BAB 1

11 2 0
                                    


Hampir setengah jam Melati menghabiskan masa mencari kerja dalam aplikasi Linkedin di telefon pintarnya, namun tiada satu kerja pun yang berkenan dihati.

"Haih, bosannya duduk rumah takde kerja ni!" Melati mengeluh. Dia sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu.

"Bosan? Ha meh tolong ibu bersihkan sangkar Baby kamu ni." ujar Puan Rosnah yang baru datang dari dapur mendengar keluhan anak sulungnya itu. Baby itu nama kucing kesayangannya baka kucing bulus British Shorthair yang berwarna kelabu.

Mendengarkan suara ibunya yang secara tiba-tiba itu membuatkan Melati terkejut.
"Alamak mak kau pecah! Aduh ibu ni, terkejut orang tau! Tapi takpelah bu, orang baru ingat yang Dina ajak jogging petang ni. Mel pergi dulu ya bu," ujar Melati mencipta alasan untuk mengelak dari membersihkan sangkar si bulusnya itu. Dia terus bangkit daripada baringnya dan menyalami tangan Puan Rosnah sebelum beredar keluar dari rumah. Puan Rosnah hanya menggeleng kepala memandang gelagat anaknya itu


Melati mengemaskan lagi selendang malas yang dia pakai sebelum keluar rumah tadi. Dia berjalan disekitar taman perumahan itu sambil menelefon sahabatnya tadi, Dina atau nama sebenarnya Irdina Layla.

"Hai Dina! Kau kat mana? Busy ke?" soal Melati sejurus panggilannya diangkat oleh Irdina.

"Haih! Tak menyempat member aku ni. Ya, aku busy. Tengah kerja dengan Kak Long aku ni. Kenapa?" soal Irdina pula.

"Oh, yeke? Takpelah kalau macam tu. Aku nak ajak kau jogging je tadi. Bye!" ujar Melati sebelum meletakkan panggilan. Jam di telefon bimbit dikerling. Pukul 3 petang. Matahari memancar agak terik pada waktu itu. Suasana di taman agak lenggang dan hampir tiada orang kerana kebiasaannya orang ramai beriadah selepas waktu asar.

Dia mengeluh kepanasan. Kenapa lah dia keluar waktu matahari terik ni, habislah burn lah muka dia nanti. Dia mengibas wajah dengan tangannya menandakan dia sedang kepanasan sambil berjalan menuju ke bangku taman yang berada di bawah pokok.

Seusai duduk, matanya tertancap kepada seorang pemuda kacak dan seorang budak perempuan berjalan ke taman. Pemuda itu menampalkan sesuatu kertas seperti poster di tiang lampu taman, manakala budak perempuan tersebut bermain di gelongsor kemudian pergi berdekatan tasik untuk membaling batu kecil ke dalam tasik.

Kacak juga lelaki tu dari belakang dia. Badan pun tinggi dan seakan-akan tiang tu. Kalau aku berdiri disebelah dia ni mesti aku paras bawah dada dia tu je kan? Wajahnya pun kacak. Ada jambang tipis yang kemas diwajahnya, hidung mancung, alis keningnya yang lebat terbentuk. Memang seakan-akan wajah orang arab namun seakan melayu kerana kulitnya yang sawo matang. Melati bermonolog sendiri. Leka Melati melihatkan pemuda itu semakin jauh melekatkan poster hampir dihujung taman itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi percikan air yang besar beserta jeritan budak.

Bush!! "PAPA!"

Terus kepala Melati menoleh ke kanan. Budak perempuan tadi kelihatan tergapai-gapai di dalam tasik. Tanpa berlengah lagi, Melati terus berlari dan terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan budak itu.

BUSH!

Melati berenang mendapatkan budak perempuan itu. Setelah berhampiran, terus budak itu didakap erat ke dalam pelukannya sambil berenang ke darat. Pemuda tadi menanti mereka berdua untuk naik keluar dari tasik. Seraya itu, budak perempuan itu mula menangis di dalam dakapan Melati. Melati terduduk di pinggir tasik sambil memangku budak perempuan itu di atas pangkuannya.

"Hana! Ya Allah, risau papa tadi tau! Macam mana boleh jatuh dalam tasik lak tadi ni?!" Jelas terpancar riak risau dan takut kehilangan budak perempuan ini di wajah pemuda itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 23, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Furqan : Bunga Untuk DilindungiWhere stories live. Discover now