Putri tepuk dadanya berkali-kali.
Sakit. Terlalu sakit.
Sakit tatkala Redza juga sedang berlakon tidak mengenalinya. Mereka ibarat orang asing yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Sudah dua minggu berlalu, dan Redza masih tidak menegurnya. Jelingan saja yang selalu Redza hadiahkan.
Bukan mudah rupanya mahu berlagak tenang di depan Redza. Bukan mudah juga mahu melupakan lelaki yang pernah dia cinta.
"Kau okey?" Kartika di sebelah Putri bertanya. Dia perasan wajah wanita di sebelahnya sayu. Kerap dia nampak wanita itu mengesat hujung mata. Menangiskah?
"I'm okay." Putri lemparkan senyum palsu menutup seribu rasa di hati.
"Okeylah kalau macam tu. Aku ingat kau menangis tadi." Kartika membalas senyuman Putri. Dari minggu lepas dia perhatikan Putri. Putri selalu sendirian.
"Aku Kartika. Panggil Tika. Kau?" Kartika hulurkan salam.
"Putri." Salaman dari jemari Kartika disambut.
"Cantik nama kau sesuai dengan kau."
Putri tersenyum nipis. Pujian sebegitu sudah lali didengar. Antara orang yang pernah memujinya juga sekarang berada di depan sana. Tengah mengajar tanpa sedikit pun pedulikan dia di sini.
Terfikir betapa tegarnya Redza, air matanya terus bertakung. Pandangannya mulai kabur.
'Kau perlu kuat Putri.' Lima tahun tanpa Redza pun boleh diharungi apatah lagi sekarang. Hatinya mengingatkan diri sendiri.
"Lepas ni kau ada nak pergi mana-mana tak?" Soal Kartika sambil matanya masih terpasak pada wajah Putri.
Putri menggeleng. Selalunya dia akan terus balik. Dunianya hanya di kampus, rumah sewa dan rumah nenek walaupun nenek tidak mahu menerimanya.
"Aku nak ajak kau pergi satu tempat boleh? Temankan aku." Lengan Putri digoncang-goncang.
"Err.. Aku.." Putri kekok. Segan mahu terus menolak. Nanti dikata sombong pula.
"Sekejap aje. Aku kan ada suka kat student business. Dia macam jual mahal. Aku pernah nampak kau bercakap dengan dia." Kartika melorek senyum.
"Sebab tu aku rasa kau boleh temankan aku. Mana tahu bila dia nampak kau, dia tak larikan diri lagi."
Tak terkata Putri. Terkejut mendengar cerita Kartika. Beraninya Kartika. Bukankah wanita melayu penuh dengan rasa malu?
"Siapa? Aku rasa aku tak ada kenal sesiapa..."
"Ayden." Kartika memintas bicara Putri.
"Ayden? Student yang repeat paper tu?"
"Ya. Dia tu anak Dato' Mukhriz. Aku rasa kau tak kenal. Dato' Mukhriz tu salah seorang businessman yang berjaya. Nanti Ayden tu akan ganti tempat Dato' Mukhriz. Jadi, aku dah nampak masa depan aku cerah kalau aku dapat Ayden. Plus Ayden tu kacak giler kan."
Putri tarik senyum. Mudahnya cara Kartika berfikir. Cari anak orang kaya automatik jadi kaya?
"Kau yakin kau boleh dapat Ayden?" Putri utarakan soalan.
"Usaha tangga kejayaan. Walaupun aku ni tak cantik mana tapi manis tu ada kan?" Kartika angkat-angkat kening.
Putri ketawa kecil. Dia terhibur.
"Ayden tu jual mahal. Setiap kali aku ajak pergi minum aje dia tolak. Aku bagi hadiah apa pun dia tak nak ambil. Dia cakap dia tak suka perempuan bertudung. Dia suka yang seksi."
Meluas iris mata Putri. Seriuslah Ayden lelaki macam tu?
"Aku rasa dia sengaja cakap macam tu sebab dia nak reject aku. Tapi aku ni jenis pantang mengalah sebelum mencuba 1000 kali tau."
![](https://img.wattpad.com/cover/368252277-288-k124239.jpg)
YOU ARE READING
SEDALAM KASIH REDZA (NEW, ON GOING)
عاطفيةRedza dan Putri sudah lama berkenalan. Sudah lama menjalin cinta. Namun kerana satu perkara hitam yang terjadi membuatkan Putri membuat keputusan melarikan diri. Manakala Redza pula terasa dikhianati. Berpisah tahun dan tempat, mereka ditakdirkan be...