1

4 0 0
                                    

Hai. Nama ku Nayra Eryna binti Halim dan selalu dipanggil Eryn. Aku ada dua orang bestie iaitu Bella dan Fakhri. Kami ni kawan dari kecil lagi jadi kami ni teramat la rapat dan sama-sama jugak masuk air. Ini adalah kisah ku menjalani kehidupan bersama dengan dua orang kawan aku.
Oh ya mungkin cerita ku sedikit lain sebab aku gunakan bahasa tempatan aku.

"Kakak!Kau sudah mandi ka? Tolong dulu ibu hantar nasi kuning ni di kedai makcik mu." Memandangkan hari ini cuti sekolah,aku pun hantarkan jualan ibu di kedai makcik ku. Nasi kuning ibu famous di kampung aku. Majoriti orang kampung suka beli nasi kuning ibu untuk sarapan dorang sebelum pegi kerja. Alhamdulillah banyak jugak untung ibu dapat. Boleh la jugak ibu kurangkan beban bapak yang bekerja sebagai guru sekolah rendah. Dapat la jugak simpan duit sikit-sikit untuk kegunaan masa depan.

"Si dedek mana bu?Belum bangun ka lagi?" Barusan ndak tengok kelibatnya awal pagi ni. Biasanya dia yang paling awal bangun dari aku.

"Dia ikut ayah pergi cari daun pisang. Ibu dapat pesanan 30 bungkus nasi kuning untuk aktiviti gotong-royong di sekolah bapak nanti. Kan ndak lama lagi mau buka sekolah."Ibu bagitau aku sambil memasukkan nasi kuning di dalam bakul untuk aku hantar sekejap lagi.

"Oohh...alhamdulillah bertambah lagi rezeki ibu awal pagi ni."Aku ucap rasa syukur dengan rezeki yang ibu dapat.

"Iya alhamdulillah. Nah pigi la kau hantar nasi kuning ni. Nanti lambat marah-marah lagi makcik mu." Baru jak aku mau sarapan disuruh sudah jalan.
"Lahh bu.....kakak baru mau makan."

"Nanti balik la baru kau makan. Nanti ada sudah mengamuk di sana tu kalau kau lambat hantar.
Ibu simpankan jugak kau nasi mu ni."

"Baiklah ibu."Aku berjalan acah-acah lemah sambil membawa bakul berisi nasi kuning tadi.

"Kak...bagus-bagus kau berjalan,jatuh nanti nasi tu. Ada jugak nanti ibu tempiling ni. Cepat la kau."
Aku terus tegakkan badan balik mengambil basikal ku di garaj kereta ayah dan memulakan perjalanan ke kedai dengan bismillah.

"La la la la..."Segarnya angin awal-awal pagi ni. Sekarang ni aku dalam perjalanan mau ke rumah Bella. Aku mau ajak dia main badminton di halaman rumah ku nanti petang.

"Assalamualaikum Bella! Bella ooo Bella." Punya la aku kuat berteriak sekalinya mamaknya yang muncul.

"Waalaikumsalam. Ya Eryn sabar Bella ada jak tu." Makcik Saleha membalas ku.
"Kau dari mana awal pagi ni?" Tanya makcik Saleha.

"Dari kedai makcik Ryn tadi hantar pesanan nasi kuning."
"Ooo."

Sementara aku tunggu Bella muncul,aku layan jak cerita makcik Saleha. Aku ni senang bergaul walaupun dengan makcik pakcik sekalipun. Letaklah aku di tengah-tengah dorang ni,masuk cerita jugak aku. Sebab aku kan orang yang peramah. Bahhh menyempat angkat bakul sendiri.

"Ha Ryn! Barusan kau jenguk aku awal pagi ni. Ada apa? Ada gosip ka?" Hmmm datang pun makcik satu ni. Lambatnya muncul, sempat aku habiskan 3 cerita dengan mamak nya.

"Apa gila kau?Sembarang mau membawang awal pagi. Ni aku mau ajak kau main badminton nanti petang di rumah ku. Kalau kau rajin ajaklah jugak si Fakhri. Boleh dia jadi pengadil kita."
Kalau ndak di ajak tu budak nanti merajuk pulak dia. Lagipun rumah si Fakhri selang 2 rumah jak dari rumah si Bella ni. Jadi bagus dia sekali ajak.

"Okey...nanti aku ajak dia kalau aku nda lupa la. Eh tapi boleh jak kan kau whatsapp aku. Kenapa sampai pigi rumah cuma mau bagitau ni jak?" Tanya Bella kehairanan.

"Aku tadi bersiar-siar sekejap lepas hantar jualan ibu ku ni jadi alang-alang la pigi rumah mu." Aku bagitau keadaan sebenarnya dengan dia. Nanti banyak tanya lagi.

"Oooo."
"Ooo..ooo...jangan lupa nanti petang." aku ingatkan dia sekali lagi. Dia ni sudah lah pelupa.

"Ya...ya..baliklah kau nanti ibu mencari pulak anak daranya ni." Mengusir pulak dia.

"Ok...aku cau dulu. jumpa nanti petang. Bye makcik!" Aku melambaikan tangan dengan makcik Saleha yang sibuk menjemur kain di tepi rumah nya.

Sedang aku tenang naik basikal, tiba-tiba aku tengok satu kereta meluncur dengan laju pigi arah bertentangan dengan ku. Aku tiba-tiba panik dan ndak tau mau buat apa. Aku berhenti jak tengah jalan dan buat gaya-gaya macam mau dilanggar sudah. Srettt.....aku mendengar bunyi brek yang kuat. Mengucap syukur aku,nasib kereta tu ndak langgar aku. Terima kasih ya Allah...Engkau bagi lagi aku peluang untuk hidup.

"Awak tak apa-apa kan? Ada cedera tak? Nak saya hantar kat hospital? " Kenapa pakcik ni banyak betul soalan nya. Satu-satu boleh ka?

"Eh pakcik,kenapa jugak kau bawa kereta laju-laju awal pagi ni? Ndak sayang nyawa ka? Aku ndak tau lah orang sekarang suka bahaya kan nyawa sendiri. Tuhan sudah bagi peluang hidup disia-sia kan begitu jak" kesal aku dengan pakcik ni.

Ya lah siapa ndak kesal kan? Sikit melayang nyawa ku disebabkan dia. Nasib dia lelaki kalau endak habis aku tampar pipinya. Kesah apa aku kalau dia mau marah sekali pun. Tapi aku masih waras,nasib masih ada kesabaran ku tersimpan.

"Ha?" Ha? Itu jak dia balas? Haih lantak lah.

Sudah lah aku lapar. Sebelum aku makan orang bagus aku balik cepat. Menyanyi sudah perutku minta diisi. Aku tinggalkan jak pakcik tu yang masih dalam kebingungan.

Sahabat atau Cinta?Where stories live. Discover now