Airiz Sophea -04

3 1 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 6 pagi . Airiz bangun dari tidurnya untuk menunaikan solat subuh . Airiz mengatur langkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk' . Paip air dibuka .

Usai menunaikan solat subuh , tangan Airiz naik menadah tangan . "Ya Allah ... Aku rindu seseorang yang engkau telah ambil dari aku ya Allah . Tolong sampaikan padanya bahawa aku benar - benar merinduinya ya Allah ... Apa aku tak layak untuk bahagia ? Jika benar aku tidak layak untuk bahagia maka engkau bawalah aku pergi jauh dari dunia ini ya Allah . Aku penat ya Allah , Aku tak kuat , aku lemah .. Airiz rindu along . Rindu sangat - sangat . Airiz nak ikut along ..." terhinjut - hinjut bahu Airiz . Air mata tak berhenti mengalir dipipi .

Tok.. Tok.. Tok..

Pintu bilik diketuk .

"Airiz , mama dengan papa dah nak pergi ni" ucap Datin Melissa dari luar bilik . "Ok! Kejap lagi Airiz turun . Nak sangkut kain telekung kejap! " jerit Airiz . Air mata dipipi pantas diseka .

Kain telekung yang dipakai oleh Airiz disangkut dan diletakkan di dalam almari . Pintu bilik dibuka . Anak tangga dituruni satu persatu oleh Airiz .

Dato Irfan melihat Airiz sedang menuruni anak tangga terus berjalan mendekati anak perempuannya itu . "Papa dengan mama dah nak pergi , Airiz jaga diri eh" ujar Dato Irfan sambil menggosok kepala anaknya . "Aye aye captain! " tangan Airiz naik disisi kepala . Dato Irfan hanya menggelengkan kepala .

"Dato jom kita gerak dah nak pukul tujuh ni ! " Laung Pak Mad , pemandu kedua Dato Irfan . Dato Irfan mengangguk .

"Kami pergi dulu ya Airiz" sampuk Datin Melissa yang baru turun dari biliknya bersama satu buah luggage yang agak besar . "Ok!" Tangan Datin Melissa dikucup . Tidak lupa juga tangan Dato Irfan . "Assalamualaikum" sepasang suami isteri itu berjalan keluar dari rumah . Kereta Alpha itu mula bergerak .

"Waalaikummussalam..." jawab Airiz dengan perlahan . Airiz hanya diam berdiri didepan pintu rumah . "Airiz! Kenapa belum bersiap ni . Karang terlambat nak pergi sekolah baru tahu" jerit Mak Limah . Membulat mata Airiz . Jam dinding di ruang tamu dipandang . Alamak!! 7:12 minit . Ada enam minit lagi sebelum ke sekolah .

Cepat - cepat Airiz naik ke biliknya .


.....

Motor kawasaki ninja 250r berwarna hitam dihidupkan . Helmet dicapai . Selepas menyarungkan helmet , Ayden naik ke atas motornya. Motor itu bergerak mahu keluar dari pekarangan rumah tiba - tiba muncul sebuah motor kawasaki ninja 250 sl berwarna purple berhenti didepan rumah Ayden . "Want to play?" Soal Farisya . Helmet dibuka , rambut yang berserabai dibetulkan.

Kedua belah kening Ayden naik .

"Next time ok , kita nak pergi sekolah sekarang . Jangan buang masa Far" ucap Ayden . Motornya mula bergerak meninggalkan Farisya . Farisya mengeluh . "Kalau kau bukan kawan aku dah lama kau mampos ni" helmet disarung semula ke kepala . Enjin motor dihidupkan . Segera Farisya mengikuti Ayden dari belakang .

Sesampainya Airiz dipintu pagar sekolahnya , kaki melangkah keluar dari kereta yang dinaiki . Sempat dia pamit dulu kepada Pak Mad . "Airiz!" panggil Syakir . Airiz memusingkan kepalanya . Tanpa sedar bibir Airiz tersenyum . "Syakir cepat lah! " jerit Airiz . Syakir pantas mengunci kereta nya . Syakir berlari mendekati Airiz .

Beg Airiz ditarik oleh Syakir . "Takyah tarik lah gila! " terlepas tawa dari Syakir . Pantas Airiz tarik topi yang dipakai oleh Syakir . Airiz ketawa melihat muka cemberut Syakir .

Tanpa sedar Ayden yang berada di tempat parking sedang menggenggam tangannya . Timbul urat - urat hijau di lengan Ayden . Dia benci melihat kemesraan Airiz bersama Syakir .

Kring! 

Loceng sekolah berbunyi tanda sekolah sudah mula . Ayden melangkah pergi meninggalkan tempat parking . Dia berjalan menuju ke kelasnya .

...

Selepas selasai waktu pembelajaran , Airiz cepat - cepat bergegas ke kantin . "Airiz! Tunggu" jerit Farisya . Airiz berhenti . Farisya berlari mendapatkan Airiz . Bahu kanan Airiz dipegang . "Kau nak pergi kantin kan? " Airiz mengangguk . "Jom pergi sekali nak?" tanya Farisya . Airiz tersenyum . "Jom! " ajak Airiz . Mereka melangkah menuju ke kantin .

"Airiz kau nak makan apa? " soal Farisya . "Err tolong ambilkan air untuk aku" pantas tangan Farisya mencapai air oren yang sudah berada di dalam gelas . "Air je? " gelas berisi air oren itu dihulurkan oleh Farisya . "Aku takde selera lah" ucap Airiz . Farisya mengangguk seperti burung belatuk . "Jom" Farisya berjalan menuju ke meja makan yang disediakan . Airiz hanya mengikuti langkah Farisya dari belakang .

Sesampainya di sebuah meja makan , terlihat seorang lelaki sedang menikmati makanannya . Kerusi ditarik oleh Farisya . "Duduk Riz" arah Farisya . Airiz patuh . Kerusi kosong ditepi Farisya ditarik dan diduduki . "Awal kau rehat , Ayden" Air didalam gelas diteguk oleh Farisya . "Hmm" jawab Ayden . Farisya menjulingkan matanya ke atas , sudah biasa dengan sikap beku si Ayden.

Airiz hanya diam tak terkata . Jujur dia tak selesa berada di sini . "Haa kau pulak asal diam . Air pun tak sentuh" Airiz memandang Farisya dan Ayden bersilih ganti . Takkan lah dia nak cakap yang dia tak selesa berada di sini . "Sya, aku rasa aku dah kena pergi lah , mesti Syakir tengah tunggu aku kat kelas" Airiz bangun dari duduk . Air yang masih tidak disentuh dihulurkan kepada Farisya  .

"Nah ! Air ni aku tak sentuh lagi tau" pantas Farisya menyambut huluran tersebut . Airiz pantas melangkah meninggalkan mereka berdua .

"Aku dah nak gerak ni" ucap Ayden . "Cepatnya , habistu kau nak tinggalkan aku seorang diri?" tanya Farisya , kesal dengan sikap sahabatnya itu . "Sebelum ni kau rehat seorang diri okay je" Tutur Ayden . Terus Ayden melangkah meninggalkan Farisya seorang diri . Farisya berdecit , benci dengan sifat beku Ayden .

To be continued:

Jangan lupa vote and komen ♡ ...

𝐀𝐢𝐫𝐢𝐳 𝐒𝐨𝐩𝐡𝐞𝐚 ~ OGWhere stories live. Discover now