Dua tahun lalu
"Sayang..." Cik Hany mengelus pipi mulus anak rakan baiknya.
Tidak terluah apa-apa. Tidak tahu nak berkata apa untuk menenangkan seorang Yasmeen Sahira.
'Mama-' esakan terdengar lagi. Suara yang serak dan terputus-putus memanggil nama arwah rakan baiknya, Qasrina Sahira menghuni bilik ini.
Allahu, perit hati. Pedihnya hati melihat satu-satunya puteri kesayangannya meraung dalam diam.
"Adik seorang- Ke-kenapa mama tinggalkan a-adik-"
Baru sahaja selepas pengebumian Qasrina. Mata membahang semula melihat kondisi anak perempuan kesayangannya ini. Ye, walaupun tiada darah Cik Hany di dalam tubuh gadis yang dibelai, anak rakan baiknya adalah anaknya juga.
Anak Cik Hany = Anak Qasrina Sahira
Itulah yang selalu disebut oleh penduduk Berangta.
Tangan menepuk belakang sehingga Yasmeen tertidur. Tangan Yasmeen erat memegang patung lembu yang gebu. Basah dengan titisan air mata yang tidka henti dari semalam.
Perlahan-lahan Cik Hany bangun, kebas kaki dirasakan apabila berada di posisi itu dengan lama.
Tangan memulas pintu untuk keluar dan ditutup dengan perlahan.
"Astaghfirullah- Kareem! Jangan kacau Meen, dia baru tidur," Cik Hany berbisik, berkata sebelum kepala mendongak. Terpemam sekejap melihat mata anak keduanya, merah.
Lupa pula anak yang ini. Paling rapat dan sayang dengan Qas walaupun bergaduh macam tiada hari esok dengan Yasmeen.
"Mama, Meen macam mana?"suaranya serak. Kareem tidak mahu menangis lagi. Dia kena kuat untuk Yasmeen. Kepalanya ligat merisaukan gadis yang berada di dalam bilik. Remuk mendengar rintihan Yasmeen disebalik dinding.
Disandarkan dahi ke pintu, mendengar esakan Yasmeen.
Cik Hany pandang mata anaknya. Risaukan Meen selalu. Itulah seorang Serhan Kareem. Mulut menafikan tetapi mata tidak akan pernah menipu.
"Meen baru tidur. Awak jangan kacau dia lah. Anak dara."
"Bakal menantu mama jugak," Kareem mengetap bibir. Rasa nak tampar mulut sendiri terlepas pada waktu yang tak sesuai seperti ini.
"Hah? Apa dia?!"
Ish budak ni. Merepek tempat salah.
"Hehe tak ada apa," diberikan senyuman kepada mama tetapi dia sendiri dapat merasakan senyuman tidak naik sampai ke mata. Jari menonyoh mata yang tidak gatal.
Kepala menyeget untuk melihat ruang yang tidak sempat ditutup ke dalam bilik. Dapat menangkap sekujur tubuh yang sedang terbaring lesu di atas katil. Mata menangkap satu patung lembu di atas katil.
"Aip anak dara tengah tidur. Gatal je memanjang awak ni," Cik Hany menutup perlahan menggunakan tangan yang masih berada di tombol pintu.
"Sorry mama,"
"Rehatlah, Meen okay tu. Nanti malam mama datang jenguk dia lagi."
Kepala mengangguk.
Meen okay.
Meen okay.
Meen okay.
"Awak pun Kareem pergi balik rumah mama dan ayah. Mandi. Dari pagi tadi awak sibuk uruskan arwah Mama Qas. Mama tak nak awak seorang dalam rumah tu buat masa ni."
YOU ARE READING
Serene (Berangta #1)
RomanceSerhan Kareem x Yasmeen Sahira Yasmeen merasakan hidup di Berangta adalah sempurna. Tenang. Malahan, perniagaan nasi lemaknya semakin berkembang maju dan mempunyai permintaan yang sangat luar biasa. Dia sentiasa merasakan, takdir hidupnya adalah unt...