003

11 2 0
                                    

1 bulan sebelum SPM

"Hawa, aku nampak handsome tak?" tanya Qarl yang membaiki jubah konvo miliknya. Ya, memang tradisi sekolah kami untuk mengambil gambar dengan jubah itu sebelum menduduki SPM sebagai kenangan. Gambar yang diambil akan dihantar ke dalam group Telegram. Sama ada untuk diprint atau disimpan aje dalam telefon.

Aku diam. Cuba melihat di mana ada bahagian yang senget atau terlipat mahupun berkedut. Anak mata aku nampak tali leher Qarl ke belah kiri sikit. Senget. Aku tanpa sedar terus membaikinya.

Qarl dan aku sama-sama terkedu dengan tindakan aku yang secara tiba-tiba itu. Aku terus lepaskan tali leher Qarl. Aku berdehem.

"Kau dah nampak handsome." kataku. Aku pergi dari situ. Masuk ke bahagian tempat kami mengambil gambar. Di depan pentas sekolah.

"Cantik betul Hawa kesayangan kita ni." kata Luq yang tiba-tiba bersuara. Dia senyum ke arah aku.

"Amboi Luq, puji Hawa aje ke? Aku ni tak cantik ke?"

Aku geleng kepala. Qistina... Qistina... Memang jenis tak tahu malu.

"Eh Qis, takkan kau tak cantik pula. Kau dengan Hawa, dua-duanya cantik. Aku suka dengan senyuman kau tu. Manis." puji Luq.

Apa lagi... Malu lah Qistina tu. Suka sangat kalau ada puji dia cantik. Sampai naik merah muka dia. Ni kalau tak ada pelajar lelaki, dah lama dia berguling sampai ke belakang dewan.

"Hawa..."

Aku paling ke belakang. Nampak Qarl yang berdiri tegak di situ. Tak lupa anak mata dia tajam menatap Luq. Aku pun tak faham. Bergaduh ke?

"Apa?" aku menuju ke arah Qarl.

"Aku nak cakap sikit dengan kau."

Aku diam. Tak mahu menyahut.

"Aku tak suka kau rapat dengan Luq."

"Ha? Kenapa pula?" tanyaku yang makin tak faham dengan apa yang dah berlaku. Rapat? Setakat berbual jarak jauh macam tu pun kena halang ke? Sah! Mereka berdua ni ada bergaduh kut.

"Aku tak suka. Tak ada alasan." terus Qarl pergi tanpa menoleh lagi ke belakang.

Aku blur. Tak ada alasan? Aku angkat bahu tanda tak tahu. Lantak dia lah nak kata apa pun. Luq tu kawan satu kelas dengan kami. Tak salah pun kalau nak berbual bermacam-macam topik dengan lama pun.

"Okay guys! Sila ambil tempat masing-masing. Tak kisah lah sebelah siapa pun. Cepat! Cepat!" arah salah seorang cikgu lelaki, Encik Kamal. Sebuah kamera jenama Canon dibelek oleh dia. Mungkin nak bagi gambar nampak cantik dan jelas.

Aku terus menarik tangan Qistina. Kami mengambil tempat di barisan pertama. Manakala, Qarl di barisan kedua memandangkan pelajar lelaki kami tinggi. Seeloknya mereka di belakang untuk bagi ruang kepada pelajar perempuan yang rendah mengalahkan budak sekolah rendah.

"Senyum Hawa. Aku suka kalau kau senyum." bisik Qarl di sebelah telinga kanan aku.

Aku pun terkelu. Entah kenapa apa yang aku rasa dalam hati sampai aku senyum kecil. Mungkin suka atau malu dengan pujian daripada Qarl.

"1! 2! 3! Smile!"

CINTA PALSUWhere stories live. Discover now