D || 02

556 41 0
                                    

.....

Seawal empat pagi. Medina terjaga dari tidurnya. Pelukan Dariel di pinggangnya diangkat perlahan jauh dari tubuhnya. Sempat bibirnya mengucup pipi Dariel sebelum kaki di bawa turun ke lantai.

Selipar khas yang dibeli oleh Dariel beberapa bulan lalu disarungkan ke kaki. Perlahan kakinya mengatur langkah ke baby crib yang tidak jauh dari katilnya dan Dariel.

Melihat dua anak kembarnya tidur lena. Cukup membahagiakan dirinya setelah lapan tahun berlalu. Jujur, kini dia bahagia dengan kehidupan baru.

Prang!

Terhenjut bahu Medina mendengar bunyi denting itu. Laju kepalanya berpaling memandang ke arah pintu. Mendengar bunyi denting itu menyapa gegendang telinganya membuatkan dia rasa tidak sedap hati.

Pantas kakinya mengatur langkah keluar dari bilik tidurnya. Sempat matanya memandang ke arah dua bilik tidur Darren dan Dhea. Melihat kedua-dua pintu itu masih tertutup, cukup menyakinkan bahawa kedua-dua bilik anak lelaki dan perempuannya tidak diusik.

Perlahan kaki mengatur turun ke tingkat bawah. Mendengar sesuatu dari dapur menguatkan hati Medina bahawa rumahnya sedang dipecah masuk.

Beberapa hari ini, ada laporan dari kawasan elit itu memberitahu bahawa ada beberapa rumah dipecah masuk dan banyak barang-barang berharga diambil. Jadi, dia risau andai rumahnya juga menjadi sasaran si perompak.

"Sayang!"

Terhenjut bahu Medina tatkala rasa bahunya ditepuk oleh seseorang. Dia segera berpaling ke belakang. Melihat wajah Dariel menyapa pandangan matanya membuatkan dia terkejut.

Bila masa suaminya sedar dari tidur?

"Bila masa abang bangun? Dee tak sedar pun," ujar Medina dengan riak wajah terkejut.

Dariel ukir senyum nipis. Sejujurnya, dia sudah sedar ketika Medina alihkan tangannya dari pinggang wanita itu. Namun, dek kerana letih bekerja. Maka, dia sambung tidur. Tapi sebaik saja dia dengar sesuatu di tingkat bawah. Sangkanya, Medina akan kejutnya bangun agar menemaninya ke tingkat bawah. Sebaliknya, wanita itu selamba keluar dari bilik tanpa menghiraukan keselamatan diri.

"Bila abang sedar tu, Dee tak perlu tahu. Dee tu yang patut abang risaukan. Dah tahu ada dengar bunyi sesuatu. Kejutlah abang. Ni tak, menonong aje keluar tak kejut abang. Buatnya ada dia cuba bunuh Dee macam mana? Dee nak tengok abang merana ke?"

"Maaf, abang. Dee panik sangat tadi sampai lupa nak kejut abang. Dee risau kalau dia sentuh anak-anak."

Hela nafas Dariel mendengar jawapan Medina. Dia tahu Medina risaukan anak-anak. Tapi janganlah sampai abaikan diri sendiri.

Kting!

Terhenjut kedua-dua bahu Dariel dan Medina terkejut mendengar bunyi denting itu dari dapur. Masing-masing saling berpandangan memberi kata-kata agar meneruskan langkah mereka ke dapur. Mendengar bunyi itu makin kuat kedengaran membuatkan jiwa masing-masing kian berdebar

Dariel mengatur langkah turun ke bawah. Tangannya erat menggenggam tangan Medina ke dapur. Sebaik tiba di dapur. Gagau tangannya mencari suis lampu dapur yang terletak tidak jauh dari tangga.

Klak!

"Arren?"

Dongak kepala Dariel memandang mama dan papanya berada di dapur. Terkebil-kebil kelopak matanya melihat dua raut wajah itu.

Melihat wajah Medina sudah berubah garang. Lebar bibir Darren menayangkan giginya yang putih.

"Syed Darren Mikael..."

"Sorry, mama. Arren tak sengaja! Arren cuma nak makan sahur aje. Hari ini kan, hari pertama Arren bersahur. Jadi, Arren takut mama lupa kejut Arren." Sengih Darren memberi alasan kepada ibu dan ayahnya.

Geleng kepala Dariel mendengar alasan anak sulungnya itu. Buat orang susah hati aje. Sangkanya, ada perompak masuk rumah. Rupanya...

"Argh! Mama... Sakit, mama. Sakit. Sorry, sorry, Arren tak sengaja," jerit Darren menahan pedih di telinga.

"Tahu pun. Arren tahu tak, sebab Arren buat mama papa terkejut. Mama papa ingat kan ada perompak masuk rumah. Rupanya... Haish, geram mama dengan kamu ni, Darren Mikael."

Darren tayang sengih. Sungguh, dia tak sengaja hendak mengejutkan mama dan papanya. Dia hanya mahu menyediakan sahur sahaja. Tak sangka sampai kejut mama dan papa bangun dari tidur.

"Arren, papa tahu kamu teruja nak berpuasa. Tapi ni awal sangat kamu bangun ni, kalau kamu mengantuk dekat sekolah nanti macam mana? Papa tak nak dapat panggilan dari cikgu beritahu kamu tidur dalam kelas," ujar Dariel.

Melihat jam baru menunjukkan pukul empat lima belas minit pagi membuatkan dia risau pada Darren. Sudahlah tenaga berpuasa ni, lain dari tenaga hari biasa. Buatnya Darren tertidur dalam kelas nanti macam mana?

"Tak. Arren janji Arren takkan tidur dalam kelas. Lagipun, hari ini hari pertama Arren berpuasa. Jadi, Arren kenalah bersemangat. Kalau Arren tak bersemangat. Macam mana Arren nak puasa penuh papa?"

Dariel pandang Medina di sisi. Melihat wajah bersemangat yang dibina oleh anak lelakinya mahu berpuasa penuh tahun ini. Tak jadi mereka hendak mencegah. Walaupun ada terbit rasa kasihan. Tapi tak mengapalah.

"Hmm, dah sekarang Arren tolong mama. Kemas semua ni sekarang! Amboi, jangan ingat mama ada dekat dapur. Arren nak lari eh. Kemas. Kalau tak, Arren tak payah sahur. Biar lapar sampai maghrib."

"Baik, ma'am!" Tangkas tangan Darren mula mengemas barang-barang yang digunakan tadi.

Medina dan Dariel saling berpandangan. Melihat anaknya begitu semangat hendak berpuasa membuatkan jiwa mereka gembira.

Harap-harap semangat Darren sampai habis berpuasalah. Kalau tak, memang sia-sia sajalah semangat dan tekad Darren Mikael hendak puasa penuh tahun ni.

.....

Mr. Duda Raya [ EBOOK ]Where stories live. Discover now