"Boleh tahan juga kakak Ezra tu." Aiman juihkan bibir pada Cecilia yang sedang bicara dengan Ezra. Perasaan dia saja atau memang Ezra nampak tak rapat dengan Cecilia? Mungkin lama sangat tak jumpa sampai asing.
Aleeq dan Hanafi serentak memandang Aiman. Gila mamat ni. Perempuan gila dia cakap cantik?
"Kau sibuk nak ikut sekali bukan untuk hantar Ezra tapi kau nak perhati Cecilia tu kan?" Soal Hanafi. Melihat Aiman angguk, nafas dihembus berat. Kecewa ada adik buta macam Aiman.
Aleeq pandang kembali ke arah Ezra yang sedang menarik bagasi besar berwarna kelabu.
"Ezra?" Panggil Aleeq sebelum Ezra palingkan kepala memandang belakang. Bagasi ditinggalkan begitu sahaja. Ezra atur langkah ke tempat Aleeq.
"Why?" Soal Ezra mendatar.
"Are you sure? Kalau kau tak nak, aku boleh minta Damika halang." Tawar Aleeq tapi Ezra geleng kepala.
"Aku pilih untuk tak lari kali ni. Aku akan hadap. Sampai bila aku nak terus begini?"
Aleeq tunduk sekejap. Tangan Ezra yang masih berbalut dipandang kasihan. Hanafi ambil satu langkah mendekati Ezra sebelum tangannya menepuk lembut bahu jejaka itu.
"Balik dengan selamat. Ada seseorang yang tunggu kau di sini." Ucap Hanafi.
Bibir Ezra koyak dengan senyuman tipis. Yumna tak tunggu dia, dia yang sedang menunggu tibanya hari di mana dia dan Yumna akan bertentang mata kembali.
"Kalau dia tunggu aku, aku jadi orang yang paling bahagia dalam dunia." Kalau dia jejakkan kaki ke Malaysia kembali, dia harap Yumna yang sedang menunggu. Dia harap Yumna yang sambut kepulangan dia.
"Jangan lama-lama sangat di Sepanyol. Jangan buat tindakan yang akan sakitkan diri kau. Aku tahu kau akan marah pada keluarga kau tapi jangan pilih jalan yang kau sendiri tahu akan temui akhir gelap. Bukan sekadar kami yang tunggu kau, Daisy dan orang yang kau sayang pun sedang tunggu kau. Aku yakin kau nak jadikan dia sebahagian daripada hidup kau. Jadi kau kena bertahan." Pesan Hanafi lagi. Orang yang dia maksudkan sudah tentu Siti Yumna.
Aleeq angkat wajah mendengar bicara Hanafi dan Ezra.
"Yumna?" Aleeq pandang wajah Ezra.
"Siapa pula tu? Fuh banyak awek kau rupanya." Sampuk Aiman tiba-tiba. Mengganggu.
Hanafi menjeling tajam Aiman. Cakap dengan cermin rasanya Aiman ni.
"Sibuk je lah engkau. Baliklah rumah. Menyibuk dekat sini." Halau Hanafi. Rasa nak halau Aiman jauh. Menganggu saat perpisahan mereka sahaja.
"Iyalah. Tunang Ezra Daisy tapi masih nak pandang perempuan lain? Hebat Ezra ni." Seloroh Aiman. Apa dia ingat Ezra sama species dengan dia? Species buaya.
Bibir Ezra masih senyum nipis. Dia tak pandang perempuan lain. Dia cuma pandang Yumna seorang. Cuma seorang wanita yang dia mahu. Orangnya Siti Yumna.
"Tolong tengokkan Daisy, dia akan balik seminggu lagi. Pastikan tak ada orang-orang Cecilia datang ganggu dia. Pesan pada Daisy, aku akan jenguk mak dia. I will make sure, Cecilia tak sentuh seinci pun kulit mak dia."
Serentak Hanafi dan Aleeq angguk kepala. Mereka anggap itu sebagai amanah.
Ezra mendongak sejenak memandang langit. Harapnya Yumna juga sedang memandang langit saat ini. Cantik. Cerah. Seolah langit beri restu pada dia untuk pergi seketika. Sampai saatnya nanti, dia akan kembali juga ke bumi Malaysia.
"Sejujurnya..." Ezra turunkan pandangan pada tangannya yang masih berbalut.
Tiga jejaka itu menanti sambung bicara Ezra.

YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet
No FicciónCERITA BERAT! (AKAN KEMBALI!) "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang me...