Chapter 3 : Monkshood Flower

13 3 2
                                    

Pernafasan Reyna semakin laju sehingga dia tidak menyedari bahawa lelaki tadi datang mendekatinya, perlahan-lahan Reyna ingin memusingkan badannya kembali untuk menatap lelaki itu semula, namun apa yang dilihat oleh Reyna sungguh mengerikan, "WARGHH", sebuah jeritan yang nyaring memenuhi ruangan tersebut apabila Reyna menatap wajah lelaki itu dengan riak wajah yang terkejut dan takut.Biji mata lelaki itu terkeluar dan jatuh ke atas tanah, Reyna yang sedang menyaksikan kejadian itu di depan matanya perlahan-lahan berundur ke belakang takut akan lelaki di hadapannya itu melakukan sesuatu terhadap dirinya.

Tanpa disedari Reyna berundur terlalu jauh sehingga terjatuh dari bangunan yang tinggi itu, pernafasan Reyna mulai tidak teratur apabila dia dapat merasakan kakinya tidak lagi memijak lantai.Badan Reyna kini sudah dekat ingin menyentuh jalan raya di mana tempat wanita itu tadi terjatuh.

"HUARGHH" Reyna terbangun secara mengejut pernafasannya tidak teratur, degupan jantungnya juga laju sehingga Reyna dapat mendengari degupan jantungnya sendiri berdegup dengan sangat kencang seakan-akan ingin terkeluar dari dadanya "ke ke ke takut nampak~", degupan jantung Reyna terus berhenti apabila dia mendengar suara seorang wanita,kini badan Reyna dibasahi oleh peluh yang sejuk dan suhu persekitaran yang tiba-tiba sahaja berubah menjadi sejuk bersama dengan bahunya yang agak berat dari biasanya.

Dengan perasaan yang takut Reyna memberanikan diri untuk melihat ke arah cermin, dia membuka kelopak matanya dengan perlahan dan terkejut melihat apa yang sedang dilihat oleh dia sekarang "ke ke ke" suatu sosok yang sedang bertenggek di bahu Reyna sambil menjilat-jilat mukanya menggunakan lidah yang panjang. Ingin sahaja Reyna menoleh ke tempat lain untuk tidak menatap cermin itu namun badannya terasa kaku dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. "Kenapa kau tak tolong dorang hnmm? ke ke ke" sosok itu terus menerus menjilat muka Reyna sambil menyindirnya, kemudian sosok itu mula menatap ke arah cermin dimana Reyna juga sedang menyaksikan perbuatan sosok itu tadi tanpa melawan sekali pun. Dengan senyuman yang menyeramkan sosok itu mula membuka mulutnya dengan luas sehingga boleh melihat beberapa organ di dalam mulutnya itu, dengan perasaan yang takut Reyna paksa matanya untuk tutup dengan erat tidak berani melihat kejadian itu.

Apabila Reyna membuka matanya semula cahaya matahari terus menyilaukan mata Reyna menandakan bahawa sudah pagi. Reyna bangun sambil menggeliat lalu memikirkan kejadian malam tadi "mimpi ke? tapi rasa macam real lah" soal Reyna pada dirinya sendiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, namun dari perbuatannya itu dia seperti tidak ingat apa yang terjadi setelah terbangun dari mimpi malam semalam.

Reyna berjalan menuju ke arah pintu gerbang sekolah sambil memegang erat begnya, baharu sahaja dia ingin memasuki kawasan sekolah, beberapa orang pelajar menahannya "harini spot check, sini beg awak" seorang pengawas mengarahkan Reyna untuk menyerahkan begnya supaya dia dapat memeriksa beg Reyna sama ada dia membawa barangan larangan ke sekolah atau tidak. "ok clear boleh masuk" pengawas itu memberikan beg Reyna semula menandakan bahawa Reyna boleh masuk."Aip kejap jangan jalan dulu" Reyna baharu sahaja ingin melangkah masuk ke kawasan sekolah namun terpaksa menghentikan niatnya itu kerana seseorang memanggilnya "Budak baru kan? jom ikut saya", seorang lagi pengawas yang bertudung dan tinggi meminta Reyna untuk mengikutinya, dengan perasaan yang ingin tahu mengapa dia harus mengikuti pengawas itu, dia lantas berjalan bersama dengan pengawas tadi.

Sepanjang perjalanan bersama dengan pengawas itu, Reyna hanya berdiam diri tidak mengeluarkan sebarang suara. "Ahem nama aku Marisha dan aku ditugaskan oleh guru disiplin untuk tunjukkan kau club dekat sekolah ni mana tau kau berminat nak join", Reyna mula melihat muka Marisha dengan hairan "Marisha? kawan Jade ke?", mata Reyna terus bersinar-sinar sebaik sahaja dia menanyakan soalan itu kepada Marisha "ye kawan Jade" jawab Marisha dengan nada yang tenang bersama dengan raut wajah yang sejuk.

Sesampainya di ruangan pengawas, Marisha terus bergegas ke sebuah meja kemudian mengeluarkan sekeping kertas dan mengambil sebatang pen dari poketnya, "ni list kelab yang ada kat sekolah kita, silakan tengok-tengok dulu mana yang menarik perhatian kau" lalu Marisha memberi sekeping kertas dan sebatang pen tadi kepada Reyna. Reyna menerima kertas itu lalu terus melihat isi kertas yang dipegangnya, Reyna melihat senarai kelab dengan teliti namun tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Baru sahaja Reyna ingin menyerah dan membatalkan niatnya untuk menyertai kelab, dia ternampak sebuah kelab yang seperti kena dengan minatnya sendiri, matanya terus tertumpu pada kelab tadi sambil tersenyum puas, "Saya nak join kelab yang ni" Reyna tunjuk ke arah kelab yang dia ingin sertai. Tanpa berfikir panjang Marisha terus mengambil kertas itu lalu melipatnya menjadi kecil "aku akan bagi ni dekat club president".Dan tanpa berlengah lagi mereka terus keluar dari pejabat tersebut.

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2:35, Reyna sedang mempercepatkan langkahnya menuju ke arah sebuah ruangan, tapak kaki Reyna memenuhi lorong sekolah tersebut dan apabila langkahnya mula perlahan, menandakan bahawa dia sudah jumpa ruangan yang dicarinya, tanpa berfikir panjang Reyna terus membuka pintu itu dengan perlahan.

*Klack*
Bunyi yang dibuat oleh Reyna tadi telah menarik perhatian penghuni di dalam ruangan tersebut,semua mata memandang ke arah Reyna, kemudian salah seorang daripada mereka mula berjalan menghampiri Reyna dan tidak lupa untuk memberi senyuman yang hangat kepadanya "Awak mesti ahli yang baru kan? selamat datang ke kelab Drama!" ucap gadis itu dengan nada yang ceria sambil memeluk Reyna erat, "Hari ni kita akan berlatih lakonan yang basic dulu sebab kita kedatangan peserta baru", apabila gadis itu baru sahaja menyampaikan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini, mata Reyna tertumpu kepada dua gadis yang sedang berbisik sambil tergelak kecil melihat ke arah Reyna, apabila salah seorang daripada mereka perasan bahawa Reyna sedang memerhatikan mereka gadis itu terus memberi senyuman sinis kepadanya dan membuatkan Reyna sedikit takut.

Selepas sahaja mereka berborak kosong, presiden kelab terus memberikan watak yang akan dipegang oleh masing-masing nanti. Reyna akan berperanan sebagai seorang penjaga kafe dan malang baginya, Reyna harus berlakon bersama dengan gadis yang senyum sinis ke arahnya tadi. apabila sudah sampai giliran Reyna untuk berlakon gadis itu dengan sengaja memijak kaki Reyna dan menyebabkan Reyna mengerang kesakitan "sorry tak sengaja"ucap gadis itu dengan nada mengejek sambil tersenyum ke arahnya.

Kini Reyna berada di biliknya sambil menumbuk bantal peluknya dengan kasar seolah-olah melepaskan geram kepada seseorang, "macam lah dia tu pandai sangat berlakon tadi" ucap Reyna dengan nada yang menyampah sambil menumbuk bantal peluknya itu. Akhirnya Reyna kepenatan lalu tertidur dengan tenang dan berdengkur dengan perlahan.

Lagi-lagi Reyna terbangun di sebuah tempat yang tidak diketahui olehnya tetapi kali ini dia terbaring di atas rumput segar yang hijau dan lembut, perlahan-lahan Reyna bangun dan menukarkan posisi badannya dari baring ke duduk "freshnya udara ni!" Reyna menggeliat sambil menghirup udara yang segar itu, namun ada sebuah sosok kecil yang bercahaya berjalan mendekati Reyna, "kau ni apa? kau tinggal sini ke?" soal Reyna dengan nada yang ingin tahu, matanya berkeliaran melihat ke arah sosok yang bercahaya itu, dengan cepat sosok yang bercahaya itu menarik tangan Reyna lalu membawanya masuk ke hutan yang gelap "kita nak pergi mana ni?" walau seribu kali pun Reyna menyoal sosok tersebut sosok itu tidak akan menjawabnya.

Mata Reyna membulat besar apabila dia mulai memasuki hutan yang tebal dan gelap itu, di setiap dahan-dahan pokok akan terdapat mayat-mayat yang mati tergantung, dan ada yang mempunyai anggota badan yang cukup namun ada mayat yang kehilangan beberapa anggota badan dan ngerinya ada beberapa organ manusia yang tergantung di dahan-dahan pokok di hutan itu. Haiwan-haiwan liar akan memakan mayat atau organ di pokok itu. Semakin dalam mereka berjalan semakin gelap dan semakin banyak mayat-mayat ditemui oleh Reyna dan baunya juga menusuk hidung Reyna sehingga dia harus menutup hidung atau menahan nafasnya dalam beberapa saat.Degupan jantung Reyna dapat didengari jelas olehnya walaupun hutan itu cukup besar tiada satu pun bunyi haiwan didengari oleh Reyna walaupun dalam hutan tersebut mempunyai banyak haiwan. Reyna terkejut apabila ternampak satu mayat yang pernah dilihat olehnya "tu kan perempuan yang semalam kat mimpi aku!" Reyna ingin menutup mulutnya menggunakan tangannya namun sosok cahaya itu memegang tangan Reyna dengan erat tidak ingin melepaskan Reyna pergi.

Sudah cukup lama mereka berjalan memasuki hutan yang tebal itu,kini mereka berhenti di sebuah gua yang besar dan gelap "HARGHH" Reyna cuba menjerit namun apa yang dapat didengari olehnya hanyalah jeritannya yang bergema di dalam gua tersebut, nasib Reyna boleh melihat dengan sedikit jelas oleh kerana sosok cahaya yang sedang bersama dengannya sekarang. Sosok cahaya tadi membawa Reyna masuk ke dalam gua itu dan Reyna tidak mampu berkata apa-apa apabila dia sedang melihat sesuatu di hadapan matanya...

To be continue...
End chapter 3

MakhtahktaWhere stories live. Discover now