BAB 2 (Edited)

16 6 14
                                    

MASA. Masa yang dia rasakan amat singkat. Masa itu berlalu dengan pantas tanpa menunggu sesiapa. Tetapi, kenangan hitam itu masih terpahat di hati. Kenapa? Kenapa dia rasa kenangan itu seolah terjadi semalam?

Nawal menoleh wajahnya ke arah tingkap. Air hujan yang turun dengan lebat dapat dilihat oleh Nawal. Alangkah bagusnya dia jadi seperti air hujan. Yang sentiasa membawa rahmat ke bumi. Bukan membawa masalah.

Tangannya di bawa ke arah tingkap lalu menyentuh perlahan kaca tersebut. Sejuk sahaja kaca itu apabila air hujan menyentuh permukaan kaca tersebut.

Nawal tersenyum kecil.

"Andai suatu hari nanti seseorang akan bawa aku menari di saat air hujan sedang turun dengan perlahan. Aku teringin tetapi aku sedar bahawa aku akan menetap disini sampai bila-bila." Nawal mengeluh kecil.

Dia tertanya-tanya, adakah masih ada seseorang yang baik hati menjaganya suatu hari nanti? Atau mungkin dia akan keseorangan saja sehingga akhir hayatnya.

"Aku akan cuba sedaya upaya untuk bangkit. Walaupun hanya aku seorang saja." Nawal mengenggam tangannya.

Itu janjinya. Janji Nawal Syuhadah!

Tetapi bagaimana? Tidak mudah untuk lupakan semuanya... Adakah ayahnya masih hidup diluar sana?

Banyak pertanyaan yang berada di dalam kepalanya. Kadang sakit juga kepalanya memikirkan semua benda.

Ibunya pun dia sudah tidak tahu. Andai dia sudah matang waktu itu, mungkin ibunya tidak akan tinggalkan mereka berdua. Memang salahnya... Semua yang terjadi.

TENGKU DANIAL duduk di sofa yang berhadapan dengan televisyen miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TENGKU DANIAL duduk di sofa yang berhadapan dengan televisyen miliknya. Keluhan berat dilepaskan dengan perlahan. Rumah agam miliknya terasa sunyi.

Dia memiliki semuanya. Keluarga, Harta dan pangkat. Semuanya tetapi kenapa dia masih rasa sunyi? Hatinya terasa sunyi.

Tanganya dibawa ke rambut lalu menggosoknya rimas. Berselerak rambut yang tadinya masih kemas.

Sebab itulah dia malas balik ke rumah ini.

"Danial, Kenapa mama tengok kamu ni macam serabut saja? Ada sesuatu ke yang jadi?" Terangkat kepala Tengku Danial apabila mendengar suara maknya di belakang. Tangan maknya menggosok lembut bahu anak lelakinya itu.

"Tiada apa-apa berlaku. Mama jangan risau." Balas Tengku Danial dengan senyuman kecil. Dia tak mahu maknya risau tentang dia.

"Mama tak risau cuma mama pelik. Kenapa kamu balik sini? Kamu tak risau apa yang papa akan cakap dekat kamu lagi? Mama tak mahu kamu dengan papa bergaduh macam haritu." Keluhan kecil di keluarkan dari mulut kecil maknya.

Dia gembira kalau anaknya balik ke rumah ini cuma dia tidak mahu anaknya balik ke sini lalu bergaduh seperti haritu. Nasib tidak bertumbuk saja... Kalau tidak, tak tau lah apa jadi.

"Papa? Danial tak kisah pun dengan dia. Dia nak tampar, pukul, sepak. Ikut lah dia. Danial ni bukan anak yang baik pun untuk dia. Danial cuma Anak yang bermasalah bagi dia." Danial menunduk ke bawah.

"Danial, tak elok kata macam tu. Papa cuma nak yang terbaik untuk Danial." Danial memandang wajah maknya. Dia mengenggam kuat tangannya.

"Terbaik? Mama, papa tu nak hancurkan syarikat anak sendiri! Itu yang terbaik mama kata? Mama sedar tak apa yang mama cakap ni? Kenapa nak tegakkan benang yang basah?" Danial memicit kepalanya. Makin lama, makin pening dia duduk di dalam rumah ni.

"Mama tak bermak-" Danial memotong percakapan maknya.

"Sudah lah mama. Danial penat nak bertekak dengan mak sendiri. Danial keluar dulu. Assalamualaikum." Danial melangkah keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu kurang ajar dengan mak kandung sendiri.

Dia sedar, rumah ini bukan untuknya lagi. Dia tidak layak melangkah kaki ke rumah itu lagi. Dirinya dah lama mati dalam rumah tu.

KERETA Tesla warna merah miliknya parking di hadapan syarikatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


KERETA Tesla warna merah miliknya parking di hadapan syarikatnya.

Suitnya diletakkan di bahu. Mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hanya mata helangnya saja yang bergerak-gerak. Kakinya melangkah ke arah lift lalu naik ke tingkat atas bilik khas untuknya.

Semua yang memandang ke arahnya hanya menunduk. Tidak mahu bertentang mata dengannya.

Baru sahaja duduk di atas kerusi, telefon miliknya bergetar menandakan panggilan masuk. Dia menjawab panggilan tersebut.

"Hmm, Nak apa?" Dia menjawab panggilan tersebut dengan suara bengis.

"Bos, maaf menganggu. Esok Bos perlu pergi ke Hospital Tengku Rashidah." Keningnya berkerut.

"Kenapa aku perlu pergi ke Hospital gila tu?" Tanya Tengku Danial yang sedang bersilang kaki. Setahu dia, Hospital itu papanya sendiri yang bina. Kenapa dia perlu pergi sana?

"Sepatutnya Tengku Khair yang perlu pergi tapi dia ada hal penting yang perlu dia lakukan esok. Jadi, Bos yang perlu gantikan dia." Jawab salah sorang pekerjanya.

"Fine. Aku pergi esok. Apa yang aku kena buat dekat sana?"

"Bos akan tahu esok. Saya letak dulu. Assalamualaikum." Panggilan dimatikan.

Tengku Danial menggosok keningnya. Masalah juga adiknya yang sorang ni. Aku jugak yang kena pergi hadap orang gila dalam Hospital tu. Apa lah nasib...


Masalah mengajar seseorang untuk menyelesaikannya dengan matang dan tidak mudah mengalah.

-To be cantinued-

SETIA (OG) (HIATUS)Where stories live. Discover now