Penat,penat,penat!Hari ini serious aku penat.Selepas membuat comeback Love me right di Music Bank,aku lantas mengambil barangku dan terus pulang ke bilikku. Dahlah tadi Yeollie pijak kaki aku yang kerdil lagi tidak bermaya ini.Habis kaki aku kejang,rasa macam kena kepak dengan Shrek.
"Aik?Kau berleter apa tuh?"soal Kai pelik apabila memerhatikan Baekhyun yang seperti sedang terkumat kamit berkata sesuatu.Sama ada membebel ataupun menyumpah.
"Mana ada apalah.Aku ni ha tengah menyanyi lagu Love Me Right."dalih Baekhyun lalu menjeling ke arah Kai.
"Wey,aku kenal kau dah lama lah.Ni mesti ada x kena."
"Mana ada.Yelah fine,memang aku tengah marah ni.Kau tau x tadi Chanyeol pijak kaki aku?Dah la dia pijak sakit.Geram aku."rungut Baekhyun sambil mengetap bibirnya.Kai tertawa.
"Haha,apalah korang dua ni.Kalau depan camera tuh,bukan main lagi korang..macam bestfriend sehidup semati,Baekyeol konon.Belakang camera..asyik gaduh je." ujar Kai sambil tertawa.
"Diamlah kau.Dahlah aku nak pergi tenangkan fikiran.
•••
Baekhyun memerhatikan kanak² yang sedang seronok bermain permainan di funfair.Tenang rasa hatinya memerhatikan kanak² tersebut yang sedang bermain dengan gembira,ketawa,seperti tiada masalah.Nasib baiklah dia memakai mask serta hood yang besar,jikalau tidak,sudah tentu 'sesaeng fan' mampu mengecamnya.
"Yah berhenti.Jangan..jangan.."
Baekhyun menoleh ke kiri dan kelihatan seorang pekerja di fun fair itu yang memakai mascot ditolak oleh kanak² dengan riangnya.Ya,nampaknya kanak² tersebut sahaja yang kelihatan bergembira,namun pekerja bermascot tersebut kelihatan tidak selesa serta terseksa seperti dibuli oleh sekumpulan gangster yang mahu meminta wangnya.Lantas Baekhyun segera menghampiri mereka.
"Yah adik²,Jangan buli abang ni.Kesian dia."ujar Baekhyun lalu menghalang kanak² tersebut daripada terus membuli pekerja bermascot tersebut.Kanak² tersebut lantas berlari meninggalkan Baekhyun serta pekerja bermaskot tersebut.
"Kau ok x?"soal Baekhyun kepada pekerja yang bermascot kelihatan seperti badut itu.Hidung bulat serta merah.Mata besar dan berkilau serta senyuman yang lebar.
Pekerja bermascot itu mengangguk.Baekhyun menepuk bahunya.
"Jangan biarkan budak² kacau kau lagi tau?Jaga diri bebaik."nasihat Baekhyun lalu beredar.Dia berasa simpati lalu menoleh ke belakang,pekerja bermascot itu tunduk lalu berjalan terkedek² tanpa haluan. Lantas Baekhyun mengekorinya.
Pekerja bermascot itu berhenti disebalik sebuah pokok buatan.Dia menumbuk² pokok tersebut.Baekhyun hanya memerhatikannya.Lalu dia mengambil keputusan untuk menyapanya sekali lagi.
"Yah,kau ok x?"soal Baekhyun.Dia berasa kurang selesa memerhatikan pekerja itu stress macam tu.
Pekerja bermascot itu hanya memandang Baekhyun dengan senyuman di mascotnya yang lebar itu.
"Bukak mascot kau.Aku nak tengok muka kau.Scary aku tengok nih.Kau senyum x berhenti."
Dia mengeleng.
"Bukaklah."tegas Baekhyun.
Pekerja bermascot itu membuka mascotnya perlahan-lahan...
Baekhyun terpaku....
Rupa-rupanya,disebalik mascot itu merupakan seorang gadis.Gadis yang sungguh comel,bermata bulat,bermulut kecil,memiliki hidung yang mancung.Namun, apa yang memilukan Baekhyun ialah..wajahnya tidak kelihatan ceria seperti mascot yang dipakainya.Matanya berkaca menahan kesedihan.
"A...Aku ingat kau..lelaki.."ujar Baekhyun.