B A B 3 3

5.2K 257 8
                                    

"Explain to me, abang." IPad yang berada di tangan ia berikan kepada si abang.

Shafiq Ammar pula menatap si abang dengan raut muka yang tidak berpuas hati. Manakala, si abang terlihat santai di posisinya. Seolah tidak mengetahui kesalahan yang telah ia perbuat. Sedangkan, hakikatnya memang seperti itu.

Shazrin Ammar tidak menyedari salahnya sehingga pihak media melakukan sebuah spekulasi sendiri terhadap dirinya. Biasalah, manusia. Semakin kita berjaya semakin ramai yang ingin menjatuhkan.

"Dipercayai seorang founder,
kosmetik mempunyai hubungan
sulit dengan seorang wanita
penjual nasi lemak yang buta."
- Mstar.

"Fiq, lagi percaya Mstar sampah ni dari abang kandung Fiq sendiri ke?" soal Shazrin Ammar sambil menolak semula IPad yang di berikan oleh si adik.

Kenyataan paling sampah yang pernah dia baca. Mstar memang suka memberikan berita-berita gempak seperti ini. Entah daripada mana sumber maklumat yang mereka perolehi pun ia tidak tahu.

"Bukan macam itu abang..." Shafiq menarik kerusi lalu ia duduk berhadapan si abang.

"Habistu macam apa? Fiq tahu Mstar memang suka bagi statement bodoh kan? and this is not our first time got the headline stupid like that." Kata Shazrin Ammar pula dengan serius.

Kehidupannya memang akan selalu di incar oleh para media. Tidak kira seberapa rahsianya hidup peribadinya. Pasti akan ada yang terlepas oleh media. Dia juga manusia biasa yang ingin hidup tenang tanpa di kejar oleh pihak media seperti sekarang.

Jika dapat di putarian semula waktu. Dia inginkan kehidupan lamanya. Di mana ia tidak perlu di kejar oleh media. Bahkan, dunia juga tidak tahu akan wujudnya di muka bumi ini.

Lelah rasanya menjadi dirinya yang sekarang. Tiada ruang walaupun sedikit untuk dia hidup seperti orang biasa tanpa perlu risau akan kenyataan bodoh yang di keluarkan oleh sesetengah media massa.

"Fiq minta maaf. Fiq cuma risaukan abang." Ucap Shafiq Ammar pula dengan rasa serba salah.

Shazrin Ammar menghembus nafas berat. Dia memandang si adik bersama senyuman kecil.

"Let's say, that women is Anggerik. What do you want to say?" soal Shazrin Ammar ingin tahu jawapan si adik bongsu kesayangannya.

"Kenapa mesti dia?" soalnya semula.

Langsung tidak menjawab pertanyaan si abang. Hal itu menambahkan lagi keyakinannya bahawa, abangnya ada menyembunyikan sesuatu darinya.

"Sebab abang masih cintakan dia. Perasaan itu tetap sama Fiq." Jawabnya pula bersama senyuman ikhlas.

Senyuman yang bagi Shafiq Ammar sudah lama hilang. Senyuman itu muncul semula setelah lima tahun. Sungguhlah, Bunga Anggerik Nathalia sangat memberi impak kepada abang sulungnya.

"Jadi, kenyataan Mstar itu tak salahkan sebenarnya?" kata Shafiq Ammar pula ingin tahu.

"Salah sebab dia bagi statement hubungan sulit sedangkan abang baru aje jumpa Anggerik dua minggu lepas." Katanya pula.

Shafiq Ammar mengangguk faham. Entahlah, dia ingin marah tetapi dia lihat abangnya sudah perlahan-lahan kembali ceria. Adakah kerana pertemuan semula di antara mereka berdua yang membuatkan si abang kembali bahagia?

SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTEDWhere stories live. Discover now