Chapter 1 : Daffodil Flower

19 5 0
                                    

Bunyi tapak kaki yang bergema dan suara pelajar yang bising memenuhi lorong di dalam bagunan sekolah.Reyna berjalan dengan perlahan-lahan agar tidak terjatuh dan mencederakan dirinya di hari pertama persekolahan,bunyi tapak kasut Reyna dapat didengar dengan jelas ingin menuju ke arah pejabat guru.
*Tok tok tok*
"Masuk" ketukan pintu tadi disahut dengan suara seorang wanita dari dalam pejabat tersebut,"Selamat pagi cikgu"Reyna mengucapkan selamat pagi untuk menunjukkan hormat kepada wanita di hadapannya,"pagi Reyna saya guru kelas kamu Cikgu Meria dan kamu akan belajar bersama saya di kelas 2 Opal"puan Meria melemparkan senyuman hangat kepada Reyna agar Reyna dapat menyesuaikan dirinya dengan mudah di sekolah barunya itu,"Mari ikut saya,saya akan hantar awak ke kelas baru awak" Reyna mengangguk dan terus berjalan mengikuti puan Meria untuk ke kelasnya.

Sesampainya di depan kelas 2 Opal Reyna dapat merasakan jantungnya berdegup dengan sangat kuat kerana berasa gementar dan teruja.Reyna dapat mendengar suara pelajar-pelajar perempuan lain di dalam kelas tersebut dengan sangat jelas kerana suara mereka yang sangat bising,kelas tersebut menjadi hening apabila puan Meria memasuki kelas bersama dengan Reyna yang mengikuti puan Meria.Kini semua pelajar menumpukan perhatian mereka kepada Reyna."Hi nama saya Reyna Natasya dan saya baru sahaja pindah di sini dan saya harap kita dapat jadi kawan" Reyna mengukir sebuah senyuman yang kecil di bibirnya, "Reyna kamu boleh duduk di sebelah Jade"Puan Meria menunjukkan dimana kedudukan Jade, Reyna terus melangkahkan kakinya ke tempat duduk yang telah diberitahu oleh puan Meria tadi.

Sepanjang pembelajaran Reyna berasa sedikit kekok kerana Jade yang duduk disebelanya tidak mengeluarkan sebarang percakapan ini membuatkan Reyna sedikit gementar dan tidak dapat fokus dalam kelas.
*Kring,kring,kring*
Reyna menghembuskan nafas lega apabila mendengar bunyi loceng tersebut,"lepas ni waktu kelas memasak jom ikut aku" Reyna sedikit terkejut apabila Jade mengajaknya untuk berjalan bersama ke kelas seterusnya,"jom" balas Reyna, sebuah senyuman telah diukir di muka Jade.
Jade mempunyai penampilan yang agak tomboy berambut pendek dan mempunyai piercing di telinga kiri dan kanannya "Tak sakit ke tindik kat telinga tu?" soal Reyna dengan wajah yang ingin tahu "tak ada lah sakit sangat dua tiga minggu dah elok lah" Reyna hanya mengangguk tanda faham.

Semasa di dalam kelas masakan, cikgu hanya mengajar cara dan petua untuk memasak dan Reyna hampir tertidur kerana percakapan guru tersebut seperti irama lagu dodoi, "kau rasa bosan ke Reyna?" Jade berbisik agar guru yang mengajar mereka sekarang tidak dengar perbualan mereka berdua "ye aku bosan sangat ni" bisik Reyna kembali,Jade hanya tertawa kecil dan melihat ke arah jam tangannya "tinggal 1 minit je ni lepas tu rehat" Reyna hanya mengeluh kesal penat nak dengar penjelasan gurunya.
*Kring,kring,kring*
"Baik kelas kamu boleh bersurai sekarang"Reyna lantas mengemas barang-barangnya apabila mendengar bunyi loceng tersebut.Semasa Reyna sedang mengemas barang-barangnya die dapat rasakan seseorang mengetuk bahunya perlahan, kemudian Reyna terus memusingkan badannya ke arah punca tersebut"jom Reyna aku bawa kau pusing-pusing sekolah ni" Reyna tersenyum kecil apabila mendengar ucapan Jade tadi"jum aku pun nak tengok kawasan sekolah ni".

Semasa mereka sedang berjalan, Reyna dapat lihat betapa indahnya kawasan sekolah tersebut,kawasan yang telah dipenuhi dengan pelbagai jenis batu permata yang kelihatan sangat mahal, tidak hairanlah mengapa sekolah ini dikhaskan untuk pelajar perempuan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan bakat yang terpendam, namun masih ada segelintir pelajar yang dapat masuk ke sekolah ini kerana ibu bapa mereka yang kaya dan mampu membayar untuk memasuki sekolah ini."Sekolah kita ni unik walaupun nampak macam sekolah yang mempunyai peraturan yang ketat, tetapi sebaliknya peraturan kat sini taklah ketat mana" ujar Jade kepada Reyna.Reyna melihat sekelilingnya dan perasan bahawa sesetengah pelajar memakai seluar jean tapi ada juga yang memakai skirt "Jade kenapa kat sini semua pakai baju yang sama tapi ada yang pakai skirt dan ada yang pakai seluar jean?kenapa dorang tak pakai skirt je biar nampak seragam?"soal Reyna dengan perasaan ingin tahu "kan tadi aku dah cakap peraturan sekolah kita ni taklah ketat mana jadi kita diperbolehkan memakai seluar jean atau skirt selagi ianya sopan dan tak terlalu menonjol" terang Jade panjang lebar "lagi pun sekolah kita nak buatkan pelajar mereka selesa dengan penampilan mereka masing-masing jadi kita diperbolehkan memakai make-up, piercing,dye rambut dan macam-macam lagi lah"Reyna hanya mengangguk tanda faham dan mengiyakan sahaja"nak tau tak macam mana nama sekolah kita 'Makhtakhta' boleh wujud?" persoalan Jade kini membuatkan perasaan ingin tahu Reyna semakin membuak-buak"nak nak"jawab Reyna dengan segera.

"Beribu-ribu tahun dulu ada seorang puteri yang digelar sebagai Puteri Opal, dia dapat gelaran tersebut kerana permata Black Opal dipercayai mempunyai pembawa nasib malang dan selalu dikaitkan dengan jenayah.Puteri Opal selalu dibuli dan dipukul oleh rakyatnya kerana mukanya yang hodoh dan kecacatan di kakinya dimana dia tidak dapat bergerak dengan baik,bukan itu sahaja Raja dan Ratu juga membencinya kerana bagi mereka Opal membawa nasib malang semenjak dia dilahirkan di dunia ini.Perlahan-lahan Puteri Opal berasa amat tertekan dan membunuh dirinya di hadapan ramai orang menggunakan pisau,dia telah bersumpah akan dilahirkan sebagai gadis yang cantik dan akan membalas dendam kepada sesiapa sahaja yang pernah melukainya,selang beberapa tahun seorang bayi perempuan telah dilahirkan dengan paras wajah yang hodoh dan mempunyai kecacatan di kakinya, seiring berjalannya waktu gadis kecil itu selalu dibuli dan didera dengan cara yang ganas, namun apabila dia sudah berumur 12 tahun paras wajahnya semakin hari semakin cantik dan kini dia dapat berjalan dengan lancar. Kini gadis tersebut dihormati dan disegani orang ramai, namun seperti sumpah Puteri Opal dia akan membalas dendamnya kepada sesiapa yang telah menghina dan melukainya. Kemudian sumpahan ini berterusan sehingga sekarang,ada juga yang berpendapat apabila seorang gadis merasakan bahawa dirinya hodoh,mereka dapat meminta pertolongan Puteri Opal dan berdoa kepadanya, namun bayarannya adalah darah manusia sebagai tanda penghargaan kepada Puteri Opal, dan Makhota Puteri Opal ada di sekolah ini begitu juga Takhtanya disinilah gelaran Makhtakhta telah diciptakan tapi cerita ini hanyalah dongeng semata-mata yang telah direka oleh penduduk di sekitar sini gelaran Makhtakhta yang sebenar daripada seorang gadis yang sukakan Makhota dan ingin mempunyai Takhta yang besar suatu hari nanti"

Panjang lebar Jade cerita dan Reyna jujur sangat menyukai cerita dongeng yang telah diciptakan oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut "Apalah nasib Puteri Opal ek" Reyna hanya mampu menghela nafas panjang walaupun ianya dongeng semata-mata tetapi manusia dari dahulu lagi kejam dan tidak mempunyai perasaan kesian terhadap sesama sendiri.
*Kring,kring,kring*
"Loceng dan bunyi jum masuk kelas" ajak Jade dan Reyna hanya mengangguk sebagai balasan.

Hari pertama persekolahan Reyna berjalan dengan sangat lancar,Kini Reyna sedang baring di atas katil dan menatap gambar seorang wanita "Adik dah dapat kawan baru kat sekolah baru, adik ingatkan adik akan kena buli lagi macam kat sekolah lama dulu.Adik rindu mak sangat-sangat... kalau lah mak ada kat sini...hic...hic...kan seronok...maafkan adik mak...hic...sebab adik mak dah tak ada" tangisan Reyna memenuhi biliknya dan mata dan hidung Reyna kini menjadi merah,dan perlahan-lahan Reyna terlelap dan dibuai mimpi indah.
*Kreak*
Seseorang memasuki bilik Reyna dengan perlahan-lahan tidak ingin mengejutkan gadis yang tertidur pulas dihadapannya itu "Tidur lena tau Rey abang tak nak tengok Rey nangis" ucap abang Reyna dan dia terus bangun meninggalkan Reyna yang sedang tidur dengan lena..

To be continued
End chapter 1



MakhtahktaWhere stories live. Discover now