Akhirnya musim sekolah telah bermula. Pagi ni aku bangun awal pagi sebab mau siap-siap pergi sekolah. Aku rasa teruja sebab ini tahun aku jadi kakak-kakak senior. Maklum lah sudah Tingkatan 5. Tapi tu la takut mau berdepan dengan SPM nda lama lagi. Sudah la aku ni ambil kelas sains, subjek-subjek nya pun boleh pecahkan otak. Alhamdulillah aku masih boleh bertahan di kelas ni sedangkan awal-awal Tingkatan 4 dulu aku memang ada niat mau turun kelas sebab aku ni bukan minat sangat dengan sains ni. Tapi aku ndak sangka aku boleh hadap sains ni sampai ke Tingkatan 5 ni. Syukur la jugak.
"Ryn...bangun ka sudah?" Ibu membuka pintu bilikku dengan perlahan.
Terkejut ibu nampak aku yang sudah siap berbaju sekolah.
"Uishh na kakak. Laju juga kau bersiap. Masih awal ni. Matahari pun belum nampak, baru jam berapa ni. Semangat betul mau sekolah. Tau la rindu sudah sekolah tu...""Hehe" aku tersengih.
"Pergi la sarapan dulu. Ibu mau kasih bangun si dedek. Mesti dia masih dibuai mimpi ni." ibu berjalan ke arah bilik si adik. Budak tu kalau ndak digoncang katilnya, ndak akan bangun tu
.
"Okey bu." Terlebih dahulu aku letak beg dan kasut sekolah di ruang tamu sebelum ke dapur." Cepatnya kau siap kak. Bukannya perempuan biasa lambat siap ka?" aku hanya menjeling Naim lalu sambung habiskan sarapan ku.
"Kakak tu awal dia bangun jadi cepat la dia siap. Ndak macam dedek. Lambat besiap. Kalah perempuan." ibu membalas mewakili aku.
Aku ketawa mendengar celoteh ibu." Dedek mau nampak handsome bu baru lah ada orang mau kawan dengan dedek. Kalau penampilan nda terurus mana ada orang mau dekat sama kita. Jadi..." ayah terus memotong perkataannya.
"Jadi....makan cepat. Kalau lambat, tinggal. Kakak sudah habis makan kan? Jom. Tinggalkan jak budak banyak mulut ni." Aku ketawa mengejek. Makin cemberut mukanya."Ibuuu....tengok ayah dengan kakak." Naim mengadu pada ibu. Dasar anak manja. Ibu hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan kami anak-beranak.
"Kakak...nanti tolong tengok-tengokkan si dedek tu. Kalau dia macam-macam di sekolah,nanti balik sekolah lapor dengan ayah." Pesan ayah kepada ku.
"Apa ni ayah.....dedek sudah besar bah pulak ni, mau dijaga pulak. Dedek sudah Tingkatan 3 apa."
Ihhh banyak juga protesnya bah budak satu ni."Macam la aku mau jaga dia sangat." aku buat muka menyampah.
"Apa apa? Nda da. Walaupun dedek sudah Tingkatan 3 tapi masih perlu dipantau lagi. Nanti dedek sembarang pilih kawan lagi. Dedek pun boleh jaga kakak. Saling menjaga kamu. Kan adik-beradik." kalau ayah sudah berpesan, kita tidak boleh bantah.
"Sudah..masuk sekolah sana. Lambat pulak kamu nanti. Ada perhimpunan pagi kan sebelum masuk kelas?""Ya. Pergi dulu ayah." aku dan Naim menyalam tangan ayah sebelum kami masuk keluar dari kereta.
___________________________________
"Penat juga ya berdiri lama-lama. Habis kebas kaki ku. Pengetua pun, kalau mau berucap tu bagi la pelajar duduk dulu. Sudah tau banyak maklumat yang mau disampaikan ndak dibagi duduk pulak." Tertunduk-tunduk aku mengurut kakiku yang sudah kebas.
"Kau kenapa ni Ryn? Ada barang mu jatuh? " Barang jatuh? Memang sekarang ni gaya ku macam tengah cari barang ka?
"Mana ada. Kaki ku ni sakit sebab berdiri lama tadi masa perhimpunan. Kau ni dari mana baru sekarang naik kelas?" aku tanya Bella sebab biasanya habis jak perhimpunan kami naik sama-sama ke kelas tapi tadi menghilang pulak dia.
"Ni yang aku mau bagitau kau ni. Tadi kan aku dari tandas pastu aku ada dengar la budak-budak ni dia cakap ada pelajar yang baru datang sekolah kita ni. Dengar-dengar dia orang semenanjung, pastu dorang kata senior baru maksudnya seumuran kita la kan? Ihhhh mesti hansome.Harap-harap la masuk kelas kita. Muak sudah aku tengok muka lelaki dalam kelas kita ni, dari tahun lalu lagi nda da jugak perubahan di tengok." Datang sudah gediknya perempuan ni.

YOU ARE READING
Sahabat atau Cinta?
Teen FictionNayra Eryna. Seorang perempuan yang chill dan peramah. Mempunyai dua orang kawan baik yang selalu ada dengannya. Dia juga merupakan gadis Sabahan. Muhammad Danish Wazif. Seorang lelaki yang peramah dan selalu tersenyum kepada orang di sekelilingnya...