Hayl masuk ke dalam bilik Hud. Perlahan dia goyangkan bahu anaknya itu untuk mengejutkan Hud bangun bersahur.
"Hud bangun Hud. Jom kita bersahur." Kata Hayl.
"Ermm.. Papa janganlah kacau Hud mengantuklah." Kata Hud yang masih lagi mengantuk.
"Bangun Hud nanti mama marah kalau lambat-lambat." Kata Hayl.
"Can you give me five more minutes papa. Please papa kejap lagi kita turunlah bawah sama-sama." Kata Hud yang masih lagi memejamkan matanya.
"Okey lima minit je yer." Kata Hayl. Hud yang masih memejamkan mata hanya mengangguk perlahan. Hayl yang melihat Hud tidur. Dia juga baring sebentar di sebelah anaknya. Kejap lagi kalau dia turun seorang ke bawah tanpa Hud pasti Haura membebel padanya. Mulanya dia ingat nak baring je, alih-alih dia sekali terlena.
Hampir 10 minit Haura, Hayfa dan bibik tunggu di ruang makan namun kelibat Hayl dan juga Hud masih juga tidak kelihatan.
"Faa mana papa kamu dan Hud ni? Papa kata dia nak tolpng kejutkan Hud. Tapi dengan dia pun tak turun-turun." Bebel Haura. Sambil dia letakkan segelas susu di depan Hazreel yang berusia empat tahun.
"Biar Faa naik atas tengokkan papa dan Hud." Ucap Hayfa.
"Ehh, tak payah biar mama yang pergi tengok diaorang. Nanti kalau Faa yang tengokkan entah-entah dengan Faa sekali melekat dekat atas." Balas Haura. Dia pantas bangun dan menuju ke bilik anaknya. Buka saja tombol pintu dia bercekak pinggang menahan geram melihat Hud dan Hayl yang sedang tidur lena. Bertuah punya suami harapkan dia kejutkan anak. Dia pulak tidur. Haura membebel dalam hati.
"Raja Hayl Hakimi!!! Raja Hud Hadiff!!! Bangun dah nak raya dah ni. Cepat siap pakai baju raya!" Jerit Haura.
Hayl dan Hud yang mendengar jeritan Haura menungkas bangun dan duduk di atas katil.
"Hah raya!!!! Yeahhh hari ni hari raya!!!!" Jerit Hud.
Hayl yqng masih mamai sudah mengerutkan keningnya mendengar jeritan Haura dan Hud. Biar betul hari raya. Aku rasa puasa pun baru je nak mula ni, takkan tiba-tiba dah raya. Ke suiz otak aku longgar sebab tu aku lupa ni hari raya. Bisik hatinya. Kini Haura melangkah merapati suami dan anaknya. Perlahan dia tampar bahu Hud kemudian dia tampar kuat bahu Hayl.
"Aduh sayang kenapa tampar abang? Raya-raya ni orang mohon ampun dengan suami. Sayang pula nak tampar abang." Ucap Hayl.
"Sayang suruh abang kejut Hud bukan suruh abang pun join tidur sekali. Banyaklah korang punya raya. Bapak dengan anak sama je. Puasa belum lagi dah nak raya. Dah cepat turun kalau lambat abang dengan Hud tak payah makan sahur. Minum je air kosong." Marah Haura lalu dia laju melangkah keluar dari bilik anaknya.
"Ehh,, belum raya ke?" Soal Hud yang terpinga-pinga. Tadi rasanya dia mimpi dah hari raya.
"Banyaklah kau punya raya Hud. Papa baru nak kejut kau sahur tadi. Kau dah fikir nak raya. Kau punya pasallah ni buat mama marah pagi-pagi." Bebel Hayl.
"La..salah Hud ke. Hud tak suruh pun papa tidur balik." Bidas Hud.
"Melawan-melawan itu je la Hud tahu kan. Dah jom turun cepat. Nanti mama bebel lagi." Kata Hayl lalu dia tarik tangan Hud supaya pergi ke kamar mandi untuk membasuh muka. Selepas itu mereka turun ke dapur. Ikutkan hati mata Hud masih mengantuk tetapi dalam keterpaksaan dia ikut juga papanya turun ke dapur untuk bersahur.
Sampai di dapur Hayl melihat muka Haura yang mencuka menjeling ke arahnya.
"Sayang jangan jeling-jeling abang macam tu. Nanti abang..." Sengaja Hayl jedakan ayatnya.
YOU ARE READING
Hot trio series Raya Edition
RomanceCerita pendek spin of dari hot trio series. cerita pendek ini memaparkan bagaimana keluarga besar mereka menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri. enjoy the story gaiss.... ada beberapa bab je untuk raya edition ni. Jangan lupa like. Dilarang meniru...