BAB 8 -MEMA- M

39 6 0
                                        


Selepas puas bersiar-siar mengelilingi taman rekreasi, trio itu membuat keputusan untuk singgah sebentar di AEON Mall. Tujuannya jelas menunaikan amanah yang dititipkan oleh Puan Faridah: membeli barangan keperluan dapur.

Suasana di ruang pasar raya begitu meriah, dipenuhi deruan roda troli, suara pengumuman promosi, dan hiruk-pikuk pelanggan yang sedang membuat pilihan. Di tengah-tengah kesibukan itu, tangan Fayyadh masih teguh menggenggam tangan Fayyana, seolah-olah membentuk perisai perlindungan yang tidak pernah luntur sejak kecil.

“Mama suruh beli semua ni.” Fayyana menghulurkan telefon pintarnya kepada Fayyadh, menunjukkan senarai yang telah ditaip kemas.

Fayyadh membaca perlahan, matanya meneliti satu demi satu:

Bawang merah

Bawang putih

Cili sos

Sos tomato

Susu pekat (4 tin)

Sardin (3 tin)

Epal

Anggur

Oren

Sayur-sayuran

Ayam

Daging

Udang

Sabun basuh kain

Vanish

“Okey. Ana dengan Alt ambil nombor sepuluh hingga lima belas. Abang uruskan yang lain,” arah Fayyadh tegas tetapi tenang sebelum berlalu pergi dengan langkah penuh yakin.

Belum sempat Fayyana membuka mulut membantah, Altezza sudah pun menolak troli ke hadapan, lalu bersandar santai dengan gaya bersahaja.

“So, little kiddo. Takkan nak biar aku cari barang sorang-sorang?”

Fayyana menjeling nakal. “Kalau saya tolong encik cari barang... saya dapat apa sebagai ganjaran?”

Altezza mengangkat sebelah kening dengan senyuman separa sinis yang menggoda. “Ambil je apa kau nak. Aku belanja.”

Fayyana tersenyum kecil, matanya mengecil penuh makna. “Saya ada duit sendiri, terima kasih.”

Altezza mengangguk perlahan, menyembunyikan rasa hormat yang makin menggunung. ‘Solid. Berdikari. Aku suka perempuan macam ni.’

Mereka berdua melangkah ke bahagian sayur-sayuran. Fayyana sempat menyindir lembut, “Mama nak masak tomyam. Encik tahu ke sayur apa yang kena ambil?”

Altezza hanya tersenyum senget, lalu mula mencapai satu persatu: serai, daun limau purut, tomato, cendawan, daun ketumbar.

Lengkap.

Fayyana terdiam seketika. Tidak menyangka lelaki yang sering digelarnya Encik Hello Kitty sebenarnya punya kemahiran dapur yang mengagumkan.

“Ada lagi barang yang aku tertinggal?” soal Altezza selamba.

“Cukup,” jawab Fayyana ringkas, namun wajahnya jelas cuba menahan rasa kagum yang hampir terserlah.

“Kenapa muka merah tu? Pakai blusher ke?” usik Altezza sambil membuat gaya menyapu pipi.

Fayyana tergelak kecil. “Panas la kot…”

Mereka meneruskan pencarian bahan segar  ayam, daging dan udang. Semuanya ditimbang, dibungkus, dan dimasukkan ke dalam troli yang kini semakin sarat. Langkah mereka pantas, seiring dan teratur.

Namun langkah itu terhenti seketika apabila seorang wanita pertengahan usia tiba-tiba muncul dari celah rak sayur, menyapa tanpa dijemput.

“Ni suami adik ke?”

MI ENEMIGO, MI AMOR  [og]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang