part2(last)

834 47 7
                                        

Kai bergegas masuk kedalam apartment dia setelah malam mula menjelma.
Bukan apa,cuma dia takut kalau-kalau atau sesiapa tahu tempat dia tinggal. Sebenarnya Kai memang tidak suka kawan se kuliah dia tahu tempat tinggal dia,bukan malu cuma dia tak selesa. DIa suka berseorangan sebenarnya.
Hidunya dia tercium satu bau yang enak,fikiran dia kembali teringat akan pagi tadi. Oh! pembantu dia kyungsoo!.
Dengan santai berjalan menuju ke dapur,matanya tertangkap susuk tubuh kyungsoo yang sedang giat menyediakan makan malam.
'' Tuan Kai,selamat pulang'' kyungsoo menunduk hormat setelah sedar akan kedahadiran tuan dia
Kemudian dia menaruh pinggan berisi ayam goreng itu di atas meja makan,senyuman dia mengembang setelah melihat masakan dia yang sudah siap,tidak ada yang lebih menyeronokkan untuknya dari memasak sesuatu hidangan.
'' Tuan Kai,nak makan dulu atau mandi? saya dah sediakan air panas'' soal kyungsoo pada kai yang hanya berdiri diam sambil menatap dia tanpa riaksi
Tuan dia ni sakit ke? fikir kyungsoo .
'' Saya akan mandi dulu'' jawap kai santai lalu masuk kedalam biliknya
Kyungsoo mengangguk perlahan sebelum kai masuk kedalam bilik.
Perut Kyungsoo sudah pun berbunyi minta di isi makanan,tapi dia kena tunggu kai habis makan dahulu baru dia boleh makan. Itu yang selalu dia lakukan ketika berkerja sebagai tunkang masak di sebuah rumah orang kaya semasa dia masih berada di china. Jadi kyungsoo sudah biasa dengan kelaparan yang macam itu,tak akan membuat dia mati kelaparan ataupun pengsan.
Dia duduk sebentar di atas sofa untuk merehatkan diri. Matanya tertutup minta rehat sebentar sebelum melayan Kai makan. Puan Kim ada beritahu dia yang kai suka makan di teman,dan jangan pergi selagi dia tak habis makan,jika tidak dia akan merajuk tak tentu pasal. Dan jangan lupa sediakan jus oren ataupun nenas selepas makan, sebab kai memang menjaga kesihatan dan tak sukakan kopi atapun teh,minuman yang bergula tinggi pun kai tolak ke tepi.
Dengan informasi macam itu,lebih menyenangkan kerja kyungsoo . Dia tak akan buat silap dan jadi butler yang baik dan patuh arahan tuannya. Macam butler yang selalu berada di dalam drama TV korea. Tapi itu pembantu yang sudah di latih bertahun-tahun. Namun,dengan keyakinan yang kyungsoo ada,dia tahu dia dapat lakukan kerja ini dengan apa,lagipun dia rasa Tuan dia seorang yang baik dan penyayang.
harap macam itulah,
Krek!
pintu bilik kai terbuka,
dan secara spontan kyungsoo membuka matanya dan berdiri tegak. Kai yang baru keluar dari bilik dengan baju biasa dia melihat kyungsoo dengan satu kening di jungkitkan. Kyungsoo nampak macam tugu negara sekarang,memandang dia dengan menggunakan mata bulat itu tanpa berkedip. Tiba-tiba ada sesuatu yang menggeletik perut kai. Dia sukakan lelaki itu.
'' Tuan,mari makan'' Pelawa kyungsoo santai
Kai mengangguk dan mengikuti kyungsoo ke meja makan.
Dia pun duduk di hadapan meja makan dengan kagum dan menelan air liur dia ketika melihat makanan yang terhidang nampak begitu menyelerakan. Kyungsoo mula menghidangkan dia nasi panas yang asap-asap,menambah selera kai,selepas itu Kyungsoo menuangkan Kai segelas air biasa.dia tahu kai tak akan minum ketika makan tapi itu hanya sebagai langkah berjaga-jaga.
'' Silakan Tuan,kalau ada apa-apa tuan boleh minta pada saya'' kata kyungsoo memecah kehinangan yang melanda dirinya dan bukanya kyungsoo
Kai melipat tangan dia,dia mengerling ke kyungsoo yang hanya berdiri sedikit jauh di samping dia. Betul-betul seperti seorang pelayan. Oh God! tolonglah! kai paling tak suka dengan pelayan macam tu! memang dahulu dia sukakannya tapi sekarang tidak lagi,dia buat orang tersebut terasa terhina walaupun kenyataan memang macam itu caranya.
'' Hey,let's eat together'' Kai menarik tangan D.O untuk duduk di sebelahnya
'' Tak boleh tuan,saya cuma butler tuan,saya tak boleh makan dengan tuan'' kata kyungsoo innocent
Kai tertawa kecil sambil mengembangkan senyuman manis dia. Wajah kyungsoo menjadi merah kerana malu,kenapa kai gelakkan dia,memang ada sesuatu ke dekat muka dia ataupun? baju dia ni nampak macam selekeh sangat. Dia masih tidak menapis tangan kai yang memegang erat lengan dia. Membuat dia berasa hangat dan merasa malu serta gugup
Kai sangat tampan sekarang,eh tak..kai memang sentiasa tampan dari pertama kali dia melihat lelaki tersebut
membuat dia berasa selesa dan menyukai tuanya sendiri
'' Siapa cakap? yes D.O is my butler but saya tak suka layan orang semanis awak macam ni,lagipun saya nak kawan bukan pelayan,faham? sekarang duduk dan makan dengan saya ataupun awak tak akan dapat makan nanti!'' ancam kai
kyungsoo menelan saliva dia,mempercayai bulat-bulat yang kai tak akan memberi dia makan. Dengan pantas lelaki bermata bulat itu duduk di samping kai dan tertunduk malu. Kai tanpa malu mengusap perlahan rambut kyungsoo yang lembut dan harum,dia menyukainya. Ah..kenapa ibu dia jadikan kyungsoo butler dia? bukanya kekasih dia?.
'' Saya makan dulu,you too D.O'' kata kai lalu memulakan acara makan dia dengan gembira
Lelaki di samping dia juga menjamu selera dengan gembira.
Kai tak adalah teruk,dia baik..ah kenapa dia tak jadi kekasih kai sahaja? tapi di sebabkan dia kena tolong adik beradik angkat dia di china,dia kena bekerja lagipun,kyungso sayangkan mereka seperti keluarga mereka,rasanya tak sabar nak pulang semula ke china selepas dapat gaji pertama.
11 bulan kemudian..
semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun ada beberapa kesalahfahaman antara kai dan kyungsoo semuanya dapat di atasi dengan baik. Kai juga sudah sering pergi ke china untuk menemani kyungsoo dan dia sudah rapat dengan keluarga kyungsoo di sana.
Hati kai sentiasa bergetar dan menghasilkan perasaan yang aneh setiap kali dia menatap wajah kyungsoo,entah kenapa dia sangat menyukai lelaki tersebut
Kyungsoo begitu pandai melayan kerenah dia. Apa pun,kyungsoo tetap bersabar dan menuruti perintah dia. Adakah kyungsoo lakukan itu semua kerana Kai adalah Tuan dia? memikirkan tentang hal tersebut membuat hati kai sakit. Dia tak nak menganggap kyungsoo sebagai butler dia. Dia inginkan kyungsoo sebagai kekasi dan teman hidup dia. Dia sudah begitu selesa dengan kyungsoo
tak ada orang lain yang boleh memahami kai seperti kyungsoo memahami dia dan begitu jugalah yang sebaliknya
namun beberapa hari ini kyungsoo mula menunjuk perangai...
bukan dia mula naik belang kerana kai memanjakan dia tapi dia tak suka ketika kai keluar dating dengan orang lain,hati dia sangat sakit,
lebih-lebih pada hari itu,hari di mana dia sudah memasakkan kai yang sedap-sedap tapi kai tidak pulang dengan alasan tertidur di rumah kawanya kerana party di sana dan mabuk berat. Tahu tak betapa sakitnya hati kyungsoo? betapa penatnya dia memasak semua itu untuk kai? dan akhirnya makanan tersebut terpaksa kyungsoo beri kepada jiran-jiran tetangga.
senyuman mereka mengurangkan sedikit rasa sakit di hati kyungsoo kerana ada juga orang yang menghargai dan berterima kasih atas pemberian dia. Kyungsoo tahu,dia cuma pelayan..dia cuma pembantu kai,tidak lebih dari itu,malah,mencintai lelaki tersebut adalah kesalahan besar bagi dirinya tapi dia sudah terlanjur menyukai kai. Tidak...dia bukan suka kai,dia cintakan kai lebih dari sesiapa tapi siapalah dia..
--
-
'' Marilah masuk,buat macam rumah sendiri'' suara kai mula kedengaran
Kyungsoo yang sedang termenung di depan kaca TV terus memandang ke arah pintu masuk apartment, Matanya mengerling rakan kai yang datang. Sebelum ini tidak ada satu pun kawan kai yang datang namun sekarang,mereka sering datang dan membuat bising sehingga kyungsoo tak dapat membuat kerjanya dengan baik. Kyungsoo kembali membuang tatapan dia pada kaca TV.
'' Butler kau tu duduk je kai,memang tak pandai buat kerja ke?'' suara seorang gadis mula menyengat hati kyungsoo
uhg sungguh! menyakitkan sungguh kata-kata dia tadi, Kalau kyungsoo suruh gadis tersebut membuat kerja rumah,pasti dia akan lari.
dengan perhiasan kuku macam itu,basuh pinggan pun tidak. Siapa yang akan berhias kuku dengan letak macam-macam di situ kalau ingin membuat kerja rumah? silap hari bukan tertanggal semua perhiasan tersebut di dalam menu masakan.
Kai tersenyum kecil dan cuba mengubah topik perbualan. Kyungsoo berasa kecewa pada kai yang tidak membela dirinya. Kyungsoo terus mengambil sweater dia dan berjalan keluar dari apartment tersebut tanpa menyapa tetamu kai. Membawa perasaan dia yang sakit ke mana sahaja. Air mata dia tiba-tiba mengalir ke pipi. Sungguh...ini sangat menyakitkan,perit yang tidak terkata.
'' You stupid Kai...hiks...'' bisik kyungsoo di tepi jalanan yang sejuk
Salji mula turun masa itu,seakan tahu hati kyungsoo yang sedang memanas sekarang. Akhirnya kyungsoo mengambil keputusan untuk singgah di kedai jaja,lalu duduk di meja kosong. Dia memesan rice cake bersama Soju. Dia memang tak sukakan soju tapi entah malam itu anginnya memang tidak begitu baik. Kalau dia tak sedar dengan pangkat dia sebagai pembantu rumah kai,sudah lama dia menengking perempuan tadi.
Kyungsoo mula meminum satu gelas kecil soju dengan airmata yang mengalir sedikit di pipi dia namun selang beberapa jam,5 botol soju telah berjaya dia habiskan Dia membayar sebelum beredar setidaknya dia masih mempunyai kesedaran. Sekadar 5 botol saju tak tak akan membuat dia mabuk malah membuat dia mengantuk,fikiran dia sudah melayang ke mana-mana dan mula meracau tidak tentu hala.
'' soo...'' suara itu berbisik di hatinya.
'' jangan ganggu!'' jerit kyungsoo sekuat hati sambil melibas-libaskan tanganya seperti menghalau suara itu pergi
'' Kyungsoo..'' lagi sekali,suara itu menyapanya
'' PERGI! JANGAN PANGGIL NAMA SAYA!'' kali itu jeritan kyungso begitu kuat,
dan jeritan itu keluar bersama airmata lukanya.
Hatinya merintih kesedihan..bertanya..
apakah dia tak layak untuk kai...
adakah dia terlampau hina di mata orang lain
apa dia tak boleh beri kebahagian pada kai,
dia tahu dia hanya orang miskin yang berkelulusan rendah.
tapi dia juga manusia yang ada perasaan. Tak boleh ke mereka semua orang memandang dia sebagai seorang manusia dan bukan sebagai seorang hamba?
Kyungsoo letih..dia mula rebah ke tanah,melupakan yang dia telah pun pengsan di tepi jalan dengan salji yang semakin lebat turun.

D.O is My BulterTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang