Prolog 1

1.8K 34 1
                                        

16 tahun yang lalu

"Abang, Betul ke apa yang Jijah dengar?"

Tuah yang baru saja pulang dari sekolah itu tergerak hati untuk mencuri dengar perbualan emak dan bapanya. Ini kalau emaknya tahu dia curi-curi dengar pasti dia kena ganyang.

"Jah. Abang tak tahu. Kes masih dalam siasatan. Jah percayakan abangkan?" soal Bapanya pada Emaknya diakhiri ayat.

"Jah memang percayakan abang. Tapi Jah Khawatir dengan mereka. Kes sebelum ini nasib baik abang terlepas daripada hukuman. Nasib baik bukti yang ada tidak cukup kuat untuk menuduh yang abang bersalah, " balas emaknya pula.

"Abang memang tidak ada terlibat apa-apa dengan mereka. Abang sekarang pun tengah usaha nak berhenti kerja disana. Abang tak mahu bersubahat," jelas Bapanya pula.

Tuah mendengar dengan jelas apa yang emak dan bapanya sedang bicarakan. Dia juga ada dengar cerita orang kampung yang tempat kerja bapaknya itu ada melakukan aktiviti jenayah perdagangan manusia, pengedaran dadah dan juga menyeludupan senjata api secara haram.

Tapi dia sebagai budak yang berumur 12 tahun kurang memahami apa yang berlaku.

"Sapa saja yang tahu tentang perkara ini abang?" tanya emaknya lagi.

"Kalau ikutkan abang seorang. Tapi tak tahu macam mana berita ini boleh tersebar. Sebab pekerja-pekerja yang lain tidak tahu tentang hal ini," jawab bapaknya pula.

"Jah risau kalau mereka sangka abang yang menyebarkan berita ini," ucap emaknya bernada khawatir.

"Sebab itu Jah abang nak berhenti kerja. Abang tak nak terlibat dengan apa-apa aktiviti haram mereka buat. Mereka licik sangat. Kalau tidak macam mana baru sekarang kantoi. Abang kerja di sana sudah 16 tahun Jah baru sekarang abang tahu. Itupun yang abang pelik bila abang tanya kawan-kawan abang mereka cakap mereka tak tahu pun," jelas Bapanya pula.

Prak!

"Aduh! Mampus aku," ucap Tuah apabila dia terlanggar penyapu yang ada dibelakangnya itu.

"TUAH! KAMU KE TU?" laung emaknya dengan suara yang kuat.

Tuah menepuk dahinya kerana kesal dengan kecuaiannya. Mana dia nak lari?

"TUAH AKALIL."

"Ye, mak," Tuah menyahut apabila suara emaknya makin nyaring.

Redha sajalah.

Tuah terus menaiki tangga kayu rumah itu. Jelas terlihat maknya bercekak pinggang berdiri dimuka pintu. Tuah menundukkan kepalanya sambil jalan perlahan-lahan mendekati maknya.

Jelas wajahnya maknya tampak seperti hendak mengamuk. Tuah menggelengkan kepala kecil sambil mengerut muka kesal. Sangat kesal dengan sikapnya itu.

"Berapa lama kamu curi dengar perbualan mak dengan bapa?" tanya emaknya sambil bercekak pinggang.

Tuah mendongakkan kepala. Dia mencuri pandang ke arah emknya lalu dia menundukkan kepalanya semula kerana pandangan mata maknya tajam ke arahnya seperti mata helang sedang menunggu untuk menerkam mangsa.

"Apa kamu buat?" tanya emaknya sekali lagi.

Tuah masih mendiamkan diri tidak berani dia nak bersuara. Nanti kalau jawab kena marah. Diam pun kena marah. Apa yang betul? Tak ada yang betul. Mak sentiasa betul. Sebab?

Emak perempuan. Perempuan sentiasa betul!

"Kamu tak ingat pesan mak?"

Emaknya mengingatkannya akan nasihat yang pernah diberitahu sebelum ini.

C || TUAH AKALIL : THE BEGINNINGStories to obsess over. Discover now