pat 1

835 44 2
                                    

Hidup seperti anak raja bukanlah sesuatu yang baru bagi kim jongin,dan dia muak dengan semua itu,
dia terlampau jemu menjadi orang berada,terlampau jemu di layan seperti raja,apa yang dia lakukan di perhatikan. Dia tidak menyukai kehidupan tersebut ketika dia berganjak berumur 19 tahun .
Akhirnya,dia mengambil keputusan menyewa apartment sendiri dan tinggal di situ dengan alasan ingin kebebasan. Tuan Kim dan Puan Kim tidak ada kuasa untuk menghalang putera kedua keluarga mereka. Namun kerisauan tetap menghantui mereka setiap hari,mereka terlampau bimbang dengan anak mereka yang hidup sendiri tanpa teman ataupun penjaga,
ialah..Jongin di jaga di mansion kim bagaikan seorang raja,tiada kerja yang dia boleh lakukan,jadi,untuk jongin hidup sendiri itu sangat tidak dapat di percayai oleh kedua ibubapanya.
'' Eomma,Jongin okay,''
Hanya itu yang keluar dari mulut Jongin untuk melegakan hati ibubapa dia
well,
Jongin memang menghadapi kesukaran sejak dia perpindah ke sana. Dengan mengemas semua barang,cukup membuatnya pengsan satu hari kerana keletihan mengemas barang dia yang tidak begitu banyak itu. Itulah namanya tidak pernah membuat kerja,
dan baru dia sedar,hidup sendiri bukanlah sesuatu yang senang namun menyenangkan bagi dia. Bukan itu sahaja,Jongin juga mengalami kesukaran ketika ingin makan. Dia tak tahu memasak,dia hanya sekadar tahu memasak mee segara ataupun menggoreng makanan segera selebihnya,dia amat jahil. Hasilnya dia hanya menempah makanan di luar setiap hari,memang tidak berasap dapur apartment dia.
Tetapi,Jongin mempunyai jiran makcik-makcik yang sangat baik dan bermurah hati menghantar makanan dan memberi tips hidup pada Jongin sehingga dia boleh melakukan semua hal sendiri.
Tapi semua itu tetap tidak dapat mengurangkan rasa risau di dalam hati Tuan dan Puan Kim
'' Eomma dan Appa akan hantar pembantu untuk kamu kim Jongin,setidaknya kami tahu yang kamu selamat'' kata puan Kim serius
Belum sempat Jongin menjawap,talian sudah terputus begitu sahaja. Jongin menghela nafas,kenapa dia perlukan pembantu?,dia dah mula selesa hidup sendiri dan pandai menguruskan semuanya sendiri. Lagipun Jongin selalu ada kelas di U dia jadi memang lewat malam akan pulang ke apartment,so,memang tak ada guna jika dia ada pembantu sekalipun. Hidup dia tenang sekarang..
tapi Jongin tak ada daya untuk membantah keputusan ibubapa dia dan hanya akur apa yang berlaku
--
Sinar cahaya begitu terang sehingga Kai atau nama sebenarnya Jongin terpaksa bangun dari katil empuk milik dia dan bersiap sedia untuk ke U yang tidak jauh dari apartment dia. Matanya tertutup ketika menghidupkan shower,fikiran mula terfikir sesuatu,kenapa langsir bilik dia boleh terbuka dengan sangat luas? rasanya dia dah tutup langsir tersebut sebelum masuk tidur semalam. Tak akanlah dia lupa kot?
Kai menghentikan fikiran bodoh dia yang ada rumah ini berhantu. Langsung tak masuk akal,apartment yang dia duduk selama dua bulan itu tiba-tiba ada hantu memang tak masuk akal. Mungkin Kai terlampau penat dan lupa untuk menarik langsir menutup tingkap sebelum masuk tidur. Ya..dia memang penat sejak kebelakangan ini.
Dia mula keluar dari shower setelah selesai dan memilih baju untuk di pakai. Seluar jeans berwarna hitam dan shirt putih dia kenakan,menampakkan kematangan dan ketampanan dia. Rambut dia di sikat kebelakang,dia nampak sangat bergaya sekarang walaupun tanpa perhiasan lain,wajah dan tubuh dia cukup menarik minat para gadis di U dia. Hampir semua orang di sana terangau-angaukan dia. Dan kai tak boleh salahkan dirinya yang begitu charming.
beg slempang di galas di bahu lalu keluar dari biliknya. Entah kenapa dia mendengar seseorang berada di balkoni sekarang. Siapa pula yang tiba-tiba masuk rumah dia dan pergi ke balkoni?. Dengan langkah santai kai pergi ke balkoni,dia menyelak langsir sliding door tersebut untuk melihat siapa yang berada di balkoni apartment dia.
Matanya membutang,nafasnya terhenti seketika,fikiran dia menjadi kalut. DIa terkaku sebentar.
Entah kenapa dan siapa.
di balkoni apartment kai sekarang ada seorang lelaki bertubuh sedikit rendah darinya,matanya bulat dan redup,bibirnya berbentuk hati tanpa senyuman,dia cukup sempurna dengan kulit yang putih mulus dan cela. Lelaki tersebut dengan tenang menjemur kain di ampaian,tidak sedar akan kai yang melihat dia sambil ternganga.
Kai tersedar ketika phone dia bergetar dan dengan cepat dia menjawap panggilan daripada ibu dia.
'' kai,macam mana dengan Kyungsoo? '' soal si ibu direct ke topik perbualan
kai mengerutkan dahinya,siapa kyungsoo? adakah kyungsoo sejenis makanan?
fikiran dia kembali kepada lelaki yang sedang menyidai pakaian dia. Itukah kyungsoo? lelaki comel dan cantik itu bernama Kyungsoo?
'' Kai!? jangan cakap kamu halau kyungsoo keluar!! ya tuhan!! perangai kamu kai! dia tu pembantu kamu! butler kamu! sampai hati kamu halau dia! kamu tahu tak dia tu orang susah yang perlukan duit untuk sara adik beradik dia di china! kamu ni memang tak pernah berubah!!'' membebel Puan Kim
tanpa mendengar penjelasan anak dia terlebih dahulu
Kai menghela nafas,ish! suka-suka sahaja ibu dia membuat kesimpulan yang macam itu. Mana sampai kai nak halau lelaki secantik kyungsoo? dan pembantu?
Orang macam tu Ibu dia upah untuk jaga dia!? Oh Hell!!
'' Eomma! wait! kai tak halau dia...tapi eomma,kenapa eomma upah orang macam dia? dia tak layak nak jaga kai,kai rasa dia nak jaga dirinya sendiri pun tak lepas'' kai mula bongkak ataupun sebenarnya risau
dia dapat mendengar ibunya mengeluh kecil di seberang sana
'' Hey kai! dia boleh patahkan tulang belakang kamu dengan sekali pukulan je tahu tak! dia tu pandai memasak!mengemas!memandu!belajar! seni mempertahnakan diri! dia tu berguna dan berharga tahu tak! baik hati lagi!'' sekali lagi Puan Kim membebel pada kai
Naik panas telinga kai mendengarnya.
Kai terdiam,biar betul apa yang ibu dia cakap ni? macam troll dia je?
Kai terus mematikan talian setelah memberitahu sang ibu yang dia dah lambat ke kelas.
krekk!
sliding door tersebut terbuka,kai terus memandang ke sana dengan wajah yang sedikit terkejut
'' Anyeonghaseyo...Tu-tuan Kai'' sapa kyungsoo lalu membongkok hormat,
dia sedikit malu pada kai,maklumlah hari pertama bekerja,lagipun kai nampak sangat terkejut melihat dia. Buat dia rasa gementar
'' Anyeong....Kyungsoo?'' Kai mendekati dirinya
namun kyungsoo berganjak ke belakang setiap kali kai cuba mendekatinya,tanda dia belum selesa dengan kai,
Kai tersenyum pahit,kenapa kyungsoo nak takut dengannya? dia bukan orang jahat pun.
'' Jangan panggil saya kyungsoo..panggil saya D.O...'' jujur kyungsoo
dia tidak begitu selesa kai memanggil nama manja ataupun nama sebenarnya
'' why?'' soal kai lalu menyilangkan tangan di hadapan dada
'' no reason'' kyungsoo berpaling ke tempat lain tanpa air muka
Kai mengangguk perlahan
'' baiklah saya akan ke kelas,jaga rumah,saya mungkin akan balik awal,kalau boleh masaklah apa yang ada dekat dapur tu,Okay? bye'' kata kai dan selepas itu dia pun keluar dari apartment namun sempat dia mendengar kyungsoo menjerit
'' hati-hati tuan Kai!''
membuat hati dia berbunga dan berasa hangat.
Aneh tapi dia sukakanya,tanpa sadar kai sudah tersenyum sendirian. TIdak sabar untuk pulang ke aparment dia,bertemu ramah lelaki itu dengan lebih dalam.

D.O is My BulterWhere stories live. Discover now