BAB 1

179 9 0
                                    

"Hari ni ada student baru masuk. Kau tak pergi dewan?"

"Aku tak terlibat." Redza menjawab acuh tak acuh. Dia sibuk membelek kertas laporan pelajar-pelajarnya. Semester baru sudah bermula dan dia banyak kerja yang perlu diselesaikan. Pergi ke dewan hanya akan menghabiskan masanya saja. Sia-sia.

"Ada sorang student tu hot. Serius cakap cun melecun." Azam duduk bertenggek di birai meja kerja Redza. Sengaja mahu memancing reaksi Redza.

Sesekali matanya memerhatikan tingkah sepupunya yang sibuk sekali. Seperti tiada hari esok dengan kertas berselerak di atas meja dan fail juga menimbun. Semak.

Dia dan Redza seperti tidak dapat dipisahkan. Belajar bersama, dapat kerja pun di tempat yang sama. Berjodoh sungguh mereka berdua.

"You know what, her name is Putri Liyana." Ujar Azam tersenyum-senyum.

Terus terhenti kerja Redza. Wajah matang Azam ditatap serius.

"Ya. Itu yang aku dengar. Ramai yang duk risik-risik. Maklumlah Putri ni cun melecun." Azam jungkit-jungkit kening. Mahu menggiat sepupunya.

Sepupunya itu selepas putus dengan Putri dahulu, tak pernah bercinta. Jangankan nak bercinta, nak berkawan dengan mana-mana wanita pun macam alergik. Sungguh, Putri meninggalkan kesan yang besar ke dalam hidup Redza.

Bila Mak Ngahnya usulkan wanita-wanita yang bekerjaya mahupun yang cantik, Redza menolak mentah-mentah. Kesian Mak Ngahnya, naik darah orang tua tu.

"Kau dah tengok ke? Putri sama ke?" Soal Redza senada.

"Belum. Aku pergi tadi tak ada peluang sebab masa tu student perempuan dah masuk ke surau. Ada tinggal segelintir aje."

"Surau? So it's not her." Redza kembali menyambung kerjanya. Putri yang dia kenal tak tahu solat. Mengaji pun tak tahu. Apatah lagi mahu jejakkan kaki ke surau. Mustahil.

"Why not? People change. Kalaulah betul Putri Liyana ni Putri yang sama, kau nak kata apa?"

"Aku tak berminat nak ambil tahu hal mana-mana Putri, Azam. Kepala aku tengah serabut fikirkan laporan ni."

"Okay fine. Biar aku yang pergi siasat. Aku tahu kau berlagak aje depan aku sedangkan hati kau tengah menggelupur nak tahu Putri Liyana yang sama ke tak kan?" Azam tersengih-sengih seronok melihat wajah sepupunya berubah tegang.

"Blahlah kau." Redza kembali tunduk menyambung kerja.

Tidak mungkin Putri Liyana itu datang ke Malaysia. Bumi ini luas kenapa Malaysia yang Putri akan pilih jika Putri sudah putuskan mahu melarikan diri daripadanya?

****

"I'm Redza. I'm here to teach you all subject statistics." Matanya mengitari ruang kelas yang senyap sunyi itu.

Ramai di antara pelajarnya yang sudah berumur. Semester ini pelajarnya hanya 25 orang. Seperti biasa tidak ramai yang mengambil aliran ekonomi. Siapa saja suka memeningkan kepala? Lagipula ramai pelajar yang part time.

"So..." Redza betulkan kedudukan mikrofon kecil di tepi telinganya. Lalu helaian kertas di atas mejanya diambil. Susunan nama dibaca satu persatu. Dia mahu mengenali pelajarnya setiap seorang. Sudah menjadi tabiatnya begitu.

Putri Liyana Binti James Iskandar Linch. Gerakan matanya terhenti pada baris nama tersebut.

Ya nama itu. Nama yang kerap meniti di bibirnya satu ketika dahulu. Nama yang mekar di hatinya suatu masa lalu.

Spontan kepalanya dipanggung. Dia mahu mencari pemilik kepada nama itu.

Tatkala matanya bersabung dengan anak mata hazel milik seorang wanita bertudung merah jambu, Redza bungkam.

SEDALAM KASIH REDZA (NEW, ON GOING)Where stories live. Discover now