DENGAN bantuan sahabat ayah kepada Rayyan, iaitu Imam Ahmad. Nik Adam Arish dan Teresa Hans selamat disatukan dengan sekali lafaz saja. Dan Nika berkahwin untuk kai kedua. Dalam hati, dia berdoa semoga ini adalah perkahwinan terakhirnya.
Usai mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Ahmad, Nika bergerak ke satu sudut. Menghadap kiblat, dia tunaikan solat sunat. Selesai solat barulah dia bergerak mendekati Teresa yang duduk bersimpuh bersebelahan dengan Hisnara dan Huda.
"Assalamualaikum wifey." bisik Nika cukup hanya dia dan Teresa saja dengar sambil tangan mengeluarkan kotak cincin berbentuk hati dari poket seluar baju melayunya.
"Wa..laikumsalam.." jawab Teresa juga dalam suara yang perlahan. Kepala diangkat memandang Nika dihadapan.
Nika tersenyum mendengar balasan dari isterinya itu.
Melihat senyuman Nika, jantung Teresa berdebar hebat. Macam baru berlari 100 meter! Tak pernah dia nampak lelaki itu senyum seikhlas kali ini.
Siap timbul lesung pipit sulung dipipi kanan lelaki itu. Dalam!
Ya Allah, indahnya ciptaanMu.
Nika berdehem bila Teresa tak henti merenung dia. Jadi malu sendiri pula.
Sedar dengan gelagat memalukan itu, Teresa terus tundukkan pandangan. Rasa nak sembunyikan diri sekarang jugak!
Huda, Hisnara, Rayyan dan Henry yang ada disitu masing-masing tersenyum melihat pasangan itu.
Terasa tangannya diraih lembut.
"Sejuknya tangan kau." usik Nika dengan nada berbisik.
"Gila tak sejuk. Nervous la." balas Teresa, geram dengan usikan Nika.
Perlahan, Nika sarungkan cincin ke jari manisnya. Lelaki itu tersenyum puas. Puas hati cincin yang dia beli pagi tadi muat dijari isterinya.
"Turn Res sarung cincin ke jari Adam ya." Hisnara bersuara. Teresa mengangguk. Cincin di dalam kotak cincin untuk lelaki itu dia capai lalu disarungkan ke jari suaminya. Tanpa di ajar, dia tunduk menyalam dan mengucup lembut kekura tangan Nika.
Nika rasa terharu. Ada juga rasa aneh yang lain menyerang dadanya seterusnya buat dia berdebar. Hangat masih terasa kucupan itu dikekura tangannya.
Dan dia pula mengucup dahi Teresa usai isterinya itu tegakkan kepala dari menyalamnya tadi.
Teresa pejam mata. Air mata mengalir perlahan di pipinya.
'Ma, Pa.. Res dah kahwin.'
.
"TASNEEM. Tu nama yang kau pilih?" Teresa mengangguk. Dia sampaikan hajatnya pada Nika yang dia mahu menukar namanya dari Teresa ke Tasneem. Rasa tak manis didengar pula kerana dia beragama Islam tapi namanya seperti itu.
"Why Tasneem?" Nika capai tangan isterinya ketika mereka melintas jalan raya untuk ke bangunan di hadapan mereka. Bersulam erat jari jemari tangan Nika yang besar itu dengan tangan si isteri yang kecil.
"I just like that name. Dulu marah dengan mama sebab bagi nama Teresa. Rupanya masa tu saya belum masuk Islam lagi. I was born non muslim. Hinggalah umur saya 15 tahun, kami sekeluarga peluk Islam. Tapi tak terfikir pula nak tukar nama masa tu." cerita Teresa.
"Tahu tak apa maksud Tasneem tu?"
"Hmm? Ada maksud ke setiap nama manusia ni?" soalnya polos.
Nika tersenyum nipis.
"Tak semua. Cuma nama yang kau pilih tu ada maksud dia."
"Oh.. Apa maksud dia?"
"Air terjun dalam Syurga." jawab Nika.
YOU ARE READING
N I K A : Duda Milik Tasneem [EBOOK]
RomanceBook 8, 1st 𝔎𝔫𝔦𝔤𝔥𝔱 : 𝙎𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙗𝙪𝙩 𝙃𝙚 𝙛𝙖𝙡𝙡𝙨 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧. Nik Adam Arish (Nika) & Tasneem Hans (Teresa)