BAB 3 (Edited)

18 3 33
                                    

SEPERTI yang dikatakan oleh Zafir, salah seorang pekerjanya. Dia sekarang sudah pun berada di Hospital Tengku Rashidah.

Satu pertanyaan yang berlegar di kepalanya. Apa yang dia perlu buat sebenarnya ni?

Kaki melangkah masuk ke dalam Hospital tersebut. Mata tajam memandang ke semua arah Hospital itu. Bau Hospital... Dia tak suka bau ini. Semua Jururawat memandang ke arah dirinya. Ada yang berbisik-bisik dan ada juga yang memandangnya atas bawah seperti tidak pernah melihat manusia.

Dah kenapa? Aku ada buat salah ke? Katanya dalam hati. Matanya memandang ke arah dirinya dari atas sampai bawah. Pakaiannya ke yang pelik?

Tapi dia pakai suit dan pakaian yang casual kot... Bukannya dia pakai baju kurung. Pelik.

Tengku Danial mengambil telefon yang berada di dalam poketnya lalu mendail nombor pekerjanya. Panggilan tersebut diangkat.

"Hello, apa sebenarnya aku nak kena buat dalam Hospital ni? Termenung?" Tanya Tengku Danial. Dia sudah rimas dalam Hospital ni. Rimas dengan mata Jururawat.

"Bos perlu pergi ke bilik 091. Bos akan jumpa seorang perempuan bernama Nawal Syuhadah." Balas Zafir. Kerut kening Tengku Danial.

"Nawal Syuhadah? Kenapa aku nak kena melawat perempuan tu pulak? Ini bukan kerja aku." Terdengar helaan nafas Zafir.

"Sebenarnya Tengku Najmi yang arah Bos untuk melawat perempuan itu. Tanya dia dimana ibu bapa dia sekarang." Lagi kerut kening Tengku Danial dibuatnya. Apa kena mengena ibu bapa perempuan itu dengan dia? Menyusahkan saja.

"Untuk apa sebenarnya ni?" Soal Tengku Danial.

"Untuk hutang yang ibu bapa dia tak pernah langsaikan lagi." Tengku Danial mengangguk faham. Kalau bab hutang bapanya tak pernah bertolak ansur. Jadi dia faham sangat kalau orang tua tu mengamuk.

Tengku Danial mematikan telefon tersebut lalu mencari bilik yang disebut oleh Zafir tadi. Semoga perempuan itu bertolak ansur dengannya. Dia tidak mahu lama-lama di sini.

 Dia tidak mahu lama-lama di sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BILIK 091. Tangan milik Tengku Danial menolak perlahan pintu tersebut. Pintu itu terbuka perlahan lalu Mata helang tersebut nampak tubuh wanita yang sedang duduk di atas katil. Rambut yang dibiarkan lepas sehingga pinggang.

Kepala wanita itu perlahan-lahan menoleh ke arah pintu apabila terdengar bunyi pintu yang terbuka. Badannya terkaku. Mata memandang tepat ke arah tubuh tegap tersebut. Matanya memandang ke arah mata helang yang sedang memandangnya seperti mahu telan.

"Nawal Syuhadah, right?" Tanya Tengku Danial setelah lama mendiamkan diri. Masing-masing hanya memandang sesama sendiri.

"Kau siapa?" Nawal menyoal jejaka itu. Bagaimana dia boleh kenal aku ni?

Tengku Danial mendengar suara itu seolah-olah suara itu berada dekat dengannya. Hatinya. Entah kenapa dia berasa bergitu.

"Tengku Danial. Aku datang sini hanya sekejap. Aku harap kau tak sia-siakan masa aku." Tengku Danial berkata dengan nada biasa. Matanya masih memandang wajah tersebut.

Tubuhnya yang kurus, mata lebam seperti baru sahaja menangis, bibir kering dan mata yang mengkumpulkan banyak sejarah hitam. Ya, dia boleh nampak itu. Mata yang menderita. Kenapa dia rasa simpati terhadap wanita yang berada di hadapannya ini?

"Kenapa kau datang sini? Apa tujuan kau?" Suara Nawal hanya perlahan saja namun dapat didengar oleh Tengku Danial kerana bilik yang dia berada sekarang sunyi.

"Tujuan aku hanya satu. Aku cuma nak tahu, dimana ibu bapa kau sekarang? Itu saja." Nawal mengeluh perlahan.

"Aku tak tau. Mungkin dah mati." Tengku Danial menelan air liurnya. Lain macam jawapan budak ni. Tapi dari nada suaranya seperti menahan kesakitan. Kesakitan yang dia seorang saja yang boleh rasa.

"Dah mati? Jangan buat kelakar boleh tak? Kau jawab soalan aku. Lepas kau jawab soalan aku, aku blah. Simple right?" Tengku Danial berkata dengan nada serius.

"Kau nak tau sangat ni dah kenapa?  Aku cakap tak tau maknanya tak tau lah! Kau faham ke tak?!" Nawal terus berdiri di tepi katil tersebut. Dia menyentuh kepalanya dengan erat. Sakitnya tak terkata.

Tengku Danial melihat kelakuan Nawal tersebut membuatkan dia tertanya-tanya. Ini Hospital gila tapi kenapa dia nampak... Normal?

"Aku tak tau apa-apa! Keluar!" Nawal menjerit dengan kuat sehinggakan Tengku Danial berundur perlahan ke belakang. Entah kenapa dia seperti tidak mahu bertanya lebih.

Tanpa Tengku Danial sedar, Jururawat sudah pun berada di dalam bilik tersebut. Mereka sedang cuba menenangkan Nawal dengan mencucuk jarum di lengannya perlahan. Lalu mata Nawal yang tadi terbuka kini perlahan menutup.

Jururawat mengarah Tengku Danial keluar dari bilik tersebut. Tengku Danial keluar tanpa bertanya apa-apa. Dia duduk di kerusi yang berdekatan dengan bilik tersebut. Tangan menggengam erat.

Kenapa dia terfikir-fikir kejadian tadi? Dia mahu tahu. Apa yang jadi kepada Nawal sehingga Nawal masuk ke Hospital ini sedangkan dia nampak normal saja. Dia mahu tahu semua benda yang terjadi pada Nawal.

Entah kenapa dia mahu menolong wanita tersebut. Hatinya sakit melihat Nawal seperti itu.

"Aku nak tahu apa yang jadi pada kau..." Tengku Danial mendail nombor Zafir lalu tanpa menunggu lama Zafir mengangkat panggilan tersebut.

"Aku nak kau cari maklumat seseorang." Tengku Danial berkata dengan memandang tepat ke arah bilik Nawal Syuhadah.

"Maklumat seseorang?" Soal Zafir. Lain macam saja bunyinya.

"Tolong aku cari maklumat tentang Nawal Syuhadah."

"Itu saja aku minta."



-To be cantinued-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SETIA (OG) (HIATUS)Where stories live. Discover now