Kokokkan ayam menandakan hari sudah tibanya pagi dan matahari akan terbit. Hari yang tidak semua orang minat. Apa lagi kalau bukan hari Isnin.
Jam penggera berbunyi.
Setiap murid bangun awal pagi untuk pergi sekolah. Namun, tidak semua murid bangun seperti dalam iklan mahupun dalam filem. Setengahnya malas untuk bangun terutamanya ketika cuaca hujan. Sejuk dan nikmatnya fuyoo! Memang the best kata orang-orang.
This combination is the paling nikmat sekali. Bagi yang suka termenung dalam bilik mandi itu cepatkan sedikit mandinya ye takut tak keluar dari bilik mandi nanti. Cerita pasal termenung ini of course ada orang yang pernah buat.
Macam manusia satu ini.
"Apalah aktiviti agaknya dekat sekolah nanti. Nak kata seronok tak juga, nak kata tak seronok tak juga." Eshma melamun sekejap apabila dirinya sudah berada di bilik mandi.
Gayung sudah dipegang tinggal ambil air lalu mandi.
"Rasa tak nak pergi sekolah tapi tak pandai. Bukan tambah ilmu tapi lembapnya yang ditambah. Kalau tak sekolah kita nak jadi apa?"
Ha sudah. Makin jauh pula dia termenung. Ini kalau dibiarkan lama dekat bilik mandi ni, ahli keluarga yang nak guna tandas pun terkencing dekat seluar. Adapun berak dekat seluar.Dan lain pula dengan murid yang lainnya. Ada yang tidur dekat bilik air sambil mandi, ada juga yang hanya membilas muka tapi tak mandi dan banyak lagilah.
Usai selesai apa semua, Eshma mengambil beg lalu bersiap untuk pergi. Sebelum keluar, Eshma mengamalkan doa yang selalu dibacanya. Setelah berdoa barulah pintu kaca didorong ke sisi.
Matahari mulai memperlihatkan cahayanya di langit seperti senyumannya eh tiber.
"Semua sudah diingatkan? Buku tak ada yang tertinggal? Duit sudah? Air sudah?" Tanya ibunya, Puan Aziza Halima kepada Eshma, anak perempuannya itu.
Eshma melihat ke arah sisi kocek begnya dan melihat botol air nya. Tanganya dialihkan ke belakang beg dan membuka zip. Setelah mendapati duitnya berada disitu dia menutup semula begnya.
"Dah ibu." Ibunya mengangguk tersenyum. Ehsma menghulurkan tangan untuk bersalaman sebelum berangkat pergi ke sekolah.
"Belajar baik-baik tau. Ingat, makan masa rehat nanti. Jangan tak makan pula nanti sakit ha macam mana." Eshma hanya ketawa kecil.
"Tengoklah nanti kalau Eshma nak. Kalau tak nak, nak buat apa." Ibunya tersenyum sembari ketawa.
"Mak, Eshma pergi dulu eh. Takut lambat nanti." Ibunya mengangguk.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Hati-hati di jalan." Eshma mengangguk faham. Eshma berjalan kaki menuju sekolah. Eshma berjalan dengan girangnya seperti anak tadika.
Setiap langkah Eshma belum berhenti lagi kalau belum sampai di depan rumah sahabatnya itu.
"The wheels on the bus go 'Round and 'round."
"'Round and 'round, 'round and 'round."
Kepala hanya digoyangkan sembari menyanyikan lagu CoComelon 'Wheels on the bus'. Gembira sangat ni atau terlebih gembira pergi sekolah?
Tidak lama kemudian, Eshma sampai di depan rumah sahabatnya, Suraya Amirah. Suraya Amirah duduk di anak tangga dengan bertopang dagu dan termenung jauh.
"Assalamualaikum, Suraya Amirah, my childish friend from another planet the pakar menterjemahkan bahasa haiwan kepada bahasa manusia." Suraya tersentak apabila mendengar suara Eshma.
YOU ARE READING
The Last Butterfly Seen
RomanceManusia tak akan lari daripada kesilapan mereka "Aku tidak pernah menyesal berkawan dengan mereka, walaupun kadang-kadang menyesal mengapa aku yang harus pertama?"-Eshma Inaya Kisah mereka bukan sekadar mengisahkan tentang luka namun mengisahkan keb...