Prolog

56 25 9
                                    

Setelah peperiksaan tamat dan kertas ujian pun sudah disemak. Kini di hari berikutnya. Setiap guru datang dengan membawa kertas ujian anak murid-murid mereka. Ada yang masuk dengan riak muka kecewa, gembira, marah dan sebagainya. Bukan para guru sahaja, para murid pun gelisah menunggu kertas mereka diberikan.

Ada juga yang sampai bergegar meja sebab terlalu gelisah. Ada juga yang memukul sahabat mereka walaupun tak bersalah. Tak apa kita pukul sahaja mereka. Dah memang tabiat memang macam itu.

Nama rakan-rakan dipanggil satu-persatu. Dan tibalah giliran dia.

"Eshma Inaya."

Panggilan daripada seorang guru membuatkannya mendongakkan kepala. Kertas peperiksaan berada ditangan guru. Dari luar memang tak tunjuk apa-apa reaksi tapi sebenarnya anggota tubuh sudah merasa gelisah saat nama dipanggil. Dia bangun dan langsung menuju meja guru.

Kertas diambil dengan menggunakan kedua tangannya. Saat dibuka, matanya tertuju kepada dakwat pen berwarna merah.

"25." Senyuman tipis hanya terukir diwajah.

Eshma kembali ke tempat duduknya. Kertas ujian yang baru sahaja diterima dibelek. Semua jawapan yang diberikan salah. Ada juga soalan yang tidak dijawab. Dan yang selebihnya jawab dengan terburu-buru.

Usai dibelek kertas tersebut diterbalikkan. Hanya terlihat kertas putih bersih di atas meja. Tangannya menulis lagi namun fikiran terus-menerus melayang.

"Apa nak jadi dengan kamu ini? Sudahlah tak pandai dalam beberapa subjek. Kau ingat kau boleh lulus SPM ke nanti?"

"Sudahlah tak pandai dalam pembelajaran hidup pun menyusahkan orang."

"Kau ini anak yang mengecewakan ibu bapa dia. Tak pernah nak banggakan mereka."

"Sampai bilalah engkau hendak membanggakan orang kalau keputusan teruk macam ini. Memang tak guna."

Ayat-ayat yang sering kali muncul dikepala. Namun, Eshma yang selalu inginkan dirinya berfikiran positif hanya bergumam, "Mungkin bukan rezeki kita lagi. Banyakkan bersabar sahaja. Alhamdulillah."

Pen yang dipegang diletakkan ditepi. Mata Eshma memang tidak berhenti memandang satu-persatu muka rakan sekelasnya. Terlebih-lebih lagi murid yang pandai.

"Bilalah aku nak pandai macam mereka ini."

Saat dia bergumam fikirannya tiba-tiba berputar lagi kepada tahun lepas di mana pengetua sekolah berucap diatas pentas.

"Kamu ini semua pandai cuma malas sahaja, hm. Jadi jangan malas."

Kembali lagi pada masa sekarang. Keluh kecil hanya terdengar olehnya. Riuh-rendah suara rakannya memang tak perlu dinafikan.

Eshma Inayah menoleh ke belakang pula. Dia melihat sekumpulan murid dengan riak wajah yang agak kecewa namun ucapan mereka membuatkan Eshma sedar.

"Tak apalah. Tunggu sahajalah. Kau tunggu akan aku dapat A+ dalam semua subjek," ujarnya dengan penuh keyakinan.

Bukannya diketawakan malahan mengucap, "Aamiin."

Ini bukan pertama kali namun memang selalu disebut saat ada yang berucap demikian. Bagi mereka itu adalah salah satu cara untuk menyokong dan mendoakan sesama sendiri. Bukankah itu sudah berada pada tahap yang sangat baik?

"Es, berapa markah kau?" Eshma menoleh ke samping.

"Engkau berapa?"

"Alah engkaulah dahulu nanti aku beritahu engkau." Kedua-dua sama-sama tak nak beritahu markah. Akhirnya Eshma mengalah.

"Markah aku 25. Engkau pula?"

"Okaylah itu ada peningkatan. Markah kau tempoh hari kan 20, naik lima tangga aja. Tak macam aku. Markah aku 21 aje." Eshma mengangguk senyum.

"Okay memang okay. Tapi bukan semua orang boleh terima." Hatinya bergumam.

"Ayu Misha." Saat dipanggil namanya, Eshma melihat ke arahnya. Wajah Ayu memang gugup sejak tadi. Guru subjek matematik hanya memandangnya dengan senyuman dan menunggu beberapa saat untuk melihat reaksi Ayu yang sudah tidak sabar menunggu kertasnya.

"75 markah." Semua menepuk tangan dengan rasa bangga terhadap Ayu. Ayu hanya tersipu malu yakni tersenyum.

"Macam ini ke rasanya menjadi orang yang pandai?" Tanya hati Eshma yang membandingkan dirinya. Namun, bibir Eshma hanya terukir senyuman meskipun dirinya selalu dibebankan dengan pemikirannya sendiri.

"Dari dulu lagi kau tak pandai Eshma. Nak buat apa kalau semua dah terlambat kan. Baru sekarang kau nak menyesal? Tak ada guna Eshma."

"Dah tahu diri tak pandai dan lembap, masih ada hati nak berjaya?"

Eshma membebani dirinya dengan mengulangi perkataan tersebut di mindanya. Padahal beberapa minit yang lalu, dia berusaha memberitahu dirinya kalau itu bukanlah rezekinya dan banyakkan bersabar.

Namun, lihat. Lihat apa yang terjadi. Dia merasa kesal dengan pemikirannya sendiri dan menganggap dirinya memang lembap.

Dia bagaikan dibunuh oleh fikirannya sendiri. Eshma jenis yang suka membebani dirinya dengan berfikiran yang bukan-bukan padahal dialah orang yang selalu menasihati temannya yang lain dan menyemangati mereka dengan berkata,

"Tak apalah. Lain kali kita akan berusaha sehabis mungkin."

Dan sekarang, ke mana kata semangatnya? Hilang? Atau memang perkataan tersebut untuk rakannya sahaja bukan untuk dirinya?

Lagi dan lagi dirinya berfikiran negatif.

"Berusaha sehabis mungkin? Dari darjah satu sehingga sekolah menengah memang tak pandai pun. Buat apa nak berusaha kalau tak ada hasil nanti..."

Eshma menggelengkan kepalanya.

"Tak....gagal bukan bererti gagal selamanya dan tak pandai bukan bererti aku tak pandai buat selamanya. Kalau orang lain boleh buat aku juga boleh buat. Semua orang pandai dan bijak hanya sahaja malas."






*Biarkan gagal menjadi panduan dan pengajaran dalam hidup, jangan sahaja dijadikan sebagai trend dalam kehidupan sehingga tidak ingin mengubah diri sendiri.*






Eshma Inaya
- Anak kedua
- 17 tahun
- Bakal menduduki SPM

The Last Butterfly SeenWhere stories live. Discover now