BAB 13

2 0 0
                                    

if you want it , work for it


" Nicki , hurry up we're already late. We'll have to register again later ." panggil Tuan Fyzan dari ruang tamu .

" Coming abah !" jeritnya dan turun ke bawah . Tuan Fyzan hanya mengelengkan kepada melihat kerenah anak perempuannya ini yang selalu lambat ketika bersiap .

" Come sit here , sarapan dulu ." arahnya . Nicki hanya mengangguk . Dia bangun lambat kerana berbual dengan Hafiz sehingga lewat malam . 

" Abah dapat tahu kamu diserang semalam , are you okay honey ?" soalnya sambil memandangku .

" No worries bah , Nicki okay je . Cuma tak sangka mereka serang dekat tempat public ." ujarku .

" After this , you must be more careful dan jangan mudah terpedaya dengan orang sebab kita tak tahu dalam diam orang tu ada niat disebaliknya ." pesan Tuan Fyzan .

" Universiti International Shadowiss " bacaku sampai sahaja di perkarangan Universitiku . Abah menarik lenganku kerana kami sudah lambat untuk pendaftaran pelajar baharu di sini .

Setelah sahaja pendaftaran dibuat para pelajar baru diberikan kunci bilik masing - masing dan diberikan penginapan asrama selama pengajian di Universiti tersebut .

Nicki pun membawa beg bagasinya naik ke asrama yang telah ditetapkan . Nicki menaiki lif untuk ke sampai ke arasnya yang terletak di tingkat 1 . Setelah sampai di hadapan pintu , dia membuka pintu tersebut dan disambut oleh roomatenya .

Satu bilik dihuni 4 orang dan mempunyai 4 katil serta fasiliti yang lain telah disediakan oleh pihak asrama . 

" Hai nama I Umyra yang memakai baju hijau itu Iyman dan yang macam tomboy sikit tu Mylia . Nama you apa ?" soalnya kepadaku , aku sedang dalam keadaan mood yang tak baik . Namun bila difikirkan semula tidak elok pula jika layan begitu .

" Nama aku Nicki panggil je Nicki ."kataku sambil tersenyum nipis . Mereka pun berbual denganku dan kami saling berkenalan .

" Aaaa..Mylia boleh tak aku tukar katil dengan kau , aku nak katil tepi almari ."pintaku . Mylia memandangku lalu mengangguk tanda setuju .

"Boleh sahaja , pindahkanlah barang kau ke sini ."katanya dan aku mengangkat barang aku ke katilnya .

" By the way , korang kos apa ? Aku kos business administration ." kata Iyman .

"Aku sama dengan kau ." sahut Umyra dan diikuti dengan Mylia .

" Aku sama kos dengan korang ." kataku dalam hati bersyukur dan lega juga kerana dapat roomate yang sama kos .

" Baguslah macam tu , kita boleh pergi kelas sama - sama ." kata Iyman dengan girang . Aku haya fokus mengemas barangku kerana ingin rehat . Malam semalam aku tidak dapat tidur .

Aku mencapai telefon dan menaip sesuatu kepada Hafiz memberitahu bahawa aku sudah sampai di Universiti dan berada di bilik . Aku menyambung kerjaku yang tergendala seketika tadi .

Malam hari kian menjelma dan masing - masing membuat hal sendiri . Aku pula hanya bersandar sambil berbalas mesej dengan Hafiz . Dia mengucapkan tahniah kepadaku kerana dapat menyambung pelajaran tapi dalam masa yang sama dia sedih kerana aku bakal sibuk dan tidak dapat membalas chatnya seperti selalu tapi apakan dayakan itulah kehidupan seorang pelajar .

" Even aku busy sekalipun , aku tak akan lupa nak balas chat kau Hafiz . You always on my mind ." bisikku sambil tersenyum sendirian . Sejak daripada aku meluahkan tentang kekecewaan aku tentang jantan tak guna tu , aku dan dia makin erat . Aku kini menjadi sahabat rapatnya dan kami banyak bercerita tentang masa lalu kami dan banyak lagi .

Aku menutup phone aku dan bercadang untuk keluar makan .

MY DREAM BOYFRIENDWhere stories live. Discover now