Tiga bulan kemudian...
Mahkamah Tinggi Syariah
Kampung Durian Hilang."Bunga Anggerik Nathalia binti Fakhrul Adlan. Saya, Shazrin Ammar ceraikan awak dengan talak satu. Saya doakan awak selalu bahagia dan jumpa seorang lelaki yang hebat." Ucap Shazrin Ammar dengan nada yang lembut dan tenang.
Kali ini, lafaz itu di sahkan berhadapan seorang hakim dan senyuman manis masih terbentuk di raut muka itu. Dan setelah selesai sahaja kes perbicaraan itu. Dia melangkah keluar di ikuti dengan Bunga Anggerik Nathalia.
"Abang." Panggil Nurin Shazana dengan lembut.
Shazrin Ammar mengukir senyum kecil. Satu persatu muka adik-adiknya ia lihat termasuk Shafiq Ammar. Seorang adik yang pernah ia usir suatu ketika dahulu hanya kerana ingin melindungi bekas isterinya. Namun, sia-sia sahaja kan semua pengorbanan itu. Kerana pada akhirnya, dia di buang seperti sampah yang langsung tiada erti dan makna.
Di sebalik abang yang tiada pendidikan. Yang selalu di pandang hina. Bahkan sering di kucilkan oleh orang kampung ada tiga orang adik yang selalu melindungi si abang. Sayangnya mereka kepada Shazrin Ammar tiada tangguh. Kerana, bagi mereka abang sudah terlalu banyak berkorban. Cukuplah dengan penderitaan itu, berilah ruang untuk abang rasakan sedikit kebahagiaan walaupun hanya sekali.
"Puan Bunga Anggerik Nathalia. Kami nak ambil abang kami semula." Di tarik tangan Shazrin Ammar agar merapati ketiga adik beradik itu.
Bunga Anggerik Nathalia pula mengukir senyum sinis.
"Oh, boleh. Sangat di alu-alukan. Kutiplah semula abang korang yang bodoh ni." Kata Bunga Anggerik Nathalia dengan selamba.
Di belakang, ada Tuan besar Fakhrul Adlan, Puan Besar Bunga Dahlia Nathalia dan Muhammad Asfan Najmi yang sedang mendukung Fatimah Zahra yang kini berusia tiga bulan.
"Puan Bunga Anggerik Nathalia. Terlalu angkuh cara puan berkata-kata. Dia abang kami. Kami tak suka puan hina dia seperti dia tiada hati dan perasaan." Kata Nurin Shazana pula dengan riak muka yang masih dapat di kawal dengan kemarahan.
Letus tawa di bibir Bunga Anggerik Nathalia. Peduli apa dia dengan semua itu? asalkan hatinya puas itu sudah cukup membahagiakan dirinya.
"Apa-apa je lah. Jangan lupa bawa baby itu. Aku tak nak, anak haram itu ada dekat rumah aku. Jijik. Lepastu, cakap dekat abang korang yang bodoh tu, jangan lupa tanda surat cerai." Kata Bunga Anggerik Nathalia.
Kerana, Shazrin Ammar masih ragu untuk menurunkan tanda tangan sebentar tadi. Jadi, urusan mereka agak sukar untuk merasmikan bahawa pernikahan mereka telah terbatal.
"Puan jangan risau. Kami bertiga akan jaga abang dan baby itu. Terima kasih sebab pulangkan semula abang kami." Kata Nurin Shazran pula bersama senyuman kecil.
"Dia abang kami yang paling kami banggakan. Dari kecil, abang dah banyak berkorban. Dia sanggup putus sekolah demi kami. Kami fikir, bila dia berkahwin dengan puan. Abang akan rasa bahagia walaupun sikit. Tapi, kami salah. Kami minta maaf, kami nak abang kami semula." Kata Nurin Shazana pula dengan penuh rasa kecewa.
Bunga Anggerik Nathalia tertawa kecil ketika mendengar kata-kata daripada bekas adik iparnya itu. Bahagia?
"Abang korang tersalah pilih pasangan kot. Jangan pernah berharap yang abang korang akan bahagia bila dengan aku." Kata Bunga Anggerik Nathalia dengan selamba.
Lalu Fatimah Zahra yang berada di dalam dukungan si abang dia ambil dan ia berikan kepada Nurin Shazran.
"Pergi dari sini dan suruh abang korang tanda tangan surat itu cepat. Aku ada banyak kerja lain lagi nak buatlah. Bukannya hendak layan drama murah dia aje." Kata Bunga Anggerik Nathalia lagi.
Dan, akhirnya Shazrin Ammar menurunkan juga tanda tangan di surat penceraian yang baru sahaja ia terima. Dengan nafas yang berat dia menatap wajah itu dan kedua mertua serta sahabatnya bersama senyuman manis.
"Saya minta maaf kalau selama kita menjadi suami isteri hidup awak selalu menderita Anggerik. Saya masih berdoa agar Allah kuatkan jodoh kita berdua. Biarlah sekalipun awak nak kata saya gila. Saya tetap akan tunggu awak, sebab dalam dunia ini ada dua wanita yang paling bermakna di dalam hidup saya." Kata Shazrin Ammar seraya menarik nafas agar bisa ia sambung berkata-kata.
"Wanita itu adalah arwah ibu dan awak Bunga Anggerik Nathalia kesayangan saya. Kelak, saya akan gunakan semula panggilan kesayangan saya itu. Dan saya berharap Allah akan mempertemukan kita sekali lagi. Saya minta diri dulu, Bunga Anggerik Nathalia kesayangan saya." Kata Shazrin Ammar lalu ia mendekati kedua mertuanya.
Di peluk bapa mertua dan sahabatnya itu. Selepas ini, tidak tahu bila mereka akan bertemu semula.
"Jaga diri, ada rezeki kita jumpa lagi." Kata Shazrin Ammar lalu berjalan meninggalkan perkarangan mahkamah di ikuti dengan adik-adiknya dan hanya di perhatikan oleh Bunga Anggerik Nathalia bersama pandangan jelek.
"Puas hati sekarang?" soal Tuan Besar Fakhrul Adlan kepada anak bongsunya.
Setelah, menantunya jauh daripada mereka. Barulah suara itu menjengah di kedua telinga Anggerik.
"Puas! terlalu puas. Anggerik dah bebas daripada dia. Lepasni, Anggerik boleh teruskan cita-cita Anggerik." Jawab Bunga Anggerik Nathalia bersama senyuman bangga.
"Umi tak sangka. Anggerik boleh sekejam ini. Anggerik buang anak kandung sendiri. Umi fikir, bila Anggerik belajar sampai degree. Anggerik akan menjadi seorang yang bijak. Tetapi, umi silap. Anggerik tak sepandai itu. Ibu jenis apa Anggerik ni. Sanggup buang dan berikan dekat orang lain, anak yang di kandung selama sembilan ha?" Kata Puan Besar Bunga Dahlia Nathalia pula.
Dia sangat kecewa dengan anak perempuannya ini. Terlalu kecewa, tiadakah secebis rasa cinta dan sayang itu ia letakkan kepada si anak walaupun sedikit?
"Binatang pun tahu sayangkan anaklah. Tapi, kau ni lebih teruk daripada binatang. Kau kejam!" kata Asfan pula dengan nada yang geram.
Bunga Anggerik Nathalia mencebik. Bosan dia mendengar luahan kekecewaan itu. Muak!
"So what, kalau Anggerik teruk lebih daripada binatang pun? anak itu, anak haram. Anggerik bencikan budak tu! daripada di menderita dekat sini lebih baik si bodoh tu bawa anak tu pergi bersama-sama dia!" kata Bunga Anggerik Nathalia dengan nada yang sedikit meninggi.
Geram pula dia.
Di sisi lain, Shazrin Ammar hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanannya untuk keluar daripada Kampung Durina Hilang itu. Manakala, Fatimah Zahra sudah lama tertidur di atas pangkuannya.
Tanpa sedar setitik demi setitik air matanya jatuh membasahi pipi. Esakan kecil itu di dengari oleh mereka bertiga yang berada dalam kereta itu.
Di bawa kepala si abang di atas bahu dan Fatimah Zahra pula di pangku oleh Nurin Shazran.
"Kenapa rasanya sesak dan sakit sangat dekat dada ni Ana. Ya Allah, sakitnya. Terlalu sakit. Abang rasa nak mati Ana, sakit sangat..." Luah Shazrin Ammar.
Untuk kali ini, sakitnya tiada main. Terlalu sakit setiap luka yang dia punya. Bahkan, mengambil waktu seumur hidup pun belum tentu luka itu akan sembuh. Mungkin, parutnya sahaja yang akan tertinggal.
Mungkin?
"Abang cintakan dia, Ana. Terlalu cinta." Ucapnya lagi bersama tangisan yang semakin lama semakin kuat.
"Abang, jangan macam ini. Abang kena kuat. Ana tahu abang kuat. Shazrin Ammar seorang abang yang kuat. Ana yakin suatu hari nanti, abang dan dia akan di satukan semula dengan versi yang lebih baik, inshaallah." Pujuk Nurin Shazana.
Adik mana yang tergamak melihat si abang di dalam penderitaan? bilang padanya adik mana yang sanggup melihat abang yang terlalu banyak berkorban derita seperti sekarang ni?
Siapa sahaja sanggup melihatnya?
Siapa?
Hello! okay tak?
typo, abaikan!Jangan lupa vote&
comment banyak² sikit
tau! kalau tak saya
malas updated! werk.Enjoy & happyread❣️
YOU ARE READING
SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTED
Romance[BOOK I] Dia wanita terakhir milik, Shazrin Ammar. Sehina itukah seorang manusia yang tiada sebarang pendidikan di mata seorang Bunga Anggerik Nathalia? "Aku tahulah kau ni bodoh sebab tak sekolah. Tapi, takkanlah membaca pun kau tak pandai? Benda...