سلامت هاري راي

2 0 0
                                    

Duhai diri
selamat hari raya aidilfitri
minal aidin wal faizin

Maaf atas segala kekalahan
ampun kerana aku terkadang menbawa kamu menjauhi Tuhan
maaf atas segala cita yang masih belum tergenggam tangan
ampun kerana cinta selalu tertangguh
maafkan aku kerana menjahit bibir
sehingga segala helaian cerita
terbuku di dada
tak terluah dalam suara
sesekali tergumpal menjadi puisi aksara
namun jika aku punya kudrat
aku bantumu zahirkan dalam doa kepada Tuhan kita
dan masih banyak salahku kepadamu
semoga kita bisa berdamai

Selamat hari raya aidilfitri
maafkan aku ye
kosong-kosong

Puisi Tak JadiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang