Wajahnya nampak penat. Berusaha dia lelapkan diri semalam tapi kedua matanya memilih untuk terbuka luas. Seluruh tubuh terasa lemah. Sebab itu kereta dia parking di satu kafe. Mungkin badannya perlu caffein.
Baru saja dia ingin matikan enjin kereta, telefonnya berdering minta diangkat. Ezra pandang muka telefon sebelum simbol hijau dia gesel.
"Lewat kau sampai. Kau ke mana? Masih di luar? Boleh aku nak minta tolong tak?" Soalan demi soalan dilemparkan oleh Hanafi. Tak sempat Ezra bersuara.
Ezra matikan enjin kereta seraya dompet kecil dia gapai.
"Masih di luar. Nak minta tolong apa?" Ezra buka pintu kereta Audi RS7 sebelum kakinya melangkah keluar dari dalam perut kereta. Udara dia hirup segar. Tidaklah dia rasa terperap.
"Memandangkan kau dekat luar, tolong aku beli bunga mawar. Satu atau dua cukup rasanya."
Berkerut sediki dahi Ezra. Bunga buat apa?
"Alaa... kau faham fahamlah. Siapa lagi nak minta kirim bunga Mawar kalau bulan Daniel. Dia suruh aku tapi aku malas nak keluar."
Kali ini Ezra angguk kepala sekali. Kalau Daniel yang meminta, dia faham sangat tujuannya. Pasti bunga mawar dibilik arwah Mawar sudah layu dan ingin digantikan dengan yang baru. Bunga mawar mengigatkan Daniel tentang isterinya yang sudah hampir 5 tahun dijemput Tuhan.
"Alright." Jawab Ezra sepatah seraya dia matikan telefon sebelum sempat Hanafi bersuara.
Nafas dia hembus perlahan seraya kepalanya bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan mencari kedai bunga. Manatahu ada kedai bunga kecil di sekitar tempat itu.
Matanya menangkap satu kedai bunga. Bibirnya terukir senyuman tipis. Lihat dari situ, nampak seseorang baru sahaja membuka kedai bunga itu. Kakinya mula mengatur langkah ke situ. Lupa sudah tujuan asalnya yang ingin membeli kopi.
Tanpa dia sedari, kini dia berdiri di hadapan kedai bunga kecil itu. Tangannya mengengam erat pemegang pintu seraya dia tolak pintu ke dalam. Bunyi loceng memenuhi gegendang telinganya.
"Selamat datang." Sapa seorang wanita dengan nada ceria. Sebaik Yumna tolehkan kepala, mati senyuman di wajahnya. Tergamam melihat jejaka tinggi dengan wajah barat ini. Lelaki kiriman Tuhan?
Ezra masuk ke dalam kedai bunga. Matanya melilau mencari bunga mawar di dalam kedai. Jari telunjuknya menunjuk ke satu sudut kedai. Puas hati melihat bunga mawar merah cantik segar.
"Can I have that?" Soal Ezra sambil dia pandang kembali ke arah pekerja kedai.
Mata Yumna seolah tidak berkelip. Rezeki dia di pagi hari melihat jejaka tampan. Tak sia-sia dia buka kedai 30 minit awal.
Hairan Ezra menerima tatapan pekerja bunga itu. Pandang dia bagai nak tembus. Atau pakaian dia nampak pelik? Ezra pandang ke bawah melihat pakaian di tubuh. Rasanya pakaian dia elok saja. Seluar slack hitam dipandankan dengan tshirt putih dan cardigan hitam.
"Cantiknya mata awak." Puji Yumna seraya dia datang mendekat. Kepala dia mendongak sebelum bibir delimanya tersenyum lebar. Rasanya dia boleh tenggelam sambil memandang mata hijau cantik itu.
Terkebil-kebil Ezra menerima pujian dari wanita itu. Nampak seperti masih muda. Budak ni kenapa pendek sangat? Terbantut?
"Encik nak apa? I mean... what do you want sir?" Ceria nada Yumna seraya kepalanya sedikit disengetkan. Semangat nak melayan pelanggan hensem.
"Roses. I need two." Jawab Ezra dengan wajah mendatar.
"For your girlfriend?" Tanya Yumna sambil mata dikelipkan berulang kali. Beruntung wanita itu. Boleh cuci mata hari-hari.
![](https://img.wattpad.com/cover/359741039-288-k116198.jpg)
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet
Literatura faktuCERITA BERAT! (AKAN KEMBALI!) "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang me...