Serhan Kareem x Yasmeen Sahira Yasmeen merasakan hidup di Berangta adalah sempurna. Tenang. Malahan, perniagaan nasi lemaknya semakin berkembang maju dan mempunyai permintaan yang sangat luar biasa. Dia sentiasa merasakan, takdir hidupnya adalah untuk hidup sebatang kara. Loners for Life. Akan tetapi, anak rakan arwah mamanya- seorang Serhan Kareem mampu mengucar-kacirkan hidupnya. Ada sahaja mulut jahat dia nak kenakan Yasmeen sehingga pening di malam hari. Itulah hidup mencari ketenangan, datangnya lelaki seperti ini. Kareem merasakan hidup di Berangta seperti dia tiada masa berhenti. Melelap mata jarang kali. Menjadi tauke lembu import membuatkan dirinya sentiasa stay on high alert. Tidak boleh tersilap sikit pun akan ada yang menunjuk. Dia sentiasa merasakan hidupnya seperti ini, mencari kesibukan untuk mengisi kesunyian yang ada. Yasmeen yang sentiasa bermulut manis menjadi menyakitkan bila berada dekat dengan dirinya. Mulutnya lancang mengenakan gadis itu ketika berada di ruang yang sama. Dia suka. Dia puas. Setiap kali perbalahan mereka, dia merasa ketenangan mengiringinya. Gila kau, Serhan Kareem. (cerita biasa)