. Tapi perutnya terasa lapar seperti seharian tak makan. Nak kata, tak bangun sahur. Rasanya dia dah makan banyak awal pagi tadi. Tapi kenapa dia rasa lapar lagi?

"Aik, baru pukul sepuluh. Takkan kau dah lapar, Han?" tanya Dhea. Mereka duduk bersebelahan. Manakala, Darren dan Riyad duduk di hadapan mereka berdua.

"Hah? Mana ada aku lapar. Aku tak lapar lah. Saja aje aku cakap lapar tadi. Sebab aku nak tengok siapa tak puasa. Tapi tak sangka semua puasa hari ini." Sengih Farhan menunjukkan giginya yang putih.

Dhea dengar kata-kata Farhan, menjuling mata menyampah. Lelaki. Mana nak mengaku tak puasa. Padahal, baru beberapa minit lepas Farhan merungut lapar.

"Weyh, Ren. Bangun lah. Yang kau tidur dalam kelas ni kenapa? Kau nak cikgu telefon papa kau ke?" Riyad menolak sikit bahu Darren agar rakannya terjaga.

Darren rasa terganggu tidurnya terganggu. Selamba menepis tangan Riyad dari menganggunya. Riyad tak tahu ke, dia bangun awal untuk bersahur tadi? Sudahlah lepas makan, dia tidak dibenarkan tidur. Maka, bersengkanglah matanya hingga sekarang.

Namun tadi, selepas habis saja mata pelajaran sejarah. Matanya langsung tidak dapat menahan diri dari tertidur. Sebaik saja guru mata pelajaran sejarah, keluar. Terus kepalanya lentok di atas meja.

Lena. Sungguhnya, dia tak dapat menahan matanya dari tertidur.

"Ren, bangunlah, Ren. Cikgu Zakhif dah nak sampai tu," bisik Riyad memberi amaran kepada Darren.

Namun Darren sikit tidak kesah akan nama yang di sebut. Baginya, tidurnya lebih penting. Kalau tak, tidur. Bagaimana dia nak bersemangat?

Riyad risau akan reaksi acuh tak acuh Darren, berpusing ke belakang meminta pertolongan Dhea. Hanya budak perempuan itu saja boleh membantunya. Maklumlah, Dhea kan adik sebapa Darren.

"Dhe---"

"Bangun! Assalamualaikum, cikgu!" Tidak sempat Riyad hendak meminta pertolongan dari Dhea.

Suara ketua kelasnya sudah kedengaran memberi salam kepada guru mata pelajaran seterusnya.

Riyad segera bangun tanpa hiraukan Darren di sisi. Kini, dia sudah tidak kesah jika Darren memarahinya sekalipun.

Bukan dia tak kejut Darren. Tapi Darren yang tak nak bangun.

"Wa alaikumsalam. Duduk semua," arahnya.

Meliar anak mata Cikgu Zakhif memandang sekeliling kelas itu. Melihat anak muridnya semangat hendak memulakan kelas membuatkan dia berlapang dada.

Namun, masih ada seseorang yang membuatkan kepalanya geleng perlahan. Rasanya sudah acap kali situasi ini berlaku setiap tahun.

Hampir lima tahun, dia menjadi seorang guru. Dia sudah lali akan karenah para pelajarnya ketika bulan puasa. Macam-macam ragam sudah dia tempuhi.

Perlahan langkah kakinya atur dekat ke arah meja Riyad dan Darren. Wajah Riyad yang sudah berubah cuak, dipandang dengan senyum kecil.

"Darren. Darren. Hey! Bangun. Kelas dah mula ni." Lembut tangannya menolak sikit bahu Darren agar bangun.

Darren merengek kecil. Tangan yang menolak bahunya ditepis perlahan.

"Erm, jangan lah kacau. Aku penat lah. Mengantuk."

"Awak buat apa sampai penat sangat, Darren? Nak cikgu tanya papa awak ke? Kenapa awak tertidur dalam kelas?" tanya Cikgu Zakhif dengan nada garang.

Darren dengar panggilan papa di seru. Segera dia bangun dari tidurnya. Terkerdip-kerdip kelopak matanya buka memandang sekeliling kelasnya. Perasaan ada satu figura memakai baju lain dari baju sekolahnya. Perlahan kepala angkat memandang wajah itu.

Liur ditelan. Tidak dia sangka Cikgu Zakhif sudah berada di hadapannya. Sangkanya, guru itu lambat lagi nak masuk kelas.

"Erkk, cikgu..." Sengih Darren memandang Cikgu Zakhif.

Geleng kepala Cikgu Zakhif mendengar nada Darren. Dia sudah agak. Pasti anak muridnya terkial hendak menjawab soalannya. Ya lah, mana lah dia orang ada jawapan nak menipu, kalau dah terkantoi.

"Dah, pergi tandas. Basuh muka. Ingat Darren, basuh muka. Bukan minum..." Jegil anak mata Cikgu Zakhif memberi amaran kepada anak muridnya.

Darren sudah sedar sepenuhnya, angguk kepala akur. Pantas kerusi ditolak, berlari ke tandas.

Tak sampai lima minit ke tandas. Darren kembali ke kelas dalam keadaan yang segar bugar. Bibirnya lebar mengukir senyum malu kepada Cikgu Zakhif.

Hela nafas Cikgu Zakhif melihat karenah anak muridnya itu. Nasib lah hari ini, bulan puasa. Jadi, dia lepaskan anak muridnya kerana penat berpuasa.

"Nak tidur tak salah. Cikgu tak marah. Tapi pastikan tempat tidur tu bukan dekat sekolah. Sekolah tempat nak belajar. Bukan tidur. Kalau kau orang tidur, macam mana Cikgu nak mengajar?"

Tiba-tiba ada satu tangan mengangkat tinggi. Cikgu Zakhif perasaan akan tangan itu, jongket sebelah keningnya melihat figura budak lelaki itu.

"Ya, Farhan. Ada apa-apa awak nak tanya cikgu ke?" tanya Cikgu Zakhif kepada pelajarnya yang mengangkat tangan tinggi.

Farhan bingkas bangun dari tempat duduknya. Matanya berkerdip memandang wajah kacak Cikgu Zakhif.

"Cikgu, bulan puasa ni, boleh ke, kita tidur?" soal Farhan.

Cikgu Zakhif dengar soalan yang dilemparkan oleh anak muridnya, mula tertarik. Walaupun, dia bukan mengajar mata pelajaran pendidikan islam. Tapi sebagai manusia yang dilahirkan sebagai orang islam. Rasanya, boleh saja dia menjawab soalan itu.

" Ni jawapan dari cikgu aje tau. Kalau kau orang nak tahu lebih lagi. Kau orang tanya Cikgu yang mengajar pendidikan islam."

Angguk kepala dua puluh murid yang berada di dalam kelas itu.

"Baikah. Seperti mana yang kita semua tahu, kita sebagai umat islam. Wajib berpuasa. Sebab apa, wajib?"

"Sebab puasa ada dalam rukum islam yang kedua," jawab salah seorang pelajar yang berada di situ.

Cikgu Zakhif angguk kepala setuju.

"Betul. Sebab puasa ada dalam senarai rukun islam yang kedua. Jadi, kalau kita tak puasa. Kita berdosa."

"Bulan puasa juga adalah bulan penuh keberatan daan rahmat Tuhan. Jadi masa ni lah, kita kena tingkat ibadat macam solat lima waktu sehari semalam. Mengaji Al-Quran atau Iqra. Bersedekah dan macam-macam lagi supaya puasa kita berganda."

"Jadi, kita tak boleh tidur lah?" sampuk Farhan. Berkerdip-kerdip kelopak matanya tidak sabar ingin tahu jawapan dari soalannya tadi.

"Boleh. Tapi tidur dalam puasa ni pun, kena berpada-pada. Janganlah dari subuh sampai maghrib, tidur. Kuranglah pahala."

Terangguk-angguk kepala dua puluh murid termasuk Darren faham akan penyampaian yang disampaikan oleh guru muda itu. Walaupun ringkas. Tetap boleh difahami dengan mudah.

.....

Mr. Duda Raya [ EBOOK ]Where stories live. Discover now