"Kau ni biar betul Redza. Tak pernah-pernah kau ajak aku masuk sini." Kuat suara Azam mahu menyaingi bunyi muzik yang berdentam-dentum menusuk ke gegendang telinga.
"Rilekslah. Aku janji ini kali pertama dan terakhir. Lagipun hari inilah kita nak enjoy pun. Last paper tadi kan." Redza paut bahu kawan baik merangkap sepupunya. Sesekali kepalanya bergerak mengikut rentak bunyi muzik.
Sudah lima tahun mereka menetap di UK kerana tuntutan pelajaran. Dan hari ini hari terakhir mereka berada di sini sebelum esok mereka akan berangkat pulang ke Malaysia.
"Up to you tapi jangan babitkan aku kalau mama kau menyinga." Azam takut mengingatkan Mak Ngahnya. Garang macam itu pun Mak Ngahnya, Redza boleh berani lagi. Kalau dia, memang taklah. Awal-awal dia mengangkat bendera putih. Lebih baik menurut kata dan taat.
Redza ketawa. Masa ni juga si Azam nak ingatkan mamanya yang garang serupa singa. Mamanya mulut sahaja bising, tadah sajalah.
"Aku janji lepas kita menari release tension kita balik." Redza bergerak masuk ke lantai tari. Badannya digoyangkan ikut suka. Dia bukannya tahu menari.
"Okey." Azam mengalah. Sebab biasanya janji Redza boleh dipercayai bukannya dicapati.
Berada di ruangan lantai tari itu, mata Redza sesekali meliar. Gadis-gadis yang sibuk menari menjadi santapan mata helangnya. Semuanya cantik. Semuanya seksi.
"Nice body." Redza tersengih miang.
"Mana?" Mata Azam turut mencari gadis yang dipuji Redza.
"Tu. Dress sendat warna hitam." Mata Redza terarah pada gadis muda yang sibuk menggoyang badan. Gaya gadis itu seperti mabuk. Terhuyung-hayang gerakkannya.
"Macam mabuk aje tu." Azam menggeleng. Jelik melihat perlakuan gadis muda berambut perang itu. Nampak seperti orang Asia. Kulit gadis itu tan, tidak secerah gadis mat saleh.
"Tapi body dia.. Fuhh." Redza masih ralit perhatikan si gadis. Tatkala gadis itu menghayun pinggul montoknya Redza tak dapat mengalihkan matanya dari gadis itu.
"Kalau aku dapat ni.." Redza ketap bibir.
"Kau jangan." Cepat Azam memangkas niat sepupunya.
Redza bukan kaki perempuan. Ini kali pertama mereka jejakkan kaki ke tempat sebegini dan ini juga kali pertama Redza memuji seorang gadis.
"Macam aku kata tadi. Aku nak try. First and last." Redza hentikan gerakan tariannya. Dia mahu menegur gadis tersebut.
"Whoaa... Bahaya ni." Azam cuak.
"Kalau dia layan, kira rezeki aku." Redza menjongket kening lebatnya.
"Okey. Tapi kalau dia tolak, kita balik. Aku tak selesa." Azam melangkah keluar dari lantai tari. Rimas, lemas. Semuanya bersatu.
Redza mengangguk setuju. Lalu dia mengatur langkahnya ke arah si gadis.
"Hi." Berdiri di belakang gadis tersebut, Redza mencuit bahu mulus itu.
Gadis itu berpaling. Mata berwarna hazelnya menatap wajah kacak Redza.
"Can I dance with you?" Redza menghulur tangan.
Berkerut kening gadis itu sebelum jemari Redza disambut.
"Sure." Bibir merahnya merekah senyuman.
"Redza." Redza perkenalkan diri seraya menarik jemari runcing yang berada dalam genggaman tangannya itu ke bibir. Wangi.
"Putri."
"Nice name suit with you." Redza menarik si gadis sehingga tubuh langsing si gadis melekap ke tubuh tegapnya. Dia bergerak mengikut rentak muzik yang sedikit perlahan dengan tangannya memeluk utuh pinggang ramping si gadis.
Si gadis hanya mengikut langkah Redza. Jemarinya direhatkan ke bahu bidang Redza.
Redza terus leka memerhati wajah cantik bak bidadari itu. Serius gadis di depannya ini cukup cantik. Dengan bibir mungil, hidung mancung. Mata pula bundar berwarna hazel. Memukau sesiapa saja yang memandang.
Dari wajah kecil yang cantik itu, mata helang Redza turun memerhatikan lekuk tubuh gadis yang berada di dalam pelukannya. Menggiurkan. Tipu kalau dia kata dia tak tergoda. Lantas liurnya diteguk.
Tiba-tiba gadis itu ketawa.
"Why?" Soal Redza hairan.
"What do you see?" Si gadis kalungkan lengannya ke leher Redza.
Redza tersenyum.
"You are very beautiful. I can't deny it." Puji Redza terang-terangan. Mata hitamnya bersabung dengan mata hazel si gadis.
"Thank you."
"Do you want to follow me tonight?" Redza mencuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Terhenti gerakan si gadis.
"I want to know you better." Sambung Redza lagi.
"It's okay if you don't..."
"Yes." Sepatah perkataan meluncur keluar dari bibir mungil itu.
Bibir nipis Redza melorek senyum lebar. Nampaknya tuah memihak kepadanya. Bodohlah kalau dia menolak rezeki. Kucinga mana mahu menolak ikan segar?
Spontan dia berpaling ke belakang mencari kelibat Azam. Isyarat mata diberi, tanda dia berjaya.
Seketika, Redza berpaling semula ke hadapan. Wajah cantik di hadapannya ditatap. Jari naik melurut rambut panjang mengurai si gadis.
"I can't wait. My chest feels like it's going to explode when you say you agree to follow me tonight."
Si gadis ketawa manja. Pipi licin Redza tanpa sebarang bulu-bulu halus itu dielus.
"So, can we?" Soal si gadis.
Meluas iris hitam Redza.
"Right now?" Soalnya sekaan tidak percaya. Terlalu mudah gadis ini mahu mengikutnya.
Si gadis mengangguk.
Laju Redza hentikan tariannya lalu jemarinya menarik jemari runcing si gadis. Cepat dia melangkah keluar dari lantai tari. Nampaknya bukan dia sahaja yang tak sabar, gadis itu juga sama. Mereka punyai keinginan yang serupa.
Dari jauh, Azam mengeluh panjang. Dia tidak mahu masuk campur. Redza sudah benar-benar gila malam ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
SEDALAM KASIH REDZA (NEW, ON GOING)
Lãng mạnRedza dan Putri sudah lama berkenalan. Sudah lama menjalin cinta. Namun kerana satu perkara hitam yang terjadi membuatkan Putri membuat keputusan melarikan diri. Manakala Redza pula terasa dikhianati. Berpisah tahun dan tempat, mereka ditakdirkan be...