B A B 3 0

6.4K 327 28
                                    

Bahagia?

Bahagia itu suatu tafsiran yang sangat ringkas bagi seseorang bukan? jika di tanya, adakah dia bahagia? 

Ya, dia bahagia. Terlalu bahagia. Bahkan bahagia itu tidak bisa ia ucapkan dengan kata-kata.

Lima tahun yang sangat panjang. Selama tempoh itu, mereka berdua membawa haluan masing-masing tanpa sebarang khabar. Dan, selama tempoh itu juga adik-adiknya menjadi saksi bertapa sukar hidupnya untuk bangkit di dalam kesedihan hanya kerana seorang wanita yang amat ia cintai, Bunga Anggerik Nathalia.

Ia tidak menyangka. Doanya termakbul. Semua ini berkat anaknya, Fatimah Zahra. Nasib baik, si kecil itu sudah di bawa pulang oleh adik bongsunya.

Dan, nasi lemak yang berada di atas meja itu ia tatap bersama senyuman manis. Wajah Bunga Anggerik Nathalia masih terbayang-bayang di layar mata. Cantik sungguh wanita itu sekarang. Bertambah menawan kerana gadis itu sudah menutupi aurat dengan sempurna.

Ternyata lima tahun kebelakangan ini terlalu banyak yang telah merubah mereka berdua. Dia juga memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana telah mendengar doanya.

"Amboi, Tuan! dah macam orang angau bercinta aje? Tuan dah jumpa jodoh Tuan ke?" suara sindiran daripada Bunga Azalea Adelia membuatkan jejaka itu tersentak.

Di pandang wajah setiausaha dan pembantu peribadinya itu bersama jelingan. Dia terkejut dengan suara gadis yang telah meranapkan angan-angannya.

"Ya Allah Tuan! banyaknya nasi lemak Tuan beli? Tuan nak buat kenduri ke?" soal Azalea bersama gelengan.

Muka Shazrin Ammar di lihat dengan pandangan yang aneh.

"Bisinglah awak ni Lea. Saya panggil awak masuk bilik saya ni bersebab tau. Saya nak awak agihkan nasi lemak ni dekat semua staff kita lah."  Kata Shazrin Ammar pula.

Bunga Azalea Adelia meng'o'kan kata-kata majikannya bersama senyuman manis.

"Untuk tekaan awak yang tadi itu. Saya nak kongsi satu berita baik dengan awak. Tapi, sebelum itu duduklah dulu." Katanya lagi bersama senyuman kecil.

Azalea pula mengangguk. Mendengar arahan Shazrin Ammar. Punggungnya di labuhkan atas kerusi. Di tarik sedikit ke depan agar ia selesa. Manakala, IPad yang berada di tangan pula ia letak di atas meja dengan tertib. Di pandang pula, wajah majikannya itu menanti berita baik yang ingin di kongsikan itu.

"Lea, hari ini hari yang paling bahagia untuk saya. Sebab, saya dah jumpa semula dengan tulang rusuk kiri saya." Kata Shazrin Ammar dengan rasa teruja.

Bahagia sungguh wajah tampan itu ketika menceritakan tentang perihal itu.

"Ya Allah! betul ke ni Tuan? alhamdulillah, saya tumpang bahagia Tuan. Mesti Fatimah orang yang paling bahagia kalau tahu, Tuan dah jumpa ibu kandungnya." Kata Azalea lagi bersama perasaan gembira.

Namun, hanya senyuman hambar yang di balas oleh Shazrin Ammar. Wajah itu serta merta muram.

"Tapi Lea, saya sedih sebab dia buta. Dia tak dapat tengok muka saya lagi Lea. Fatimah pun belum tahu tentang perkara ni. Awak tahu tak Lea, masa kami berpisah dulu dia masih celik. Saya tertanya-tanya Lea kenapa dia boleh buta?" Kata Shazrin Ammar pula.

"Tapi Lea, sebenarnya saya tak kisah. Sama ada dia buta atau celik. Sebab saya tetap nak dia semula. Mulai hari ini, saya ada misi untuk di laksanakan. Dan, awak kena tolong saya." Ceria suara itu berkata.

"Cinta mati betul eh Tuan dekat bekas isteri Tuan! habistu, saya kena tolong apa ni?" kata Azalea pula ingin tahu.

Shazrin Ammar mengukir senyum penuh makna.

SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTEDWhere stories live. Discover now