Gundah menziarah pagi ini
salamnya kusambut dingin
mana mungkin sejahtera jika ada dia
aku hidangkan sepiala kopi pahitSebelum pulang
dia berkata
jika aku berteman rapat dengan tawa
aku lupa ini dunia fana
hilaiku meleret
tak sempat menyelit zikrullahJadi dia datang menghulurkan sejahtera
agar aku ingat Tuhan.
KAMU SEDANG MEMBACA
Puisi Tak Jadi
PoetryPuisi tak jadi mewakili hati Tak ada yang salah dalam memahami puisi Fahamkan saja semahumu Kerana hikayat sebenar sudah terkubur jauh di sebalik tabir hati si penulis Frekuensi getarnya hanya dia dan Tuhan yang mengerti