*Di Kediaman keluarga Dato Khai*
Seorang gadis sedang berlari-lari anak turun ke bawah untuk bersarapan.
"Leona, jangan lari, nanti jatuh" Kata Datin Aira kepada anak bongsunya.
Leona hanya mengendahkan ibunya dan mengambil sekeping roti kosong lalu memasukkannya ke dalam mulut.
Datin Aira hanya menggelengkan kepalanya dengan kerenah anak bongsunya ini. Matanya meliar mencari keberadaan anak sulungnya.
"Mana kakak kamu? " Tanya Datin Aira kepada anak bongsunya.
"Yang mana satu? " Tanya Leona.
"Fia la" Jawab Datin Aira.
"Ada kat atas tengah bersiap, entah kenapa lama sangat bersiap tu, padahal single" Kata Leona sambil terkekeh pelan.
"Amboi kau, menganjing aku ke tu? macam lah aku sorang je yang single, kau pun sama jugak " Kata Luthfia yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
Leona hanya menjelirkan lidah ke arah kakaknya tersebut dibalas dengan jelingan maut Luthfia.
"sudah-sudah, jangan nak bergaduh pagi-pagi buta ni. Ni pergi kolej drive sendiri or nak suruh mama hantarkan alang-alang mama nak ke office ni?" Tanya Datin Aira kepada kedua anaknya.
"Drive sendiri, mama tak payah susah2, sebab nanti sebelum pergi kolej, kami nak singgah ke kedai buku yang baru buka tu" Kata Luthfia sambil menyuap makanan ke mulutnya.
Leona yang berada di sebelahnya hanya menganggukkan kepala.
"yelah, nanti jangan balik lewat sangat, sebab malam nanti kawan papa nak datang" Kata Datin Aira.
Luthfia dan Leona mengerutkan dahi mereka.
"Kawan papa yang mana satu? " Tanya Leona.
"Alah , Dato Hassan tu" Kata Datin Aira.
"Ohhhhh yang tuuuu" Luthfia mengangguk faham.
Manakala dahi Leona semakin berkerut.
"Siapa pulak Dato Hassan ni?? " Tanya Leona lagi.
Luthfia menepuk dahinya.
"Kau tak kenal sebab kau kecik lagi masa dia datang dulu, kalau tak silap aku time tu umur kau 6 tahun" Kata Luthfia.
"Ohhhh" Leona mengangguk faham.
Tak lama kemudian, ada seorang lelaki masuk ke dapur.
"Assalammualaikum" Kata Firdaus sambil duduk dimeja makan.
"Waalaikumsalam" Jawab ketiga-tiga wanita tersebut.
"Mana Luna?" Tanya Firdaus.
Luthfia dan Datin Aira hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu manakala Leona menunjuk ke arah belakang rumah.
Firdaus menganggukkan kepala tanda faham dan terus berjalan ke belakang rumah. Disana dia melihat Luna yang sedang..... makan rumput?!
YOU ARE READING
Cinta Dari Perjodohan [K.D.Y]
Teen FictionMengisahkan seorang gadis bernama Luna yang nakal di jodohkan dengan senior kolejnya yang popular bernama Daniel. "Dalam berjuta manusia, kenapa saya kena kahwin dengan awak? " Luna. "Dalam banyak-banyak orang, kenapa awak tanya saya? mana lah saya...