BAB 1

17 6 38
                                    

"Ceraikan aku lah! Apa yang susah sangat nak faham? Kau tu tak boleh bagi aku kebahagiaan!" Jeritnya dengan kuat sehinggakan boleh dengar dari luar rumah.

"Ya Allah... Kenapa kau nak sangat aku ceraikan kau? Kau tak kesian ke dekat anak kita? Mana pergi belas kasihan kau sebagai seorang ibu?" Soal lelaki itu.

Matanya memandang tepat ke arah wajah isterinya. Kenapa isterinya berubah secara mendadak seperti ini? Apa kurangnya kasih sayang yang dia bagi sehinggakan sanggup meninggikan suara terhadap suaminya sendiri.

"Anak?" Wanita itu tergelak sinis. Matanya memandang ke arah tubuh kecil yang menyorok di belakang dinding. Dia sudah perasan tubuh kecil itu. Tubuh kecil itu menggigil.

"Hak penjagaan anak aku serahkan dekat kau. Jangan risau, Aku tak akan ambil tau langsung pasal budak tu." Katanya sinis.

"Tergamak kau cakap macam tu! Itu anak kau sendiri, Yati!" Sudah hilang sabarnya. Ini bukan lah isteri yang dia kahwini.

"I don't care. Kau jaga anak tu sampai kau mampus. Aku malas nak ambil tau lagi tentang hal budak tu dan kau." Selesai berkata, dia terus mengambil beg bajunya yang terletak di bawah lalu melangkah pergi.

Air mata menitik perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air mata menitik perlahan. Tangan mengusap air matanya yang masih mengalir. Apabila teringat kejadian itu, dia terasa sedih, sakit hati dan rasa tidak berguna.

Kenapa ibunya begitu kejam sekali terhadap dia? Dosakah dia sebagai anak?

"Nawal Syuhadah, saya ada bawa makanan untuk awak. Jom makan." Jururawat itu meletakkan dulang di sebelah katilnya.

Nawal Syuhadah. Ye, itu lah namanya. Nama yang indah di dengar tapi bagaimana dengan ceritanya? Masih indah ke?

"Aku tak nak makan." Nawal memandang ke tempat lain. Tidak mahu memandang jururawat tersebut.

"Makan lah... Awak dah sehari tak makan. Nanti sakit macam mana?" Jururawat itu memandang ke arah Nawal. Mata Nawal bengkak kerana menangis.

Boleh dikatakan, setiap hari Nawal akan menangis. Tetapi, bila dia masuk ke bilik Nawal terus Nawal memandang ke tempat lain.

"Sakit? Bagus juga." Nawal hanya menunjukkan wajah yang tiada perasaan.

"Jangan lah kata macam tu. Saya percaya, awak akan sihat dan ada seseorang yang akan jaga awak! Saya yakin tu!" Kata jururawat itu dengan senyuman yang paling ceria untuk Nawal.

Dia tau, Nawal perlukan sokongan mental dan fizikal sebab itu lah dia harus memberikan sokongan 100% untuk Nawal.

"Seseorang yang akan jaga aku? Ada ke orang yang nak jaga orang gila macam aku ni?" Nawal tersenyum sinis.

Tiada sesiapa yang sanggup jaga orang macam dia. Ini realiti bukan fantasi. Dunia ni kejam. Kejam sehinggakan orang sanggup buat apa saja untuk bahagia walaupun membunuh.

"Astagfiruallah... Tak baik cakap macam tu, Nawal. Awak tak gila. Awak cuma perlukan rawatan dan Inshallah awak akan sihat seperti biasa." Jururawat itu memegang bahu Nawal dengan lembut.

"Apa-apa je lah. Kau boleh keluar. Makanan tu nanti aku makan." Arahnya. Jururawat itu hanya mengangguk sebelum beredar dari biliknya.

Setelah memastikan Jururawat itu keluar, Nawal memegang kepalanya. Sakit. Kenapa kepala ni suka sangat buat hal!

 Kenapa kepala ni suka sangat buat hal!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hello my brother!" Jeritnya kuat. Matanya memandang ke arah abangnya yang masih setia menghadap kerja-kerja yang ada di atas meja.

Fokus betul!

Kakinya melangkah ke arah meja abangnya lalu mengetuk dengan kuat. Fokus sangat sampai adik sendiri pun terabai.

"Nak apa?" Matanya tidak memandang langsung ke arah adiknya. Malas.

"Adik mu ini terasa mahu meminta tolong. Boleh tolong tak abangku yang hensem lagikan kaya..." Mulutnya memuncung ke depan. Maklum lah dengan abang sendiri kena lah tunjuk comel.

"Kau nak apa? Tak payah puji lebih-lebih." Mata helangnya memandang tajam ke arah adiknya. Nasib adik dia, kalau tak dah lama dia campak budak ni ke bawah bangunan.

"Adik sendiri kot. Layan lah elok-elok." Dia menyilang tangan ke dadanya.

"Kau nak apa, Tengku Khair?" Ah sudah, kalau abangnya sebut nama panjang ini bukan petanda yang baik.

"Abang ku yang bernama Tengku Danial, adik mu ini mahukan sedikit duit. Sikit jer." Tengku Danial mengeluh perlahan.

"Kau ingat senang ke nak cari duit?" Soal Tengku Danial dengan nada serius.

"Eleh, kau pun buat hal kotor jugak kan untuk dapatkan duit. Aku tak cakap dekat orang pun. Semua rahsia kau ada dalam tangan aku." Tengku Khair tergelak kecil. Dia saja je nak buat abangnya marah.

"Ugut aku? Kau nak rasa peluru masuk dalam anggota badan kau?" Terus Tengku Khair geleng kepala. Seram.

"Please, just give me some money..." Rayunya dengan berlakon pura-pura menangis.

"Fine, Nak berapa?" Tersenyum riang apabila Tengku Khair memandang wajah abangnya.

The best brother ever!

"Nak... RM 2000 jer..." Tengku Danial mengangguk.

"Aku dah masukkan duit dalam akaun bank kau. Sekarang, keluar. Jangan menyemak dekat sini." Tengku Khair mengangguk.

"Thanks brother! Love you!" Laju kaki melangkah keluar dari bilik abangnya. Sebelum peluru masuk ke dalam badanya lebih baik dia keluar dulu.

Done update. Inshallah esok pulak. Vote tau! Bye!❤️


Lupa! Thanks kepada -ayrain sbb sudi buat cover untuk kita!

SETIA (OG) (HIATUS)Where stories live. Discover now