Katil Hujung

16 3 0
                                    

Sudah seminggu Zass berada di hospital. Kini dirinya semakin pulih sejak mengalami kemalangan motosikal tempoh hari. Keadaannya tidaklah begitu teruk dan tidaklah begitu parah, hanya mengalami beberapa luka yang mengambil masa untuk sembuh.

"Encik Zass, daripada rekod kesihatan awak yang semakin pulih...saya rasa tak ada apa-apa yang parah dan awak boleh keluar dalam masa 2 hari lagi." Kata seorang doktor. Zass tersenyum mendengar khabar gembira itu.

"Terima kasih doktor." Balas Zass. Khabar baik itu disampaikan pada rakan-rakannya.

Seperti biasa, apabila waktu melawat sudah menjelang rakan-rakannya tidak terlepas menziarahinya. Zass bersyukur mendapat rakan-rakan yang baik yang sanggup menemaninya setiap masa walaupun tidak ramai.

Suasana wad Dahlia itu agak lenggang membuatkan Khai dan Mika mengambil kerusi pelawat yang kosong. Jururawat yang berjalan di sekitar wad langsung tidak memberikan sebarang komen berkenaan perbuatan Khai dan Mika seakan memberikan keizinan terhadap mereka berdua. Situasi mereka hanya ditemani bunyi kipas yang karat dan perbualan pesakit bersama pelawat yang lain sahaja.

"Nah Zass, makanan kau. Aku tahu doktor tak bagi makan tapi...ni kan makanan favorite kau!" Ujar Moon. Seperti biasa dia akan menyeludup makanan yang dimasaknya dan diberikan pada Zass.

"Terima kasih Moon. By the way, mana yang lain?" Soal Zass. Hairan akan bilangan mereka tidak seperti kebiasaan.

"Diorang ada hal sikit Zass, sebab tu kami bertiga je datang melawat kau." Kata Khai. Zass hanya mengangguk faham. Mereka juga ada waktu untuk sibuk.

"Takpe, aku faham." Balas Zass sambil mengunyah nasi goreng yang dimasak oleh Moon diberikan tadi.

"Hmm...sedap! Pandai kau buat Moon." Komen Zass walaupun ini bukan kali pertama dia memakan makanan yang dimasak dari Moon.

"Eh Zass, mana pesakit katil hujung tu?" Soal Mika. Perasaan ingin tahu mula timbul di kepalanya.

"Ouh yang tu...Encik Arshad nama dia." Balas Zass. Air mineral di gelas diminum lalu menyambung kata-katanya. Tiba-tiba dia mendekatkan diri ke arah rakannya yang berada di hujung katil.

"Nurse kat sini cakap, dia dah meninggal 2 hari lepas. Tiada siapa tuntut mayat dia, lepastu ramai pesakit yang bersebelahan dengan dia complain nak tukar katil sebab diorang dengar macam ada suara orang menangis tiap malam berdekatan katil tu." Bisik Zass perlahan. Seorang demi seorang rakannya dipandang.

Khai dan Mika hanya menganggukkan kepala tanda faham akan penjelasan Zass sementara Moon masih hairan. Dari riak wajahnya mereka sudah mengetahui akan Moon yang masih blur akan mendengar cerita daripada Zass.

"Jap...apa maksud kau dengan orang menangis?" Soal Moon.

"Aku taktahu Moon, mungkin dia menangis sebab tak ada siapa tuntut mayat dia." Balas Zass kembali mengunyah nasi goreng.

"Eh Zass...kau tak takut ke?" Soal Khai sengaja mengusik rakannya itu.

"Takut? Kenapa?" Soal Zass kembali.

"Yelah...kan kau cakap tiap malam dia akan menangis kat katil tu. Lagipun katil dia tak jauh pun dari kau, hehehehehe." Sakat Mika pula sengaja ingin menakutkan rakannya itu.

"Hmm...takut tu ada la jugak, tapi sepanjang aku duduk kat sini aku tak pernah dengar lagi orang menangis kat tempat tu. Lagipun aku nak check out tak lama lagi...so, rileklah!" Balas Zass merasakan dirinya akan keluar tak lama lagi.

"Alah, 2 hari je tau. Bukannya lama sangat, hehehehe!" Sambungnya lagi.

"Alah kau Zass, jangan berani sangat! Kita tak tahu entah-entah dia datang kacau kau." Pesan Moon.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 Horror Short StoriesWhere stories live. Discover now