B A B 2 5

5.3K 301 16
                                    

"Abang." Suara garau milik Shafiq Ammar membuatkan ia tersentak.

Serentak dengan itu, jari jemarinya berhenti untuk meneruskan kerjanya melakar sesuatu di atas canvas. Di pandang Shafiq Ammar dengan pandangan yang kosong. Seraya dengan itu, dia kembali duduk di atas katil.

Di sisi katil itu, ada seorang bayi perempuan sedang enak tidur bersama dengkuran halus. Di pandang si kecil itu bersama senyum manis.

"Abang, Afrin beritahu Fiq. Hari ini, abang tak makan lagi. Abang tak lapar ke?" Lembut Shafiq Ammar bertanya.

Dia tahu saat ini, emosi abang sulungnya tidak stabil. Dan, dua hari lepas dia telah di sahkan oleh doktor pakar psikologi bahawa dia mengalami kemurungan psikotik.

Untuk pengetahuan, kemurungan psikotik di takrifkan sebagai kehilangan kefahaman dan realiti. Siptom psikosis biasanya termasuklah dengan berhalusinasi. Ia mendengae atau melihat perkara yang palsu.

Contohnya, seperti sekarang. Abangnya ingat bahawa dia masih bersama dengan Anggerik. Walhal, hakikatnya semua itu sekadar ilusi yang ia ciptakan sendiri sahaja.

"Abang, dah dua minggu abang macam ni. Hati Fiq sakit tengok abang macam ni." Kata Shafiq Ammar lagi lalu memegang kedua bahu si abang.

Dengan lembut, menyuruh Shazrin Ammar melihat dirinya bersama senyuman manis.

"Abang nak Anggerik." Kata Shazrin Ammar dengan suara yang kelam.

"Anggerik tak tinggalkan abang kan? Fiq tipu kan bila Fiq kata kami dah bercerai? Fiq dengki sebab kami bahagia kan? Abang nak isteri abang semula." Katanya lagi dengan bertubi-tubi.

Kemudian, kedua matanya berkaca-kaca menahan diri daripada untuk menangis.

Ketahuilah bahawa Shafiq Ammar menjadi saksi, entah berapa banyak air mata yang jatuh hanya kerana cintanya kepada Bunga Anggerik Nathalia. Bahkan, dia juga menjadi saksi bertapa banyaknya lukisan yang di lakarkan berharap bahawa kelak mereka akan bersama-sama semula.

"Abang, dengar cakap Fiq ni." Kata Shafiq pula seraya memegang kedua belah pipi si abang bersama senyuman.

Nafas di tarik sebelum kembali berbicara. Kerana, perkara ini serius.

"Tolonglah terima hakikat bahawa, Bunga Anggerik Nathalia dan Shazrin Ammar tak akan pernah bersatu. Buang rasa cinta tu abang. Tolonglah, Fiq merayu... Fiq merayu dekat abang terima lah hakikat bahawa Anggerik dan abang dah berpisah." Kata Shafiq bersama tangisan kecil.

Kepalanya di tundukkan bersama titisan air mata yang jatuh sedikit demi sedikit.

"Dalam dunia ini, Fiq sanggup kehilangan segala-galanya. Tapi, bukan abang. Fiq tak mampu untuk hidup tanpa abang. Jadi, tolong Shazrin Ammar. Kuatlah semula demi adik-adik dan anak perempuan abang. Fatimah Zahra perlukan ayahnya." Katanya lagi seraya memandang si abang yang hanya diam membatu.

Dan, entah bila tangisan itu terhambur kuat.

"Kenapa sakit sangat Fiq? kenapa sakit sangat rasanya Fiq? ya Allah sakit sangat." Kata Shazrin Ammar bersama tangisan kecil.

Dadanya di tumbuk berkali-kali untuk menghilangkan rasa sesak yang ia rasakan.

"Abang cintakan Anggerik Fiq. Terlalu cinta. Abang perlukan dia. Tak kira seberapa banyak luka yang dia berikan. Abang tetap akan cintakan dia. Bahkan selalu Fiq." Luah Shazrin Ammar lagi.

Shafiq Ammar pula, menarik tubuh si abang ke dalam pelukan. Di gosok belakang si abang dengan lembut.

"Menangislah abang. Luahkanlah. Abang, mungkin luka itu Fiq tak mampu untuk sembuhkan. Malah, seribu tahun sekalipun luka tetap akan menjadi luka. Dan, mungkin akan menjadi parut saja. Tetapi, Fiq percaya kecewanya seseorang boleh mengubah nasib seseorang. Kalau abang tak nak buat untuk diri abang. Tak apa. Tapi, abang berubahlah demi Fatimah. Dia perlukan abang." Bisik Shafiq Ammar dengan lembut.

SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTEDWhere stories live. Discover now